View: 3755|Reply: 1
|
Tragedi lombong bijih pecah
[Copy link]
|
|
Jejak: Lombong bijih pecahOleh Nasron Sira Rahim
TIADA siapa di kalangan penduduk Cheras, Salak Selatan dan Sungai Besi di Kuala Lumpur yang menyangka bahawa rutin harian mereka pada 9 Oktober 1963 berakhir dengan satu peristiwa besar dalam sejarah hitam negara.
Justeru, pagi itu, mereka meneruskan rutin seperti hari-hari sebelumnya; keluar bekerja, kanak-kanak ke sekolah manakala yang kecil pula girang bermain sekeliling rumah. Suri rumah sibuk menguruskan keperluan kehidupan.
Tidak seperti beberapa hari sebelum itu, awan tidak lagi menitiskan air hujan bagi membolehkan warga kawasan itu kembali memulakan langkah meneruskan kehidupan.
Sekitar jam 11 pagi, seorang pekerja berdekatan kawasan itu mula bersiap untuk meninggalkan tempat kerjanya dan pulang menikmati hidangan makan tengah hari pada waktu rehat. Dia tidak keseorangan apabila ramai penduduk mempunyai rutin sama sepertinya.
Sejam kemudian, dia berada di rumahnya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, deria pendengarannya diganggu bunyi bising di luar rumah. Ketika memasang telinga bagi mendengar dengan lebih teliti, dia terdengar laungan beberapa penduduk.
揂ir datang! Air datang! |
|
|
|
|
|
|
|
bru jer aritu tunang ev sebut psl area cheras leh terasa gempa bumi(Padang) aritu psl tanah kat area(cheras) tu dulu paya/lombong.....tjumpa lak thread nie.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|