CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5724|Reply: 15

[MERGED] MSG bahaya untuk kesihatan!!

[Copy link]
Post time 8-5-2007 01:50 PM | Show all posts |Read mode
kepada pakar pmkn...

jeng jeng jeng....benda ni dah lama jadi ade la dalam 5-6 thn kebelakangan ni,
aku kalau mkn sup tulang,lembu,daging etc (apa2 saja sup yg ditambah msg) aku akan jadi dahaga tidak lama selepas itu.kdg2 tmbah teruk mlm tu pulak aku susah nak tido,bdn aku jadi panas dan kerap minum air.kalau mkn fast food mcm kfc,mc d aku kerap minum air.kdg2 kepala aku jadi pening.

kira susah jgk la aku nak pilih mkn dekat kedai,semua taruk msg.biasa aku order benda yg kering (ikan bakar,daging bakar,benda rebus etc ) tak byk kuah sebab yg berkuah lebih byk MSG drpad yg kering.kedua duanya ade MSG.Apa yg perlu aku buat?
ade ke benda yg boleh neutralkan msg dlm bdn aku ni?

selera mkn aku jadi terganggu disbkan semua ni.huhu....

[ Last edited by  amazed at 9-11-2008 07:01 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2007 02:15 PM | Show all posts
ada.... anti MSG...

E Appetizer.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 12:32 PM | Show all posts
WHO meletakkan MSG ni sebagai food additive yg paling selamat. Walaupun ujian yg dijalankan pada haiwan saperti tikus menunjukkan kesan sampingan yg bahaya...tetapi ini tak berlaku kpd manusia. Penerimaan terhadap MSG ni berbeza diantara seseorang...orang yg ada asthma mungkin alah dgn msg. Ada juga yg pening, susah tidur dsb. Jika kita tak sesuai dgn msg ni...hentikan saja..bahan tu akan dimetabolise dan dikeluarkan dari tubuh mengikut air kencing. Belacan, cencalok, budu pun bagus juga untuk ganti msg.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 06:27 PM | Show all posts
i pon alami prob yg sama... kene minum byk air...
kalo x dehydrate...
bagus jgak at least menggalakan aku minum....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 10:11 PM | Show all posts

Ajinomoto tidak baik untuk kesihatan???

Pada tahun 1959, Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) mengelaskan MSG sebagai bahan "selamat pada umumnya" atau GRAS. Tindakan ini berasal daripada Pindaan Bahan Tambahan Makanan 1958 terhadap Akta Makanan, Ubat, dan Kosmetik Persekutuan yang memerlukan bahan tambahan makanan yang baru diluluskan sebelum dipasarkan. Ini menyebabkan FDA menggubal peraturan-peraturan yang menyenaraikan bahan-bahan, seperti MSG, yang mempunyai sejarah kegunaan selamat atau selamat pada umumnya (GRAS).

Sejak tahun 1970, FDA telah menganjurkan banyak kajian semula tentang keselamatan MSG, glutamat-glutamat dan protein-protein hidrolisis yang lain sebagai sebahagian kajian semula data keselamatan bahan-bahan GRAS di dalam makanan proses yang sedang dilaksanakan. Salah satu kajian semula mengenai bahan-bahan GRAS dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pilihan Persekutuan Persatuan Amerika untuk Biologi Uji Kaji (FASEB). Pada tahun 1980, jawatankuasa ini menyimpul bahawa MSG adalah selamat pada aras-aras yang digunakan ketika itu, tetapi mengesyorkan penilaian lanjut untuk menentukan keselamatannya pada aras-aras penggunaan yang jauh lebih tinggi. Laporan-laporan lanjut mencuba menyelidik perkara ini. Pada tahun 1986, Jawatankuasa Penasihat FDA Tentang Kehiperpekaan Terhadap Bahan-bahan Makanan menyimpul bahawa MSG tidak membahayakan orang ramai tetapi tindak-tindak balas sementara mungkin akan berlaku pada sesetengah orang. Laporan-laporan yang lain mengemukakan dapatan-dapatan seperti yang berikut:

