CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5226|Reply: 50

LAGU INDO .... SAMPAH

[Copy link]
Post time 2-5-2007 07:41 PM | Show all posts |Read mode
[quote]
Kenapa import lagu sampah?

KARYA seni sewajarnya mampu menyeberangi sempadan politik, geografi dan budaya. Karya yang baik mampu dihayati oleh khalayak di luar batas budaya sang karyawan.

Ini telah berlaku sejak lama dulu ketika era sebelum merdeka dulu. Ketika itu karya sastera dan muzik Indonesia menjadi sebahagian daripada santapan jiwa rakyat negara ini.

Lagu-lagu ciptaan Ismail Marzuki seperti Jangan Ditanya, Melati di Tapal Batas, Rindu Lukisan misalnya telah lama berkumandang di Malaya.

Malah Bengawan Solo ciptaan Gesang juga telah lama hidup di jiwa rakyat negara ini.

Ini antara lagu-lagu Melayu nyanyian dan ciptaan karyawan Indonesia yang membebaskan diri dari keindonesiaan.

Malah karya muzik yang lebih baru oleh Ebiet G. Ade berbicara tentang perihal manusia yang sejagat. Lagu-lagu begini wajar dihayati tanpa prejudis siapa dan di mana lagu ini dicipta.

Malah lagu-lagu nyanyian P. Ramlee pernah popular di Indonesia termasuk filem-filem P. Ramlee.

Tetapi selepas dekad 70-an hingga kini, Indonesia sangat prejudis dengan karya-karya dari negara berselera rendah.

Toleransi

Negara ini membuka pintu seluas-luasnya kepada karya muzik Indonesia. Keterbukaan dan toleransi ini disalahguna apabila sekian banyak lagu sampah mengalir keluar wang Malaysia ke Indonesia.

Malaysia mempunyai karya muzik yang jauh lebih baik dari Indonesia, M.Nasir misalnya. Tetapi karya yang masuk ke Indonesia bukanlah yang terhebat, cuma popular.

Maka apabila ada pihak yang menganggap karya muzik Malaysia ketinggalan zaman, penanda aras apa yang digunakan? Apakah lagu-lagu sampah dari Indonesia yang popular di sini dijadikan ukuran karya muzik tempatan lapuk dan tidak menepati selera?

Tanggapan bahawa karya muzik tempatan lapuk sebenarnya bertolak daripada sikap pengusaha dalam industri muzik kita.

Sebahagian besar daripada mereka ini akan membawa masuk apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan.

Sementara karyawan muzik pula berjiwa kecil sehingga membiarkan kepala dipijak orang. Lihatlah bagaimana mereka ini mencanang kebanggaan hanya kerana `berjaya' menembusi Indonesia.

Lagu Indonesia yang dibawa ke sini kelihatan besar kerana kita yang berjiwa kerdil dan berselera rendah. Masih tidak sedar lagi?

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-50, kita perlu kembal kepada jiwa merdeka. Untuk itu, kita wajar berjiwa besar.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm/quote]

What is this ?

Jika memang sampah, mengapa publik Malaysia menyukainya ?

Apakah memang selera orang Malaysia serendah ini ?

Apa yang salah dengan dengan negara ini dan Industri muzik Malaysia ?


Mari kita diskusikan bersama, dengan hati terbuka dan tentu saja "open minded"  !!!





[ Last edited by  jf_pratama at 3-5-2007 10:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2007 09:08 PM | Show all posts
err..tak tau nak komen la nyah..
Reply

Use magic Report

Neo-Artz This user has been deleted
Post time 2-5-2007 09:33 PM | Show all posts
cukup2lah nak cakap lagu2 Indon ini itulah...pendapat sy pasal isu nie..

1) kalau betul lagu2 dan artis2 MALAYSIA tue berkualiti, kenapa tiada usaha nak mempromotkan diorang di luar negara?

