CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3610|Reply: 8

51st ASIA PACIFIC FILM FESTIVAL

[Copy link]
Post time 21-11-2006 10:38 PM | Show all posts |Read mode

51st Asia Pacific Film Festival
21-25 November, 2006, Taipei

Little Fish (Australia)


A Fairy Tale (Bangladesh)


Shankonad (Bangladesh)


The Banquet (Hongkong)


Election (Hongkong)


Perhaps Love (Hongkong)


Rob-B-Hood (Hongkong)


Wait'til You're Older (Hongkong)


Gie (Indonesia)


Heart (Indonesia)


Jomblo/Singles (Indonesia)


Love for Share (Indonesia)


Serambi (Indonesia)


The Soulmates (Indonesia)


The Bright House (Iran)


Caf A Setareh (Iran)


Havana File (Iran)


Journey to Hidalu (Iran)


The Unwanted Woman (Iran)


Adiantum Blue (Japan)


Akihabara @Deep (Japan)


Free & Easy 17 (Japan)


April Snow (Korea)


Bravo, My Life (Korea)


The Host (Korea)


Love in Macau (Macau)


Anxiety (Malaysia)


Bilut (Malaysia)


Castello (Malaysia)


Persona Non Grata (Malaysia)
-

Pontianak Harum Sundal Malam 2 (Malaysia)


Blue Cha Cha (Taiwan)


Chocolate Rap (Taiwan)


The Heirloom (Taiwan)


Like a Hero (Taiwan)


The Shoe Fairy (Taiwan)


Art of the Devil (Thailand)


Citizen Dog (Thailand)


Living in Fear (Vietnam)


Story of Pao (Vietnam)


[ Last edited by  laislabonita at 21-11-2006 11:24 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2006 10:56 PM | Show all posts
anxiety is gubra rite?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by libel at 21-11-2006 10:56 PM
anxiety is gubra rite?

yup........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 09:17 AM | Show all posts
Festival Filem Asia Pasifik lima filem jadi taruhan Malaysia
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

FILEM Gubra yang dipilih sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19) bakal membawa cabaran negara pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) Ke-51 yang akan berlangsung di Taipei, Taiwan bermula 21 hingga 24 November ini.

Selain Gubra arahan Yasmin Ahmad, empat filem lain yang mengiringinya ialah Bilut dan Castello arahan Bade Haji Azmi, Pesona Non Grata arahan Syed Azidi dan Pontianak Harum Sundal Malam II arahan Suhaimi Baba.

FFAP merupakan festival yang menghimpunkan filem-filem terbaik dari rantau Asia Pasifik dan diadakan setiap tahun.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah festival berkenaan yang dilangsungkan gilang gemilang tahun lalu.

Pemangku Setiausaha Kehormat Pengeluar-Pengeluar Filem (PFM), Ahmad Puad Onah berkata, lima filem yang mewakili Malaysia itu akan bertanding dalam 16 kategori yang dipertandingkan.

Jelas Ahmad Puad, 16 kategori itu ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Aktor Terbaik, Aktres Terbaik, Aktor Pembantu Terbaik, Aktres Pembantu Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Suntingan Terbaik, Bunyi Terbaik, Muzik Terbaik, Pengarah Seni Terbaik, Dokumentari/Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Anugerah Khas.

Sementara itu kata Ahmad Puad, penerbit David Teoh akan membentangkan satu kertas kerja berkaitan dengan industri perfileman secara global ketika berada di sana.

?emilihan David dibuat atas dasar kebolehan penerbit berkenaan yang berjaya menghasilkan filem-filem yang mendapat sambutan ramai meskipun baru beberapa tahun melibatkan diri dalam industri filem,? katanya yang ditemui pada sidang akhbar dan taklimat delegasi negara ke festival tersebut di Finas, Ulu Kelang baru-baru ini.

Jelas Ahmad Puad, kali ini Malaysia akan menghantar hampir 50 delegasi yang melibatkan penerbit, pengarah, pelakon, pegawai Finas dan pihak media.

