CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5614|Reply: 1

4,000 rumah bekas askar akan dilelong

[Copy link]
Post time 11-2-2007 08:33 PM | Show all posts |Read mode
4,000 rumah bekas askar akan dilelong

Sumber : Beritah Harian 11/02/2007

KOTA BHARU: Lebih 4,000 rumah milik bekas anggota tentera diseluruh negara kini menghadapi tindakan dilelong kerajaan kerana kegagalan mereka membayar ansuran bulanan selepas menamatkanperkhidmatan.


Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia(PBTM) ,Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani, berharap Kementerian Pertahanan mencari penyelesaian terbaik mengelak lelongan itu demi kebajikan bekas tentera.

Beliau berkata, masalah itu timbul kerana bekas tentera terbabit tidak meneruskan bayaran ansuran pembelian rumah yang dibuat menerusi pinjaman kerajaan selepas menamatkan kontrak perkhidmatan.

"Kebanyakan mereka terdiri bekas anggota tentera yang menamatkan khidmat sebelum mencapai tempoh persaraan wajib, menyebabkan masing-masing tidak menikmati wang pencen selepas berhenti.

"Mereka berhenti awal kerana mahu menceburi kerjaya lain tetapi berakhir dengan kegagalan selain menanggung ansuran bulanan rumah dibeli, yang sepatutnya diteruskan meskipun sudah berhenti," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit kepada 32 anak bekas anggota tentera di sini, semalam.

Muhammad berkata,kebanyakan anggota tentera itu ketika dalam perkhidmatan, membeli rumahberharga antara RM60,000 hingga RM80,000 dan perlu membayar kira-kiraRM500 sebulan.

Katanya, selain membabitkan anggota yang berhenti sebelum tempoh persaraan, masalah itu turut membabitkan pesara tentera yang berpencen rendah.

"Pencen yang diterima RM700 sebulan sedangkan pinjaman perumahan yang perlu dibayar RM500. Keadaan itu menyebabkan mereka tidak mampu membayar ansuran perumahan sehingga menyebabkan tunggakan.

"Setakat ini, dua bekas tentera sudah diisytihar muflis selepas gagal menjelaskan pinjaman perumahan selepas mereka berhenti daripada perkhidmatan.

"PBTM akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan dan Jabatan Veteran supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dapat membantu menyediakan rumah secara pinjaman kepada anggota tentera yang masih berkhidmat.

"Kita berharap dapat menyediakan Rumah Mesra Rakyat yang berharga RM42,000 dengan bayaran balik RM100 sebulan kepada anggota tentera. Cara ini dapat membantu meringankan beban keluarga anggota bekas tentera yang masih hidup di dalam taraf kemiskinan," katanya.


*************************************************************************************************************************************

Sedih bile dengar bekas anggota tentera kita hidup dalam kesusahan. Dalam hal ni PBT dan LTAT tak mainkan peranan ke atau those retiree mmg tak buat planing yang secukupnya apabila retire from service?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2007 01:28 AM | Show all posts
its all about planning and management...........

itulah yang lazimnya terjadi, anggota tersebut berhenti awal dengan harapan mendapat kerja yang lebih selesa dan mudah tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.......malahan lebih teruk lagi sekiranya tiada kerja langsung selepas berhenti.....

nowdays it is not easy to get a job.......so kayuhjelah sampai abis kije yang ade sekarang, kije askor pun bagus ape.....gaji tetap, elaun tetap, rumah free, perabut free, .......cume yang x best nyer bab duty la........

ini semua menjadikan den lebih berhati hati..........jangan ikut sedap badan jer......kene pikir dalam dalam beserta contigency plan.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.071901 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list