View: 3364|Reply: 32
|
Lagu Etnik bagaimana pilihan anda?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum...
Seperti mana yang anda sedia tahu, sekarang ni semakin kekurang artis yang membuat Album Etnik di pasaran Malaysia. Entah di mana silapnya, gemilangnya muzik etnik itu semakin malap. Entah di mana silapnya. Oleh itu, saya mewujudkan undian ini untuk mengetahui muzik etnik yang bagaimana sebenarnya yang diinginkan oleh anda.
Berikut saya terangkan muzik-muzik yang saya perturunkan di atas.
Fusion Etnik - Noraniza Idris adalah pelopor utama genre ini. Ia adalah konsep yang menggabungkan pelbagai irama muzik etnik dalam sebuah album. Melodi pekat dengan unsur etnik, tapi masih dalam aliran komersil.
Urban Etnik - konsep yang digunakan oleh Zehra Zambri. Muzik etnik yang lebih progressif dan moden. Susunan muzik yang bergaya hip-hop dan funky tetapi masih mengekalkan rentak asas muzik etnik.
Pop Etnik - konsep Syura dan Siti. Muziknya sederhana sahaja, tetapi amat bermakna. Susunan muzik lebih kepada 60% tradisional dan 40% moden. Dari segi melodi, masih lagi setia mengikut rentak asas muzik etnik.
Ada lagi banyak konsep muzik etnik yang boleh dipelopori oleh pemuzik Malaysia seperti Kontemporari Etnik dan sebagainya. Jika anda ada sebarang idea yang ingin diketengahkan sebagai pendekatan baru kepada muzik etnik, dipersilakan kita berbicara di sini.
Sekian.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semua penyanyi yg ko sebut tu,bikin aku hilang selera nak vote. |
|
|
|
|
|
|
|
Rhyno suka fusion etnik. Segar & unik. :ah:
Lagu Melodi Ahlan nyanyian Waheeda tu masuk kategori mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove07 at 9-6-2007 10:54 PM
semua penyanyi yg ko sebut tu,bikin aku hilang selera nak vote.
semua penyanyi di atas hanyalah satu contoh sahaja supaya senang dirujuk. Apa yang ingin difokuskan adalah muzik itu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
cintamani This user has been deleted
|
aku suka semua...
tapi kadang2 kalau kita dengar lagu-lagu pop etnik, melodinya seakan-akan sama contohnya lagu-lagu joget atau zapin...mungkin sbb dia nak mengekalkan rentak tradisional sesuatu irama tu..
fusion etnik pun best, sebab dia cuba masukkan elemen2 moden ke dalam muzik tradisional..contohnya lagu keroncong Indung Anak Melayu.pada dasarnya lagu tu adalah lagu keroncong, tapi bila diadun dengan elemen muzik moden, ia kedengaran seperti sesuatu yang segar dan baru..
for urban etnik...tak berapa gemar sgt..contoh lagu Onjak Sekaki, Goyang Habibi, Kelip Kelip...sbb irama tradisional tu seakan2 dah ilang untuk sesebuah lagu etnik tu.. |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
saya suka lagu etnik apabila KRU masuk campur jadi komposer.sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
aaku ske urban etnik...
err..tapi..janganla bagi contoh zehra zamri.....
meluat haku tgk peserta malaysian idol yg tak kesampaian tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by isskandar at 10-6-2007 12:18 PM
aaku ske urban etnik...
err..tapi..janganla bagi contoh zehra zamri.....
meluat haku tgk peserta malaysian idol yg tak kesampaian tuh....
huhuhu. aku bagi contoh jer. sebab rasanya dia yg mulakan konsep urban etnik tu kan.
sapa tahu lagu pusaka rimba - ziana and dayang? aku pun suka konsep lagu etnik kontemporari macam ni. harap ada la yg dapat mempeloporinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintamani at 10-6-2007 09:07 AM
aku suka semua...
tapi kadang2 kalau kita dengar lagu-lagu pop etnik, melodinya seakan-akan sama contohnya lagu-lagu joget atau zapin...mungkin sbb dia nak mengekalkan rentak tradisional sesuatu ...
yup.... lagu2 pop etnik ni bila dengar, memang kita akan terkesan kesamaannya. sebab tu skang org cakap lagu2 camni dah agak klise. harus ada kelainan dalam menampilakn muzik tersebut. |
|
|
|
|
|
|
cintamani This user has been deleted
|
pusaka rimba lagu etnik???
