View: 3757|Reply: 37
|
Mawi antara artis 'kebal' dan ada immuniti ?
[Copy link]
|
|
Mstar.com.my
Kakak Tua: Kenali artis 'kebal" dan ada immuniti?
08-01-2007 02:39:54 PM
|
Rasanya artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Sheila Majid, Erra Fazira, Mawi dan beberapa orang lagi termasuk di dalam golongan "special privileged" ini Siapakah artis Malaysia yang paling bernasib baik? Nasib baik di sini bermaksud mempunyai kekebalan atau immuniti tersendiri sehinggakan apa saja yang melanda mereka, sedikitpun TIDAK akan terjejas populariti mereka.
Rasanya artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Sheila Majid, Erra Fazira, Mawi dan beberapa orang lagi termasuk di dalam golongan "special privileged" ini. Bukan setakat populariti yang sedang mereka kecapi atau kelarisan mereka mahupun jualan album yang laris tetapi apa sahaja trek rekod mereka yang buruk, jarang sekali diambil kira. Begitulah bertuahnya artis-artis ini.
Tidak perlu disebutkan satu persatu apa yang pernah atau tidak pernah mereka lakukan. Peminat mereka sendiri sudahpun ada memori kad yang mengandungi semua "kesalahan" atau kebaikan mereka.
Inilah penangan dan kehebatan artis-artis yang ada immuniti ini. Sudah terang lagi bersuluh, begitulah hebatnya rekod kesalahan mereka
Peminat atau penyokong artis-artis bertiga ini boleh dikatakan agak fanatik kerana apa yang ditulis atau dilaporkan mengenai artis-artis ini bagaikan tidak meninggal kesan.
Rekod kesalahan mengambil dadah, bercakap bohong, membuat lapuran palsu, memandu tanpa lesen, menyalahgunakan kuasa atau merampas suami orang, jangan sekali-kali dikaitkan dengan artis kesayangan mereka sebab mereka-mereka ini ada kekebalan tersendiri.
Inilah penangan dan kehebatan artis-artis yang ada immuniti ini. Sudah terang lagi bersuluh, begitulah hebatnya rekod kesalahan mereka. Bukannya pihak media tidak menjalankan tugas mereka dengan menghebohkan apa yang tidak sepatutnya seorang artis yang bermoral lakukan kerana mereka adalah "role model."
Walaupun pada mulanya respon agak berbelah bagi tapi lama kelamaan semuanya akan bertaut kembali. Imej "bersih" mereka tetap tidak terjejas atau terhakis mahupun segelintir pihak media masih berusaha membuka mata pembaca atau peminat dengan memberi gambaran sebenarnya.
Hakikatnya, simpan sajalah "bukti" atau "rahsia" artis kesayangan ramai ini kerana peminat mereka tidak ingin tahu apa yang buruk, hanya yang baik-baik saja yang mereka ingin tahu.
Kesemua nama yang disebutkan di atas sudah sampai ke satu peringkat di mana mereka adalah "peoples artistes" atau dalam istilah Melayu "Penyanyi Kesayangan Ramai" Selain dari artis yang disebutkan diatas, ada beberapa orang artis yang sudah meninggalkan kita tetapi mempunyai impak yang cukup kuat, menghampiri status immuniti yang dikatakan itu seperti Tan Sri P.Ramlee dan Sudirman Hj Arshad.
Rasanya tidak ada siapa yang ingin tahu samada Allahyarham P.Ramlee kaki judi atau tidak pandai simpan duit atau bagaimanakah kisah di sebalik kehidupan Sudir. Semua itu tidak penting lagi. Yang penting mereka ini sudah banyak menabur bakti dan jasa mereka tidak terhingga besarnya.
Artis-artis lama yang telah banyak berbudi kepada industri hiburan juga menikmati privilege immuniti ini seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Ahmad Nawab, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sarimah Ahmad, Mariani, Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jins Shamsuddin dan ramai lagi.
Mungkin kerana nama mereka sudah cukup lama terpahat di dalam arkib dan sejarah industri hiburan, maka selayaknya mereka menikmati privilege ini.
Mungkin juga artis yang mendapat immuniti ini ada hubungkait dengan imej "peoples artistes." Kesemua nama yang disebutkan di atas sudah sampai ke satu peringkat di mana mereka adalah "peoples artistes" atau dalam istilah Melayu "Penyanyi Kesayangan Ramai", sudah semestinya mereka kelihatan "kebal" dan "untouchable."
Apapun kisah atau lingkaran hidup mereka tidak pernah sekali pihak media ingin mencungkilnya. Sebaliknya, mereka diberi "perlindungan." Seandainya ada berita yang tidak seharusnya diketahui oleh orang ramai, cepat-cepat ditutup oleh pihak media. Antara sebabnya mungkin sebab mereka sudah tua, jadi rasa hormat itu melebihi segalanya. Dan dek bakat yang terlalu besar maka kekaguman pihak mediapun mengatasi segalanya.
Namun jangan pula mengambil kesempatan di atas sikap media yang cuba menolong "menutup bangkai." Pihak artis yang berada di tempat teristimewa ini kena pandai-pandailah mengubah sikap dan menjaga tepi kain sendiri agar segala pekung atau kelemahan diri tidak terlepas keluar.
