CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5068|Reply: 21

AS diakui tewas di Iraq

[Copy link]
Post time 8-12-2006 05:30 PM | Show all posts |Read mode
AS diakui tewas di Iraq
Oleh AHMAD AIDID HAKIMI

PERANG di Iraq kini sudah menghampiri musim keempat selepas Amerika Syarikat (AS) mengetuai operasi membelasah negara itu pada 20 Mac 2003.

Namun tiada tanda-tanda ditunjukkan oleh AS untuk menyerahkan hal keselamatan kepada rakyat Iraq, sekali gus memberi peluang kepada penduduk di negara Teluk itu bebas daripada belenggu penjajah asing.

Dolak-dalih Washington berhubungan pengunduran tentera asing di Iraq walaupun hampir empat tahun berlalu menjadikan lebih ramai berang dengan pentadbiran George W. Bush.

Selebihnya ia menjadikan lebih ramai khususnya dari kalangan pemimpin yang dahulunya 憁enyokong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2006 10:42 AM | Show all posts
aku kesian kat rakyat iraq yang sengsara, hari2 berpuluh2 beratus2 mati pasal bom meletup la apa la
aku kesian kat sojer2 amerika kat Iraq yang mula2 dorang ingat dorang gi sana nak jadi hero, tapi aku rasa skarang dorang tau dorang dah kena tipu
aku kesian kat rakyat amerika dan rakyat satu dunia yang dulu percaya Iraq ada WMD nak bom amerika, iraq subahat dalam 911

ni semua perang dimulakan ngan penipuan...  sebab tu tak bleh menang. sengsara ada la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2006 11:02 AM | Show all posts
AS tak menang di Iraq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2006 10:35 PM | Show all posts
Yang ni kira kemenangan & kekalahan siapa?

Saddam mati di tali gantung
30-12-2006 04:53:29 PM  
BAGHDAD, Iraq:  Televisyen Iraq dan stesen satelit Arab melaporkan Saddam Hussein telah dihukum gantung sampai mati menjelang jam 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) hari ini.

Hukuman ini dijalankan hanya beberapa jam selepas seorang hakim di Amerika Syarikat menolak permohonan saat-saat akhir Saddam untuk menangguhkannya.

"Permohonan Saddam untuk menangguhkan hukuman ini ditolak," kata hakim daerah Colleen Kollar-****lly, selepas mendengar kes tersebut dengan peguam-peguam bela bekas presiden Iraq itu, lapor AP.

Peguam-peguam Saddam memfailkan kes itu pada tengah hari Jumaat (waktu tempatan AS), memberi waktu beberapa jam sahaja kepada hakim memutuskannya sebelum hukuman gantung dijalankan.

Mereka berhujah, kerana bekas presiden itu turut menghadapi satu tindakan perundangan sivil di Washington, dia juga mempunyai hak di sisi perundangan AS untuk membela diri jika hukuman gantung dianggap bersalahan dengan undang-undang.

Kollar-****lly berkata mahkamah AS tidak mempunyai bidang perundangan untuk masuk campur proses keadilan di negara lain. Keputusan itu boleh dirayu lagi tetapi dikeluarkan sejam sebelum Saddam dilaporkan akan dihukum gantung.

Rayuan boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan AS di Washington D.C. yang sebelum ini pernah menolak permohonan seumpamanya daripada seorang pegawai tinggi Iraq pada Jumaat. AP

Perjalanan hidup Saddam

April 28, 1937 ? Dilahirkan di sebuah desa dekat Tikrit, utara Baghdad.

1957 ? Menyertai gerakan bawah tanah Parti Sosialis Baath.

1958 ? Ditangkap kerana membunuh abang ipar, seorang pendukung komunis, dan dihukum penjara selama enam bulan.

Okt 7, 1959 ? Terlibat dalam pasukan khusus Baath menyerang pemimpin Iraq, Jen. Abdel Karim Kassem di Baghdad, berjaya mencederakannya. Saddam sendiri, tercedera di kaki, lari ke Syria dan kemudian Mesir.

Feb 8, 1963 ? Kembali selepas Baath terbabit dalam rampasan kuasa menggulingkan dan membunuh Kassem.

Julai 30, 1968 ? Dilantik ketua keselamatan dalam negeri di bawah  Presiden Ahmed Hassan al-Bakr, sepupunya.

Julai 16, 1979 ? Mengambil alih jawatan presiden daripada al-Bakr, dan melancarkan tindakan pembersihan di kalangan ahli Baath.

Sept 22, 1980 ? Mengirim tentera ke Iran; perang selama lapan tahun.

Mac 28, 1988 ? Menggunakan senjata kimia terhadap pemberontak Kurd di Halabja, membunuh kira-kira 5,000 orang awam.

Ogos 2, 1990 ? Menawan Kuwait, tetapi ditewaskan oleh tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat lima bulan kemudian.

Feb 20, 1996 ? Mengarah bunuh dua menantunya yang berpaling tadah ke Jordan tetapi pulang ke Baghdad selepas dijamin selamat.

