CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 28019|Reply: 52

Penat tengok drama sarat emosi, Liyana Jasmay mahu terbit siri ringan berkaitan remaja - "kenapa susah sangat nak luluskan siri tentang remaja perempuan?"

[Copy link]
Post time 2-1-2025 10:44 PM | Show all posts |Read mode



PELAKON Liyana Jasmay memasang impian menerbitkan lebih banyak drama mengangkat kisah tentang kehidupan remaja perempuan sepanjang 2025.

Ini kerana kata Liyana, 37, dia sudah bosan menonton drama rantaian memaparkan jalan cerita berat serta sarat dengan emosi.

"Harapnya tahun 2025 ada orang yang memang jawatan eksekutif dari stesen berprestij terima idea saya untuk buat drama bersiri tentang remaja.

"Penatlah tengok siri yang stres saja, kenapa susah sangat nak luluskan siri tentang remaja perempuan?," katanya.



Liyana meluahkan hasratnya itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Liyana menyifatkan naskhah menceritakan kisah remaja wajar diketengahkan kerana ia mampu memberi impak positif kepada penonton.

Selain plot yang ringkas dan tidak klise, Liyana yakin drama genre remaja mampu menambat hati penonton di Malaysia.

"Bagilah peluang untuk cerita memaparkan perjalanan remaja perempuan ke alam dewasa pula!

"Boleh bagi inspirasi kepada remaja perempuan untuk ada harapan dalam kehidupan.

"Tolonglah buka muta bahawasanya cerita yang ringkas itulah paling senang melekat di hati kita," ujarnya.


Sumber – mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2025 10:46 PM | Show all posts
Setuju. pernah a few times pitch light/fun drama ala2 Gol & Gincu, Dunia Baru, Pisau Cukur etc dekat stesen TV tapi yang diterima akhirnya drama laki bini curang mak mertua jahat etc
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. I minat sgt dunia baru dulu. Tapi kalau Liyana Jasmay terbitkan, psl jgn nk confident diri sendiri berlakon yah. Ambik yg bethol2 muda remaja n havoc.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni nampak mcm ada depression..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni stuck kat zaman teenager.. takleh move on.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal bukan kau yg berlakon dah la kan..yg dia wat filem dgn jue evans pun flop
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka dia dlm citer KAMI dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 03:38 AM | Show all posts
xsusah pun dek. drama gadis dan angan2 aman2 je tayang kat tv3 tu.
totally girl flick.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 2-1-2025 11:04 PM
Setuju. I minat sgt dunia baru dulu. Tapi kalau Liyana Jasmay terbitkan, psl jgn nk confident diri s ...

Dia tak berlakon...tp character pelakon utama tu akan sebijik mcm character dia..gedik2 manjah gittew...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sphinx replied at 2-1-2025 09:31 PM
Dia tak berlakon...tp character pelakon utama tu akan sebijik mcm character dia..gedik2 manjah git ...

kan lepastu watak tu semua laki suka acah2 rebel lepastu enemy sejenis perempuan makeup tebal..very the boring patut la kene reject..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je kan, cuma tak disiarkan waktu puncak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:03 AM | Show all posts
walaupon iolls remaja purba dah tp sekali sekala iolls nk jugak tgk drama teenager, jemu la skrg semua drama pasal penyondol, curang.. hero heroin pon agk kertu
kalau buat pasal drama remaja, dapat la tgk pelakon baru.. hero dewi remaja kan byk
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:17 AM | Show all posts
allshares replied at 2-1-2025 11:04 PM
Setuju. I minat sgt dunia baru dulu. Tapi kalau Liyana Jasmay terbitkan, psl jgn nk confident diri s ...

hahahaha ai pon risau heroin teen girl tu adalah die since production pon die pnya..die layak watak mak remaja je lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mmg ada byk ke drama yg bukan penyondol? From Saga w Love, Puteri Kasih, Doktor Ponti, Dari Mata Turun ke Hati, Hantu Karipap?
Dok beria dgn tema teen girl drama ni masih stuck dgn zaman Kami, Beverly Hills, Hannah Montana, Dunia Baru lagi ke?
Tapi kalo sheol buat drama, mohon jangan muncul jadi pelakon/cameo. Bagi la peluang pelakon bbnu mendonia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:26 AM | Show all posts
Chick flick romantic comedy pun best juga tapi takmo watak perempuan manja gedik. That's so 2000. Teenager sekarang ni walaupun ada jugak yg lembik manja tapi kebanyakan sangat enterprising - pandai cari duit poket sendiri guna teknologi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:35 AM | Show all posts
Memang dah penat menonton drama berat. Sepatutnya drama berat diselang seli dengan drama ringan. Kita perlu cooling period to get over drama tu, sebab drama berat selalunya akan melekat juga di kepala.
Dahlah drama berat tu macam sejenis aje, balik-balik penyondol.

Kalau nak tonton drama berat, baik buka saluran RTM. Drama berat yang sentuh issue yang berbeza. Pelakon pun taklah asyik-asyik muka yang sama aje.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 10:58 AM | Show all posts
Citer dia buat best jugak, mcm pempuan kampung acah diva tu
Tapi stress jugak dgn budak tu, kampung nak acah2.. Rasa nak lepuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
alien88 replied at 3-1-2025 09:03 AM
walaupon iolls remaja purba dah tp sekali sekala iolls nk jugak tgk drama teenager, jemu la skrg sem ...

Seriuslah nk tgk drama lakonan hero dan dewi remaja? Bukan ke produk hero dan dewi remaja ni selalu dikecam sbb berlakon kayu? So, hadap je pelakon-pelakon senior yg bagus berlakon walaupun diorg smue dh kertu. Kalau ada pon, nadhir mewakili hero dan anna mewakili dewi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 3-1-2025 09:37 AM
Bukan mmg ada byk ke drama yg bukan penyondol? From Saga w Love, Puteri Kasih, Doktor Ponti, Dari Ma ...

Mmg ada tp sayangnya drama-drama jenis itu dilakonkan oleh pelakon bbnu yg kayu. So, netizen malaysia x berminat lgsg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:01 PM | Show all posts
true. bagi la cerita seronok2 kat tv

ni drama bodo curang sana sini macam takde agama, menantu mentua bermusuhan, mengah holdings, jus oren atas meja, breakfast tak makan, monolog sorang2 tepi swimming pool

ulang2 ulang ulang dari AJL sampai la AJM
yang layan makcik2 b40, pastu gaduh sesama sendiri kat socmed

pastu jangan tanya la awat budak2 sekarang tak tengok tv, takde family time kat ruang tamu, tak rapat dengan orang tua2 bagai.
dulu tv tu hiburan sekeluarga. sekarang ni tv buat sakit otak je. tak menghiburkan, lemau, syok sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067341 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list