Jawatankuasa Pakar Bersama tentang Bahan Tambahan Makanan, sebuah jawatankuasa Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pada tahun 1987 meletakkan MSG dalam kategori bahan makanan yang paling selamat.
Laporan Jawatankuasa Saintifik untuk Makanan dari Komuniti Eropah (EC) pada tahun 1991 mengesahkan keselamatan MSG dan menggolongkannya dalam kelas "pengambilan harian boleh terima" yang "tidak ditentukan", iaitu kelas yang paling baik untuk sesuatu bahan makanan. Selain itu, jawatankuasa Komuniti Eropah itu berkata, "Bayi, termasuk juga bayi pramatang, telah menunjukkan keupayaan memetabolismekan glutamat yang secekap dengan orang dewasa dan tidak menunjukkan sebarang kerentanan terhadap memakan jumlah glutamat yang banyak."
Laporan Majlis Hal-ehwal Saintifik daripada Persatuan Perubatan Amerika pada tahun 1992 menyatakan bahawa glutamat dalam bentuk apa jua tidak menunjukkan sebarang "bahaya kesihatan yang bererti".
Bagaimanapun, sebuah laporan yang ditempah oleh FDA pada tahun 1995 mengakui bahawa "sebahagian penduduk yang jumlahnya tidak diketahui mungkin boleh terjejas oleh MSG dan mengembangkan kompleks gejala MSG, suatu keadaan yang dicirikan oleh satu atau lebih gejala yang berikut:


kederiaan panas pada tengkuk, lengan, dan dada
kederiaan kebas pada tengkuk yang terpancar ke lengan dan bahagian belakang
kederian-kederiaan sesemut, panas, dan kelemahan pada muka, pelipis, bahagian belakang atas, leher, dan lengan
tekanan atau ketegangan otot muka
sakit dada
sakit kepala
rasa loya
denyutan jantung yang cepat
bronkospasma (kesulitan bernafas)
mengantuk
kelemahan."[6]
Persoalan-persoalan yang menyelubungi implikasi-implikasi kesihatan terhadap pengambilan MSG telah merupakan sebuah tajuk untuk banyak perdebatan. Terdapat banyak bukti anekdot yang membayangkan kesan-kesan kesihatan yang negatif, tetapi kesemua ini masih belum disokong oleh penyelidikan-penyelidikan yang diiktiraf.

Pada April 1968, Dr. Ho Man Kwok menulis sebuah makalah untuk Jurnal Perubatan New England yang berkata:

Saya telah mengalami suatu sindrom yang pelik setiap kali saya makan di restoran Cina, khususnya di restoran yang menghidangkan makanan Cina utara. Sindrom itu yang biasanya bermula 15 - 20 minit selepas saya makan hidangan pertama berlangsung selama lebih kurang dua jam, tanpa sebarang kesan terbawa-bawa. Gejala-gejala yang paling ketara ialah kekebasan pada tengkuk saya yang beransur-ansur terpancar ke kedua-dua lengan serta juga bahagian belakang saya, selain daripada kelemahan umum, dan palpitasi... .
Ulasan ini memulakan perasaan takut akan MSG dan "sindrom restoran Cina". Banyak penyelidikan telah gagal mendapat sebarang sindrom yang berkait dengan MSG (atau sebarang kesan kesihatan yang negatif), dan sindrom restoran Cina umumnya telah diketepikan sebagai sebuah mitos. Walaupun demikian, kerosakan telah dilakukan dan MSG masih disyaki oleh sebilangan besar orang ramai, dengan banyak makanan terus menggunakan label "MSG bebas". [7]


[sunting] Obesiti
Monosodium glutamat (MSG) telah ditunjukkan sebagai mengakibatkan obesiti di kalangan tikus-tikus makmal. Penyelidikan-penyelidikan haiwan itu telah menyebabkan sebilangan penyelidik untuk membuat teori bahawa MSG memainkan peranan dalam wabak obesiti. [8]

