CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6570|Reply: 15

[BORAK] CeRiTa RakYAt NegErI MeLAkA

[Copy link]
Post time 24-4-2007 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 2-4-2012 16:53

Assalammualaikum

tadi panda ada searching la psal cerita rakyat negeri melaka ni..hehe

kalo sesape ade cite rakyat ni mehla tepek..tp kalo cite rakyat negeri lain pon xpela kot

sekadar untuk pengetahuan kita semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2007 02:04 PM | Show all posts

Reply #1 pandapenyek's post

akuy uska baca cite rakyat hehe..ada 1 web ni byk cite rkayat aku free kau past ela
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2007 02:36 PM | Show all posts
Menurut ceritanya, beratus-ratus tahun lalu, terdapat seorang puteri Kesultanan Melaka yang baik hati serta jelita jatuh hati dengan seorang nelayan dari Pulau Sumatera. Selepas beberapa lama menjalinkan hubungan, nelayan tersebut terpaksa kembali ke negarinya semula lalu meninggalkan puteri itu seorang diri tetapi berjanji untuk mengahwininya.

Beberapa bulan kemudian, dalam perjalanan ke negeri Melaka, nelayan tersebut mati lemas selepas bot yang dinaikinya karam dipukul ribut.

Kerana terlalu sedih dan amat lama menunggu, puteri tersebut membunuh diri selepas mendapat tahu dia sedang mengandung.

Bagaimanapun, mayatnya tidak tenggelam sebaliknya terapung- apung di permukaan air sahaja. Sejarah dan legenda mengenai pulau itu masih kekal tersimpan sehingga kini meskipun setelah masa berlalu dan banyak pembangunan yang dijalankan di pulau itu.





[ Last edited by  pandapenyek at 24-4-2007 02:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 11:18 PM | Show all posts

Reply #3 pandapenyek's post

tu sejarah pulau ape?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 11:25 PM | Show all posts
panda,

kalo ak nk reka citer bole x?hikhik.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 12:49 AM | Show all posts
ni aku jumpa satu website yg ada cerita rakyaat dari pelbagai negeri dlm Malaysia....siap ada gambar lagi

http://www.karyanet.com.my/lkk/ebuku/download/kcrm/negeri/melaka/melaka.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2007 08:57 PM | Show all posts
meh ak tlg copy citer rakyat yg kimmy bg link tuh...hikhik.....thanks to KIMMY...


tajuk : "Anak Kerbau Tujuh Beradik" citer dari MELAKA



PADA zaman dahulu, ada seekor kerbau.Warna kerbau itu perang. Orang memanggilnya kerbau balar. Kerbau itulahsatu-satunya berbalar kulitnya, maka mudahlah orang mengenalinya.

Pada suatu hari kerbau balar itu tidak kelihatan lagi dalamkumpulannya. Kerbau itu telah masuk ke hutan. Kerbau itu hendakmelahirkan anaknya di dalam hutan.

Setelah berjalan beberapa hari, maka sampailah kerbau itu kesuatu gua. Gua itu letaknya di kaki sebuah bukit batu dan tersembunyidalam semak-semak. Kerbau itu pun masuklah ke dalam gua itu.


Kerbau itu mengais-gais tanah disuatu sudut dalam gua itu. Tempat itu pun bersihlah. Tidak berapa lamaselepas itu, kerbau itu pun mula rasa sakit hendak melahirkan anak.Akhirnya kerbau itu pun beranak. Anehnya anaknya manusia, tujuh orangkesemuanya dan perempuan pula.

Kerbau itu menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Anaknya diberisusunya sendiri. Siang dan malam kerbau itu menjaga mereka denganselamat. Lama-kelamaan anak kerbau tujuh beradik itu pun besarlah.Mereka telah pandai berjalan dan dapat bercakap-cakap. Mereka punmenamakan diri mereka dengan nama puteri. Yang tua sekali bernamaPuteri Sulung, yang kedua bernama Puteri Kedua, dan seterusnyahinggalah yang bongsu bernama Puteri Bongsu.

Apabila anak-anak itu sudah boleh makan, maka kerbau balar itu punkeluar mencarikan makanan untuk mereka. Pada mulanya kerbau itu mencaripucuk kayu di sekitar gua itu sahaja. Tetapi lama-kelamaan apabilaanak-anaknya telah jemu memakan pucuk-pucuk kayu, mereka memujuk emakmereka mencari nasi. Oleh sebab sayang akan anak-anaknya, kerbau balarpun setuju. 揈soklah emak pergi ke kampung mencari nasi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 08:59 PM | Show all posts
sambung.....


Keesokan harinya, pagi-pagi lagi,ketujuh-tujuh anak raja itu telah sedia menunggu tidak jauh dari pintugua itu. Mereka menunggu kalau-kalau kerbau itu keluar lagi. Setelahpuas menunggu, tiba-tiba pintu gua itu terbuka. Kerbau itu pun keluarmeninggalkan gua itu. Ketujuh-tujuh orang anaknya mengucapkan selamatjalan kepada ibu mereka. Kemudian, apabila kerbau itu sudah berada agakjauh dari gua itu, anak-anaknya masuk semula ke dalam gua. Pintu guaitu ditutup.

揌ari ini, kita akan meniru suara kerbau itu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 09:02 PM | Show all posts
sambung...


Puteri Bongsu dan suaminya menanam kerbau itu di halaman rumah mereka.

Masa berlalu. Tahun berganti tahun. Di kubur kerbau itu di bahagiankepalanya tumbuh sebatang pokok mangga dan di bahagian kakinya tumbuhsebatang pokok beringin. Pokok itu makin lama makin besar.