2) lagu2 Indon popular sebab banyak request dari pendengar radio...kita tak boleh salahkan pendengar hal ini. Mereka ikhlas menyukai lagu tersebut..

3) Lagu2 Malaysia bukan tidak menepati selera, cuma kl kita lihat, komposer2 lagu balik2 orang yang sama...tak Adnan, Ajai, Azlan, Yasin, Cat Farish...so bunyik pun lebih kurang sama saja..dan satu lagi, ini baik supaya orang kita boleh bertanding secara sihat..

4) LAstly, ada lagi isu yang lebih penting dari muzik Malaysia dan muzik Indon...mcm isu menteri besar pahang tue..malulah jadi wakil rakyat kl perangai mcm tue..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 09:56 PM | Show all posts
lagu malaysia layu la. takde tenaga. banyak lagu yg "down" dan feeling je.
bandingkan lagu indo, bahasa sama, kita bleh paham,,,  kreatif. suara pun lagi mantap.
lagi satu yg tak best, kalu dilihat dari segi majoriti, org melayu malaysia ni lebih suka glamor, maksud aku, lagi glamor artis tu, lagi laku la lagu dia.

tapi, lagu inudstan pun ramai tak paham, laku jugak.
lirik tahapa2, lagu pun tak best, tapi sebab otak pendengar dok bayang joget ramai2, jadik best.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 10:03 PM | Show all posts
Hehehee..ade gak gang Indon yg hangin..?? ntah..aku rase penulis nih just x puas ati ngan perkembangan muzik kite..n target die sebenarnye nk kutuk peminat muzik Mlaysia yg melulu sokong muzik Indon..die x maksudkan seme lagu Indon 2 sampah..sbb aku pun rase ade certain artis/lagu/muzik Indon yg tgh current nih bknnye bagus sangat..n of course ade yg bagus..terpulang pd memasingnye pendapat/penerimaan..aku rase org Indon x patut bengang ngan article nih..sbb korang x rugi apape..bangge lah korng..lagu sampah pun ade yg giler gak..n thank God Im not one of them..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 01:09 AM | Show all posts

Neo art..

1) kalau betul lagu2 dan artis2 MALAYSIA tue berkualiti, kenapa tiada usaha nak mempromotkan diorang di luar negara?

- promosi tak cukup bagus dan tak ada support yang kuat dari promoter2 dari malaysia dan seberang sana .

2) lagu2 Indon popular sebab banyak request dari pendengar radio...kita tak boleh salahkan pendengar hal ini. Mereka ikhlas menyukai lagu tersebut..

- ikhlas satu hal tapi apa yang boleh lu buat cuba2 la hargai lagu2 ciptaan tempatan . andainya laa anda tak suka...maka anda berfikiran skeptikal dan anda tak ada hak utk    menyuara sbb anda tak perihatin .

3) Lagu2 Malaysia bukan tidak menepati selera, cuma kl kita lihat, komposer2 lagu balik2 orang yang sama...tak Adnan, Ajai, Azlan, Yasin, Cat Farish...so bunyik pun lebih kurang sama saja..dan satu lagi, ini baik supaya orang kita boleh bertanding secara sihat..

- mana lu tahu komposer yang sama..kat indon tue pun komposer yang sama..balik2 ciptaan melly , ahmad dahni..etc . Bunyi dan lagu tak sama wei..harap2 lu faham laa..orang macam lu nie membunuh industri musik dan pengiat seni tanah air secara pelahan-lahan kerana ideologi lu .

) LAstly, ada lagi isu yang lebih penting dari muzik Malaysia dan muzik Indon...mcm isu menteri besar pahang tue..malulah jadi wakil rakyat kl perangai mcm tue..