?elegasi kali ini merupakan paling ramai yang pernah dihantar oleh negara,? kata Ahmad Puad lagi.

Namun satu berita sedih sebelum delegasi negara bertolak apabila ketua delegasi negara Ruhani Abdul Rahman terpaksa menarik diri atas sebab kesihatan. Tempat Ruhani digantikan oleh penerbit filem dan drama, Pansha.

Sementara itu, antara pelakon yang akan menyertai festival tersebut ialah Sharifah Amani, Hans Isaac, Eja, Que Haidar, Rusdi Ramli dan Ida Nerina.

Delegasi negara akan bertolak ke Taipei pada 20 November ini dan dijangka pulang ke tanah air pada 25 November.

Selain itu kata Ahmad Puad lagi, bekas presiden PFM, Tan Sri Kamarul Ariffin dipilih sebagai ketua juri yang akan mengadili pertandingan yang akan berlangsung selama lima hari itu.

Kamarul yang memegang kerusi presiden PFM selama lebih 20 tahun merupakan tokoh yang cukup disegani dalam kalangan penggiat filem serantau.

Sejak dua tahun lalu FFAP telah merobah industri filem kita setelah meraih banyak kejayaan manis bagi negara.

Pelakon Maya Karin memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada FFAP-49 di Fukuoka, Jepun kerana lakonannya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Kemenangan Maya menamatkan kemarau panjang negara yang tidak pernah memenangi anugerah utama kategori berkenaan semenjak FFAP dianjurkan.

FFAP-50 di Kuala Lumpur tahun lalu pula menyaksikan Tiara Jacquelina meneruskan kecemerlangan negara apabila turut dipilih sebagai pemenang untuk kategori yang sama melalui filem Puteri Gunung Ledang.

Selain itu Ayob Ibrahim memenangi Skor Muzik Terbaik melalui filem Qaisy & Laila dan filem Pua diangkat sebagai Filem Pendek Terbaik.

Sementara itu, Aktres Terbaik di FFM19, Sharifah Amani memberitahu dia tidak tertekan untuk mengulangi kejayaan Maya Karin dan Tiara Jacquelina.

Jelas heroin Gubra itu, pemergiannya ke sana untuk menimba pengalaman selain dapat berkenalan dengan delegasi negara lain.

Heroin Bilut, Eja yang ditemui pula menyifatkan peluang kesemua filem negara yang bertanding adalah cerah berdasarkan kekuatan masing-masing.

Ujarnya, harapan yang diletakkan bukanlah atas dasar kepentingan peribadi namun untuk negara yang tercinta.

?engan menggunakan slogan `Malaysia Boleh?, saya yakin kita tidak akan pulang dengan tangan kosong,? kata Eja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 09:27 AM | Show all posts
wah..hebat belaka film2 yg bertanding...
ada harapan ker malaysia??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:05 AM | Show all posts
kalo tak silap aku baca kat blog afdlin dia cam bengang gakla filem buli balik tak terpilih...
aku pun pelik sebab filem boring nak mampus macam castello tu pulak bole terpilih, persona non grata lagi...rosyam nor has nothing to show except biskut julies la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2006 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 22-11-2006 10:05 AM
kalo tak silap aku baca kat blog afdlin dia cam bengang gakla filem buli balik tak terpilih...
aku pun pelik sebab filem boring nak mampus macam castello tu pulak bole terpilih, persona non grata  ...


aku pun ada baca Afdlin cam kecewa tak terplih ..
paling aku tak paham macam mana la filem ciplak PNG tu boleh terpilih .. sebab produced by Nizarman ke ??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 01:40 PM | Show all posts
Malaysia Boleh! :pmuka:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 04:19 PM | Show all posts
hehehe....ini sumer politik...x per afdlin...kiter nunggu sumolah...yg citer png tuh mcm slow jerk....nak kater terok sgt x der ler tp aku raser buli balik is better...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.066260 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list