Nov 27, 2002 ? Selepas diancam PBB dengan ?kibat yang berat? membenarkan pakar-pakar senjata pertubuhan itu kembali ke Iraq.

Mac 17, 2003 ? Menerima kata dua daripada Presiden Bush untuk menyerahkan kuasa dan meninggalkan negaranya sendiri dalam tempoh 48 jam. Perang tercetus tiga hari kemudian, dan berundur dari Baghdad pada April 9.

Julai 22, 2003 ? Dua anaknya Qusai dan Odai, terbunuh dalam pertempuran dengan tentera AS.

Dis  13, 2003 ? Berjaya ditahan sewaktu bersembunyi di sebuah lubang bawah tanah dekat Tikrit.

Julai 1, 2004 ? Dibawa ke muka pengadilan, menolak tuduhan terlibat dalam jenayah perang dan pembunuhan besar-besaran.

Okt 19, 2005 ? Dituduh bersama tujuh yang lain berhubung pembunuhan 148 penganut Syiah pada 1982, yang berpunca daripada usaha membunuhnya di Dujail.

Mac 1, 2006 ? Mengaku mengarahkan perbicaraan 148 penganut Syiah tersebut yang kemudiannya dihukum mati, tetapi mempertahankan tindakannya sebagai menurut undang-undang.

April 4, 2006 ? Dituduh bersama enam yang lain dalam kes kedua berhubung pembunuhan besar-besaran kaum Kurds di utara Iraq pada 1987-88.

Nov 5, 2006 ? Menggigil walau masih berdegil apabila tribunal mendapati bersalah dalam kes pertama dan menjatuhkan hukuman gantung.

Dis 26, 2006 ? Mahkamah agung Iraq menolak rayuan, dan memerintah Saddam dihukum gantung sampai mati dalam tempoh 30 hari.

Dis 30, 2006 ? Saddam dihukum gantung sampai mati kira-kira jam 6 pagi waktu Baghdad (11 pagi waktu Kuala Lumpur).

(Sumber: AP)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 11:11 PM | Show all posts
gambar mase nak kene gantung

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2006 11:18 PM | Show all posts
aku tgk tadi
masa kat berita kat tv3

aku plak brdebar2

pic lepas dia kena gantung

leherrrr diaaa.......

eeee ngeri laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2006 11:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 11:23 PM | Show all posts
ni video sadam mase nak kene hang..

http://www.liveleak.com/view?i=38e1076b19


ni videosaddam lepas kene hanged....agak seriau..kepala terteleng..patah tengkuk...:geram:

http://www.liveleak.com/view?i=b3a00b5684





[ Last edited by  sayang_mulut at 30-12-2006 03:25 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2006 11:25 PM | Show all posts
leher dia patah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 11:26 PM | Show all posts

Reply #9 Syd's post

haah terkehel..terlentok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2006 11:43 PM | Show all posts
ulang lagi sekali;

so, kiranya saddam nih dah mati digantung,

sape yang rasa kemenangan, dan sape yang rasa tewas?
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 31-12-2006 08:12 PM | Show all posts
Innalillahi
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 08:40 AM | Show all posts

Reply #9 Syd's post

Orang mati hukuman gantung memang camtu...kematian sebab leher patah, bukan jerutan...itu fungsinya simpulan besar tu.

Tengok Aljazeera...even orang Iraq yang anti-Saddam kata hukuman tu kejam, sebab takde proses rayuan...dan dibuat dekat2 raya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 10:14 AM | Show all posts
macho betul dia masa kena ikat tali gantung tu....
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 12:50 AM | Show all posts
aku rasa tajuk tak betul... america is winning in iraq... diorang dapt duit letrik and air and benda2 asas lain without tax2 the govt... tak kira duit minyak... 2 quote ayat diorang regarding number of deaths of their soldiers; "its just figures"... america will win until the day an army of united muslims emerged to finish them...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 12:05 PM | Show all posts
Video terbaru mayat Saddam

BAGHDAD 9 Jan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2007 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 8-12-2006 05:30 PM
AS diakui tewas di Iraq
Oleh AHMAD AIDID HAKIMI

PERANG di Iraq kini sudah menghampiri musim keempat selepas Amerika Syarikat (AS) mengetuai operasi membelasah negara itu pada 20 Mac 2003.

...