Akhirnya pokok mangga itu pun berbuah. Buahnya lebat. Pada dahan pokok itu tergantung satu buaian.

Apabila anak Puteri Bongsu hendakbermain buaian, buaian itu akan turun rendah. Tetapi anak-anakkakak-kakak Puteri Bongsu cuba menaiki buaian itu, buaian itu akan naiktinggi.

Begitulahhalnya dengan pokok mangga. Dahannya akan melentur apabila PuteriBongsu dan anaknya hendak memetik buah yang masak. Akan tetapi dahanitu akan naik tinggi apabila kakak-kakak Puteri Bongsu cuba memetikbuah mangga yang masak.

Begitulah akhirnya kisah anak kerbau tujuh beradik itu.

TAMAT...

teladan : hargai kedua ibu bapa....jgn jd kacang lupakan kulit.....hargai mereka semasa mereka masih hidup lagik...jgn mencerhaka....se x sempuran mana pun mereka, they stilll mak bp kiter....hikhik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2007 11:30 AM | Show all posts

Reply #4 alpine84's post

pulau ape aku tak pasti :bgrin:

sbb aku pon baru nk memahami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2007 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by juju_amin84 at 24-4-2007 11:25 PM
panda,

kalo ak nk reka citer bole x?hikhik.....



hentam sajaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #9 juju_amin84's post

abis dah aku baca

sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by alpine84 at 24-4-2007 11:18 PM
tu sejarah pulau ape?


tu sejarah pulau besar,
tu sbb kalo korang tgk dari udara,
pulau besar tu seakan-akan bentuk pompuan mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 09:25 PM | Show all posts

Reply #13 the_slayers's post

huhu

ye ke..aku try menengok..



ermm...ada kot..tp tak prasan sgt..maybe pandangan sisi lebih jelas
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 06:26 PM | Show all posts
PEMANDANGAN pantai Pulau Besar yang cantik dan bersih.
--------------------------------------------------------------------------------

TERDAPAT banyak pulau yang indah di negara ini, tetapi tidak seindah pemandangan dan sejarah yang tersimpan di Pulau Besar. Itulah gambaran yang paling tepat dapat diberikan sewaktu menjejaki kaki pertama kali ke pulau bersejarah itu.

Pada sesetengah orang, kunjungan ke pulau itu mungkin banyak pantang larangnya sama ada ketika masuk, semasa berada di sana mahupun sekembalinya daripada kawasan itu.

Ini adalah kerana, Pulau Besar mengikut sejarah dan legendanya banyak menyimpan seribu cerita dongeng dan mitos menarik untuk didengar seiring dengan sejarah negeri Melaka sendiri.

Dikelilingi oleh enam buah pulau lain yang berdekatan, Pulau Besar mendapat namanya kerana paling besar berbanding pulau-pulau berhampiran.

Selain kaya dengan sejarah, Pulau Besar yang juga mempunyai keluasan 133 hektar itu sebenarnya mempunyai pemandangan yang cantik, pasir yang putih serta mempunyai tarikan berbeza dengan pulau lain di negara ini.

Lebih istimewa, jika diperhatikan dari jauh dan teliti, bentuk Pulau Besar adalah seperti seorang wanita mengandung yang sedang terbaring seolah-olah tidur.

Menurut ceritanya, beratus-ratus tahun lalu, terdapat seorang puteri Kesultanan Melaka yang baik hati serta jelita jatuh hati dengan seorang nelayan dari Pulau Sumatera. Selepas beberapa lama menjalinkan hubungan, nelayan tersebut terpaksa kembali ke negarinya semula lalu meninggalkan puteri itu seorang diri tetapi berjanji untuk mengahwininya.

Beberapa bulan kemudian, dalam perjalanan ke negeri Melaka, nelayan tersebut mati lemas selepas bot yang dinaikinya karam dipukul ribut.

Kerana terlalu sedih dan amat lama menunggu, puteri tersebut membunuh diri selepas mendapat tahu dia sedang mengandung.

Bagaimanapun, mayatnya tidak tenggelam sebaliknya terapung- apung di permukaan air sahaja. Sejarah dan legenda mengenai pulau itu masih kekal tersimpan sehingga kini meskipun setelah masa berlalu dan banyak pembangunan yang dijalankan di pulau itu.

Namun apa yang pasti, pembangunan yang dijalankan seperti pembinaan Pandanusa Island Resort dan Pandanusa Golf Club tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaan orang ramai mengenai sejarah dan legenda di Pulau Besar.

Di Pulau Besar, anda boleh menikmati sukan air seperti jet ski, bot laju, bot pisang atau berenang di laut yang pantainya landai. Jika tidak berbuat apa-apa aktiviti, anda boleh berkunjung ke Kolam Biawak (Iquana Lake).

Anda pasti terpesona dengan gelagat berpuluh-puluh ekor biawak yang bergerak bebas di pulau ini. Bagi kaki golf pula, Pulau Besar merupakan destinasi terbaik untuk dikunjungi dan mereka pasti tidak akan melepaskan peluang bermain golf di Pandanusa Golf Club yang terletak berhampiran.

Kawasan seluas 50 hektar dengan 18 lubang kesemuanya pasti memberi cabaran yang terunggul untuk pencinta sukan golf.

Sebelum ini terdapat juga pilihan lain iaitu di Samudera Resort, tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa ditutup buat sementara waktu. Jika anda seorang pemancing pula, ia pastinya menjadi satu destinasi yang menarik kerana pelbagai jenis ikan yang boleh diperolehi di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 06:28 PM | Show all posts
citer ni aku amik kat board  Mystery, Paranormal, Super-natural

credit to Syd

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.335109 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list