tak dengar cam etnik pun...
etnik ****mporari ni mungkin lagu2 cam...
erti hidup
samudera |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka lagi pop etnik sbb sedap didengar pd bila2 pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintamani at 11-6-2007 08:51 AM
pusaka rimba lagu etnik???
tak dengar cam etnik pun...
etnik ****mporari ni mungkin lagu2 cam...
erti hidup
samudera
cuma amati melodinya, ada unsur melayu yang kuat. dari segi susunan muzik mmg tak etnik, tapi roh lagu tu mmg kuat dgn unsur melayu. sebab tu saya katakan lagu ni etnik kontemporari.
yup, lagu erti hidup dan samudera pun contoh etnik kontemporari. |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih suka lagu2 yg santai dan catchy..so my vote goes to pop etnik.
Lagu2 yg heavy cam fusion etnik tu..utk masuk pertandingan boleh la..
Urban etnik? sesuai utk golongan yg ala ala urban dan x suka dgr lagu tradisional sngat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rajasemarak at 10-6-2007 01:00 PM
huhuhu. aku bagi contoh jer. sebab rasanya dia yg mulakan konsep urban etnik tu kan.
sapa tahu lagu pusaka rimba - ziana and dayang? aku pun suka konsep lagu etnik kontemporari macam ni. ...
lagu pusaka rimba tu lagu pop lah! takde bunyi etnik pun...lagu tu 100% ballad |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak cakap pasal lagu2 etnik..aku agak expert.
lagu pop melayu <--pusaka rimba tak termasuk pun : lagu cenggini contohnya lagu2 ukays, sharifah aini, slam, screen, data dan spring...
ada lagu2 pop melayu yg sangat cocok kalau ditukar arrangement menjadi lagu ghazal atau keroncong...contohnya 5 lagu ini....akau nak sgt dgr versi 100% pakai malay percussion
1) dalam diam aku mencintaimu - stings
2) pesanan buat kekasih -spring
3) kita ditakdirkan jatuh cinta
4) seksa
5) sebak
lagu2 dlm kategori ini yg layak dikatakan lagu yg berjiwa melayu...tp usually korang cakap lagu leleh....
lagu mcm Purnama Merindu, Nian Di Hati, Puncak Kasih, Merenung Bulan, Gelisah Mimpi, Ku Pohon KeMAAfan ANTARA LAGU POP DARI FEMALE SINGER YG ADA ROH MELAYU dlm dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by makhluk at 11-6-2007 06:46 PM
lagu pusaka rimba tu lagu pop lah! takde bunyi etnik pun...lagu tu 100% ballad
hmmm, etnik di sini saya maksudkan bukanlah 100%. ada elemen melayu dalam lagu ini, tapi tentulah ia tidak mendominasi lagu ini. namun, semangatnya tetap terasa, diadun dengan olahan kontemporari. sebab itu saya katakan ia sebahagian etnik kontemporari. tapi sudah tentu bukan secara mutlak. ia juga boleh diangkat sebagai lagu pop.
antara lain lagu dalam kategori ni ialah Bagaikan Sakti. ia ada elemen jawa dan melayu yang ketara. Namun, tetap boleh diangkat sebagai lagu pop/ballad secara keseluruhan.
ini adalah antara hasil pengamatan sayalah. saya kira tentu anda ada pendapat tersendiri. mari kita kongsi bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
ASMARADANA pula kategori apa ya? saya kira lagu ni lebih kepada urban etnik. ia pekat dengan elemen jawanya, tetapi diadun dengan muzik dance yang begitu rancak. saya sangat suka dengan pengolahannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by makhluk at 11-6-2007 06:53 PM
kalau nak cakap pasal lagu2 etnik..aku agak expert.
lagu pop melayu <--pusaka rimba tak termasuk pun : lagu cenggini contohnya lagu2 ukays, sharifah aini, slam, screen, data d ...
yup. setuju sangat. biasanya lagu-lagu macam ni la yang dikatakan jiwang karat dan tangkap leleh oleh kebanyakan orang. tetapi, bentuk2 macam ni la yang dikatakan evolusi kepada muzik asli, disampaikan dalam bentuk yang lebih moden. sesungguhnya, muzik kita sangat kaya. macam-macam kita boleh buat!
wah makhluk expert dgn lagu2 etnik yer. boleh la saya belajar drpd saudara. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 freekey's post
hmmm. ntah la. tak berkenan sangat dgn nafas cahaya sebenarnya. : p huhu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|