Bagaimanapun, kesan yang sama tidak terlihat di kalangan manusia. Sebuah tinjauan epidemiologi yang terdiri daripada 4,938 orang lelaki berbangsa Jepun daripada Rancangan Jantung Honolulu di Hawaii mendapati bahawa pengambilan MSL tidak berkait dengan obesiti. [9] Tambahan pula, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan MSG pada setiap waktu makan tidak berhubung kait dengan kejadian penyakit jantung atau angin ahmar peserta. Kekerapan pengambilan MSG juga tidak menjejaskan aras-aras gula darah atau serum kolesterol di kalangan peserta.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Monosodium_glutamat
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 10:56 PM | Show all posts
aku dah seminggu makan nasi goreng paprik, memang sedap... bila aku ajak kawan2 aku, diaorang kata banyak ajinamoto..
mula2 aku tak kesah janji sedap pastu murah
hari ni aku rasa kebas2 dari tangan, kaki dan di kepala
ketegangan otot muka
lepas baca thread nih baru aku taw bahaya nye ajinamoto...
pasni jgn harap la aku nak p kedai tu lagi.... so long ajinamoto..
makan roti canai lagi bagus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2008 11:05 PM | Show all posts
dulu masa aku skolah ade ustaz jual penambah perisa makanan pengganti ajinomoto..
dia kata ajinomoto ni x bagus..dia test kalau siram kat lalang pun bole mati..

tp aku lupe la brand ape yg dia jual tu..ntah ade lg ke x..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 11:13 PM | Show all posts
ades harap ko leh recall balik la ape nama dia hhuhu tak guna nyer ajinamoto aku menderita malam ni waaaaa..... kebas2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2008 12:44 AM | Show all posts
Definitely not good for our health.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:51 AM | Show all posts
famly aku ban ajinamoto sejak aku lahir lg...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 01:15 PM | Show all posts
teman memang menjauhkan diri dari Aji  tukar dengan perisa lain jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:41 AM | Show all posts
garam pun sama...adik juita penah campak garam lebihan dia tabur kat pokok klapa atas rumput ...tau-tau arwah bapak tegur dia tabur racun apa kat rumput tu...dia tbur garam biasa je...

untuk yg alah pada msg masak sendrik bawak bekal....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 03:54 PM | Show all posts
kalau mkn beli kat luat kompom kbnyakan ade MSG.

org jepun mkn MSG gak kan.... nape usia diaorg pnjg2 gak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 07:49 PM | Show all posts
Aku suka MSG. Sedap sekali.   Mungkin ada orang yang tak tahan kot makan MSG. Aku takper je. Takder problem langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:21 PM | Show all posts

Reply #14 lazuardi_senja's post

aku pong...ok jer so far...nenek haku cukup pantang kalau masak tak buh msg...guna secubit pon ok lah...dpd tak guna lansung dan aku rasa apa2 yg ada kat dapo ada msg (sos tiram/kicap/perencah/bla2...so takyah la kata our food is free from msg kalau guna bahan nih) ...mkn kat luar lagi laa...

my 2 cents:victory:

[ Last edited by  kacang^soya at 18-11-2008 09:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:39 AM | Show all posts

Siapa Yang Makan MSG berlebihan???

Anda nak tahu?
Bagaimana nak kesan orang itu banyak MSG atau TIDAK???

Senang sahaja... Pada tahun 1960 ketika MSG mula-mula diperkenalkan di Malaysia... Tak da sorang pun rakyat Malaysia yang KURANG RAMBUT...

Kelemumur pun takda masa tu... Tiada Orang Mengeluh ish rambut aku banyak gugur...

Kenapa anda makin BOTAK??? MSG mungkin tidak membuat anda jadi gemuk, tetapi CUBA lihat rambut anda yang banyak berguguran dilantai...

Saya bukan nak perli anda makan ajinomoto... tetapi pada tahun 1990-an Malaysia digemparkan dengan berita BENAR!!!..
Ajinimoto telah menarik balik produknya dipasaran ketika itu kerana ada BAHAN DARI UNSUR BABI!!! Anda boleh search kat internet... orang TV3 pun tahu hal nih sebab diorang siarkan di TV!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063116 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list