Amerika masih lagi berada di Iraq so macam mana pulak nak mengatakan mereka telah tewas? Yang dikatakan tewas ialah seperti yang berlaku di Vietnam dimana mereka telah dihalau keluar oleh Vietcong dan orang Vietnam sendiri.
Di Iraq alasan ini digunakan untuk menjustifikasikan pendudukan mereka supaya menampakkan musuh-musuh mereka masih ada dan perlu dihapuskan. Justeru perlulah diwujudkan al-qaeda agar mereka boleh berada lebih lama lagi sambil mengaut kekayaan minyak di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 02:50 PM | Show all posts

Reply #17 Gravedigger's post

Tewas la 2...dari satu POV...Iraq masih tak aman...askar depa masih kiok (kiri kanan kena hentam). Kalau setakat nak kaut duit minyak, no problem. sebab kerajaan iraq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 03:07 PM | Show all posts
tu hari ada satu artikel

tak silap aku terbaca dia ckp
dah mati masuk 3 ribu orang

kalau tak silap laa
lupa hari apa punye berita tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2007 11:11 PM | Show all posts
Fakta tentera asing di Iraq

KELMARIN Perdana Menteri Britian mengumumkan negara itu akan memanggil pulang anggota tenteranya di Iraq bermula April ini. Terdapat kira-kira 7,100 anggota tentera Britain yang berpangkalan di Iraq sejak 2003.

Berikut ialah negara-negara yang menyumbang anggota tenteranya bagi membantu pakatan tentera asing diketuai Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

*ALBANIA: 120 anggota, kebanyakannya berkawal di lapangan terbang di Mosul. Tiada sebarang rancangan untuk pengunduran dalam tempoh terdekat.

*ARMENIA: 46 askar, yang berkhidmat sebagai paramedik, jurutera dan pemandu pengangkutan. Misi mereka di Iraq dilanjutkan sehingga penghujung tahun 2007.

*AUSTRALIA: Kira-kira 550 anggota membantu melatih pasukan tentera di dua wilayah di selatan Iraq. Tiada sebarang rancangan untuk pengunduran.

*AZERBAIJAN: 150 anggota, kebanyakannya berkhidmat sebagai senteri, berkawal serta melindungi empangan berhampiran bandar Hadid. Tiada rancangan untuk pengunduran.

*BOSNIA-HERZEGOVINA: Bosnia memiliki 36 orang askar di Iraq, termasuk tiga pasukan yang terdiri daripada 10 pegawai dan enam pemerintah.

*BRITAIN: 7,100 anggota di selatan Iraq. Perdana Menteri, Tony Blair mengumumkan rancangan untuk mengurangkan anggota sebanyak 1,600 dalam tempoh beberapa bulan.

*BULGARIA: 155 anggota, termasuk 120 anggota bukan tempur yang menjaga sebuah kem pelarian di utara Baghdad dan 36 kakitangan sokongan.

*REPUBLIK CZECH: 99 anggota

*DENMARK: 460 anggota tentera yang berkawal di Basra. Perdana Menteri Anders Fogh Rasmussen berkata pada Rabu lalu bahawa mereka bakal mengudurkan tentera menjelang Ogos.

*EL SALVADOR: 380 askar melaksanakan kerja-kerja pengaman dan kemanusiaan di bandar Kut, selatan Iraq. Tiada sebarang rancangan segera untuk berundur.

*ESTONIA: 35 anggota berkhidmat di bawah perintah AS di kawasan Baghdad.

*GEORGIA: Kira-kira 900 pasukan tempur, medik dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di bawah perintah AS di Baqouba. Tiada sebarang rancangan untuk berundur atau mengurangkan kontinjen.

*KAZAKHSTAN: 27 tentera yang menjadi jurutera. Tiada rancangan untuk berundur.

*LATVIA: 125 anggota yang berkhidmat di bawah perintah Poland di Diwaniyah.

*LITHUANIA: 53 anggota yang berkhidmat di bawah perintah kontinjen Denmark di Basra serta tujuh pegawai melatih askar Iraq di beberapa kawasan di negara tersebut. Seorang jurucakap kerajaan pada Rabu lalu berkata, ia menimbang secara serius untuk mengundurkan 53 askarnya.

*MACEDONIA: 40 anggota _ 35 askar and lima pegawai di Taji, 70 kilometer ke utara Baghdad.

*MOLDOVA: 11 pakar pemusnah bom pulang ke tanah air pada penghujung bulan lalu. Parlimen negara itu tidak membuat sebarang keputusan mengenai penghantaran misi baru ke Iraq.

*MONGOLIA: 160 orang.Tiada sebarang rancangan untuk berundur.

*BELANDA : 15 askar sebagai sebahagian daripada misi latihan polis Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan pegawai tentera.Tiada rancangan untuk berundur.

*POLAND: 900 tentera dengan menjaga pelbagai pasukan negara di selatan Baghdad. Misi di Iraq dilanjutkan sehingga penghujung tahun ini.

*ROMANIA: Kira-kira 600 tentera, kebanyakannya berkhidmat di selatan Iraq di bawah perintah Britain. Bakinya yang merupakan pegawai perisikan tentera berkhidmat di utara Baghdad. Perdana Menteri, Calin Popescu Tariceanu mahu mereka dipanggil pulang.

*SLOVENIA: Empat jurulatih pasukan keselamatan Iraq.

*KOREA SELATAN: 2,300 tentera di bandar Irbil, utara Iraq. Ia merancang untuk membawa pulang seramai 1,100 tentera menjelang April dan Parlimen bertegas dengan rancangan untuk pengunduran sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 1.892538 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list