- wei...part ni lu patuh bahas kat forum current issues laa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Neo-Artz This user has been deleted
Post time 3-5-2007 03:08 AM | Show all posts

Reply #6 sinnerz's post

yelah2...korang saja tau pasal muzik semua nie...saya bagi pendapat saja tapi saya tak kata pun saya tak menghargai industri tempatan...saya beli album2 artis2 kita mcm Siti, Dayang, Jaclyn, Hazami, Sean Ghazi..even bintang2 realiti pun saya beli jugak...pikir2kanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 03:18 AM | Show all posts
lagu2 indon sedap, lagu mesia sedap juge tp tak bnyk, jgn la marahkan pendengar pulak kalo tak minat lagu anda, usaha lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2007 03:31 AM | Show all posts
hidup di dunia ibarat roda. zaman p. ramlee, s. effendy lagu malaysia diminati di indo. 60an, 70an tenggelam. zaman 80an rock kapak, search dan sheila majid diminati di sana. zaman saari amri, sampai mencipta lagu untuk nike ardilla. zaman 90an, 2000 lagu malaysia tenggelam, kecuuali siti yg popular di sana. akan datang mungkin giliran lagu malaysia pulak diminati oleh indonesia.

ada sorang kawan indo saya setuju dgn saya yg lagu indo ni dah sama je rentaknya takde yg baru. tapi dia kata ada beberapa band baru yg dah mengubah rentak muzik ke rentak yg lain dari yg lain. band malaysia kena cepat mengejar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 05:50 AM | Show all posts
inilah COMPETITION namanya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 09:21 AM | Show all posts
bila ianya sudah sampai pada tahap lambakan maka tk dapat tidak akan terdapat sampah sarap dalam lambakan tersebut.
sama juga kesnya dgn sinetron indon.bila dah terlalu byk apa yg penonton akan dpt kebanyakannya ialah sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 01:09 PM | Show all posts
WA SETUJU!! LAGU INDON YG BAGUS CUMA EBIET G ADE JE.....
YG LAIN.....NTAHLAH
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 02:30 PM | Show all posts
menurut gue orang yang menulis article di utusan itu adalah seseorang yang mempunyai rasa nasionalis yang terlalu berlebihan.

gue kurang setuju kalo musik indo dibilang musik sampah,  gue lebih setuju kalo sinetron indo yang dibilang sampah
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by unRESTworld at 3-5-2007 03:18 AM
lagu2 indon sedap, lagu mesia sedap juge tp tak bnyk, jgn la marahkan pendengar pulak kalo tak minat lagu anda, usaha lagi

aku plak dgr lagu indon cam satu pesen jer..  tapi ada gaklah yg aku suke tapi lagu wanita je mcm lagu aku bukan utkmu by rossa
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 06:21 PM | Show all posts
Lagu endon bagi aku bukannya sampah sepenuhnya...tp bukan pulak kualitinya jauh lebih hebat dr muzik malaysia. Kalu didengar dgn teliti lagu2 endon pun lebih kurang sama jer...baik peterpan ka padi ka..dewa ka..samson ka...muzik ala ala gitu. So jgn nak kata muzik malaysia sepesen jer sedangkan muzik2 endon lagi sepesen...suara pun dekat2 nak sama..sehingga aku pun keliru sapa yg nyanyi baik penyanyi band...mau pun penyanyi solo
Soal kenapa lagu2 endon menpdt perhatian kat Malaysia sebabnya org malaysia lebih terbuka dlm penerimaan lagu2 luar baik endon atau mana mana negara...tanpa sangsi tanpa prejudis. Ini amat berbeda dgn org endonesia yg memandang pesimis muzik malaysia...bukan sja muzik malah apa saja produk hiburan dr malaysia. Lihat sajala drama2 bersiri endon yg entah apa2 itu...dpt jugak tmpt kat stesen TV malaysia. Produk Malaysia? Kalu x percaya tanyala mereka dan soh mereka jawab dgn hati terbuka tanpa hipokrasi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 06:24 PM | Show all posts
tp aku perasan...lagu2 endon yg mendapat perhatian ramai dr msykt malaysia salah satu sebab kerana mempunyai lirik2 yg bagus....macam lagu mimpi yg sempurna dr peterpan...sedapnya lirik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