Ini adalah kerana walaupun ada immuniti dan kebal atau menikmati status "the untouchable", apabila sesuatu yang diluar jangkaan berlaku dan pada ketika itu kesalahan yang ditanggung tidak dapat ditutup atau dibendung lagi oleh pihak media mahupun peminat, maka gugurlah hak immuniti itu.
Kakak Tua ingin berpesan pada artis-artis istimewa ini, ambillah iktibar apa yang sedang berlaku disekeliling kita Yang tinggal hanyalah seribu satu kesalan dan jangan pula disalahkan media apabila pekung di dada tiba-tiba terbongkar kerana pepatah Melayu ada berkata "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua."
Kakak Tua ingin berpesan pada artis-artis istimewa ini, ambillah iktibar apa yang sedang berlaku disekeliling kita. Kalau yang buat pekerjaan yang tidak elok tu, henti-hentikanlah.
Yang suka cakap bohong dan "main wayang", sudah-sudahlah. Dan yang sudah terlanjur membuat onar dan menabur fitnah, pandai-pandailah menginsafi diri. Lagipun benda yang tidak elok masakan dapat dibendung selamanya kerana "bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru."
KAKAK TUA: Senang berkata benar kerana lidah sudah dikikis!
|
[ Last edited by kekekek at 8-1-2007 10:15 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa kes Mawi so far ringan jer.
Takder le yang berat-berat cam 'artis-artis kebal' yang lain.
Kita tengok ABP2006 nanti, kebal ke tidak si Mawi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg bg immuniti ni? peminat or media? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mendonan's post
Media la...
Baru setahun jadi artis, Mawi dah diberi segala suntikan 'vaksin'.
[ Last edited by kekekek at 8-1-2007 10:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi dia keluarkan album yang bagus, show pun bagus dan makin improve, layan peminat pun bagus, layan reputz pun bagus....selagi tu la dia 'immune'.
Tu jer sebanrnya rahsia nak kekal lama...selain dari luck. |
|
|
|
|
|
|
|
jamal abdillah pada aku artis yg sgt kebal dalam erti kata lain "bakat mengatasi segala-galanya..."
dia amik dadah pun.. ppl still leh suka dia sebab bila dia nyanyi.."wow"...!! |
|
|
|
|
|
|
|
go sheila go :pompom: :love: |
|
|
|
|
|
|
|
jelas...mawi kebal dgn autanya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mendonan at 8-1-2007 10:49 PM
jamal abdillah pada aku artis yg sgt kebal dalam erti kata lain "bakat mengatasi segala-galanya..."
dia amik dadah pun.. ppl still leh suka dia sebab bila dia nyanyi.."wow"...!!
ni barula WOLRD...
tak macam mawi...baru putus tunang..sesama peminat dah bergaduh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peYno at 8-1-2007 11:40 PM
ni barula WOLRD...
tak macam mawi...baru putus tunang..sesama peminat dah bergaduh
La..tu baru world...mana ada sesama peminat artis lain yang bergaduh? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 8-1-2007 11:42 PM
La..tu baru world...mana ada sesama peminat artis lain yang bergaduh?
peminat mawi je...ko paham2 je jenis peminat2 mawi ni...prrrfthhh |
|
|
|
|
|
|
|
eleh tak minat mawi tapi avatar gambar mawi...prfffff la penyo cakap jer la ko akui kehebatan mawi tu!:ting: |
|
|
|
|
|
|
|
:hmm: :hmm: :hmm: no komen |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya peyno tu menghangatkan forum ni aje.. dia tu baik orangnya. orang yg baik tak ngumpat orang dan tak bencikan orang. itulah sifat orang yg tahu agama kan peyno.. dia akan hormatkan orang dan banyak melakukan kerja amal. tak mudah melenting. tak amengaibkan orang, tak fitnah orang dan berbagai lagi. banyak melakukan kerja amal. hormat orang. merendah diri. itulaha sifat sejati orang yg patu ajaran agama |
|
|
|
|
|
|
|
mawi jer peyno.?....ct, erra ,sheila , jamal tak nak komen ker?.........barulah peyno pun world |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 8-1-2007 10:08 PM
Mstar.com.my
menyalahgunakan kuasa atau merampas suami orang, ...
bisa...bisa... :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikz at 9-1-2007 08:19 AM
mawi jer peyno.?....ct, erra ,sheila , jamal tak nak komen ker?.........barulah peyno pun world
mawi jer yang bertakhta di hati peynok..
peynok tu ala-ala malu tapi mau... :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 8-1-2007 10:38 PM
Selagi dia keluarkan album yang bagus, show pun bagus dan makin improve, layan peminat pun bagus, layan reputz pun bagus....selagi tu la dia 'immune'.
Tu jer sebanrnya rahsia nak kekal lama...se ...
:setuju: :setuju: :setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 icelemontea's post
Kita Setuju............... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by icelemontea at 9-1-2007 08:29 AM
mawi jer yang bertakhta di hati peynok..
peynok tu ala-ala malu tapi mau... :lol
Biasa le kalau tidak tk kan namanya peyno.: : |
|
|
|
|
|
|
| |
|