BARU-baru ini Kak Uda terjumpa dengan seorang teman lama di Zoo Negara.
Dah lama tak jumpa banyak pulak ceritanya, macam-macamlah dari kisah
keluarga hingga akhirnya menyentuh mengenai satu majlis hari jadi anak seorang
VIP.
Huh...terkejut Kak Uda dengar begitu hebat dan bertuahnya kanak-kanak
itu kerana pada hari jadinya, si ayah seorang VIP kononnya sanggup bayar
sampai RM45,000 kepada pihak Zoo Negara semata-mata mahu kawasan di mana
majlis berlangsung ditutup daripada orang ramai selama beberapa jam.
Mulanya Kak Uda ingatkan kawasan itu ditutup untuk memudahkan
kanak-kanak bersuka ria di kawasan itu tetapi rupa-rupanya kerana ada penyanyi
terkenal negara bersama suaminya menjadi undangan istimewa majlis tersebut.
Menurut kawan Kak Uda, penyanyi itu tidak mahu kehadirannya diganggu
oleh orang ramai atau pun peminatnya, jadi terpaksalah VIP itu berhabis duit
untuk tetamunya.