alkesh This user has been deleted
Post time 3-5-2007 07:29 PM | Show all posts
agak ekstrem kalo nak dikatakan 'sampah'
personally, lagu2 indon. muziknya kedengaran lagi berkualiti dan lebih 'catchy'. dengar sekali terus tertarik sbb tu lah popular.
tapi taklah semua lagu dan keadaan ni normal...
bila dah jadi mcm satu fenomena, org pun berebut2 bawak lagu indon. ke sini dan terbawak sekali termasuklah lagu2 yang kualiti pun kureng...
samelah mcm kes 'demam' telenovela yang melanda msia, mula2 nya telenovela tu nampak ok, ader kualiti sebab menampilkan jln ceriter dan style yang berbeza tapi bila dah bertimbun ader kat tv, barulah nampak yang telenovela2 tu semua banyak yang karut dan sesetengah tu tahap 'sampah' jek tapi ramai still tonton lagi walaupun admit cerite tu takder kualiti...
kes yang same maybe berlaku kat sini, bile dah muzik yang dibawa berbeza walaupun berkualiti atau tidak, orang still akan suke...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 07:43 PM | Show all posts
for me..lagu indon lirik dia mudah..straight to the point...but very meaningful and deep...di tambahkan lagi ngan melody yg indah..
contoh paling senang DEALOVA dan CINTA..seriously, i tak jumpe lagi lagu2 kat mesia ni setaraf kualitinya ngan dua lagu indon tu...
tu baru dua..ade byk lagi...

im not saying lagu2 malaysia tak bagus, ade je lagu2 malaysia yg bagus but the prob ngan org malaysia ni, ckp je yg konon2 drg tak sokong artis LUAR, artis indon or whatsoever..konon2 lebih banggakan produk tempatan, but i tgk produk yg diaorg sokong..produk yg SAMA je...camne nak berkembang?

org yg same gak dpt lagu bagus, org yg same gak dpt lagu kualiti, org yg same gak dpt buat concert, org yg same gak dpt publisiti yg besar.. artis lain? dpt lagu bagus, dikutuk kata sore tak sedap la, pancit la, soh retire la, menjerit la, buruk la, itu la , ni la...pastu lagi best, soh dok umah jaga anak la, soh sedar diti dah tue la..pastu ckp lagu tu patut kasi kat artis lain la, sure lagi sedap...macam2...

artis mesia yg lain boleh je dibawak ke indon atau ke negara lain..cume ORG MALAYSIA sendiri yg tak percaya kat artisnye...takut nak invest kat muka2 baru..takut dorg rugi...takot tak pulang modal etc..

tu ke menyokong katanye??
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 07:44 PM | Show all posts
serius aku ckp, aku plg x suka wartwan hiburan malaysia. aku rasa ramai yg tak bertauliah. pakai ambik keje jerk. klu dah tau lagu sampah apasal terhegeh2 nak promote. tgkla indon ada ke dia nak promote artis kite. sorryla. siti bernasib baik sbb dulu ada lagu cindai ku x, x popular smpi skrg. mcm ziana zain, mawi, kru mrk kurang publisiti. tp malaysia dtgla UNGU ke, Melly ke, hanji ke? mesti nak promote besar2. kekadang kesian tgk artis malaysia. lagu sedap2 tp x mau promote yg promote indon tu.

p/s aku x salahkan indon sbb merk ada tactic nak masuk sini. yg bodo wartwan kite dan radio kite very kekampungan.
Reply

Use magic Report

alkesh This user has been deleted
Post time 3-5-2007 07:52 PM | Show all posts

Reply #19 budakpendekk's post

ct famous kat indon rasenya sbb lagu aku cinta padamu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.237180 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list