View: 7408|Reply: 33
|
Fauziah Ahmad Daud @ Ogy
[Copy link]
|
|
Wahh..kemain hebat lagi makcik ogy punye lakonan dalam Suara Saleha..
bukan selalu kita dapat tgk berlakon kat tv
sesekali keluar, letop
harap2 dapat tgk dia berlakon lagi..
waktu dia muda2 dah selalu tgk dah, nih bila dah masuk usia pertengahan (belom 50 lagi ye u ols)
mungkin dia boleh berlakon banyak lagi...
boleh bersaing ngan kak yan, azizah mahzan ker |
|
|
|
|
|
|
|
tgk gak cite tu...bes la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ape pon baju kurung kak ogy mase last scene tu cantekkk..kain cotton kaler ijo2 cair munger kecit2..ala manesnyeee... |
|
|
|
|
|
|
|
aku x tau k ogy ada belakon..
ruginye x tgk..
kalo dia belakon mmg aku ske tgk..
semua watak dia leh bwk.. |
|
|
|
|
|
|
|
la yeke besh... abah i gok bola...tgu punye tgu...lgsg cek tertidoq...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti citer ni dah lama gak kan...coz arwah Izi yahya ada berlakun lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
citer lama ni...
tapi bab nangis2 tu over lah. ala-ala citer hindustan pun ada gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 otto's post
kalau tak over, itu bukan kak ogy
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 otto's post
btl tu...over sungguh tang nie... |
|
|
|
|
|
|
|
ending dia mati dipukul oleh geng izi yahaya sebab nak ambik adik dia...tengah-tengah gaduh tu ogy masuk campur...terus kena pukul..mati di situ gak..mak dia yang tak betui tu pun mati...
sad ending |
|
|
|
|
|
|
|
menarik jugk..lame tk tgk kak ogy berlakon...layan beb... |
|
|
|
|
|
|
|
ye r mmg best giler.....
sesuai je de b'lakon ngan kan engku n foziah nawi tuh....
cam de chemistry jer.....pasni mintak2 r ade lagik lakonan dorang 3 org tuh.......
i likeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Over acting tak Ogy ?
|
|
|
|
|
|
|
|
lakonan yg memberi kesan...
kali terakhir lakonan yg memberi kesan PENGANTIN FOFELER |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 agar2's post
nsib baik aku tetido....aku memang anti sad ending....tp awal2 citer dh agak memang ada yg mati ending nanti siap lagu uji rasyid lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
memang suka tgk k ogy berlakun wlupun ada over sikit.
paling suka Suara Kekasih
dia pukul k engku wahhhhh x sakit ke badan k engku tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ogy tak sabar mengarah filem muzikal
14-09-2007 01:47:10 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Mungkin dialah Primadona SEBENAR filem Melayu kerana bukan saja mewarisi bakat kedua orang tuanya, paras wajah yang jelita tetapi disebabkan bakat semulajadi.
Malah, tanpa perlu dicanang dan dinobat oleh mana-mana pihak sekalipun, aktres tersohor tanah air Fauziah Ahmad Daud tetap tampil hebat dipandangan umum kerana bakatnya yang cukup besar.
Berilah apa saja peranan kepada pelakon yang lebih dikenali dengan nama Ogy ini, semuanya menjadi.
Ogy bakal mengarah filem muzikal (Foto The Star oleh Kevin Tan)
Emosi dan penghayatan karektor yang diberi cukup mengagumkan seperti yang pernah dipamerkan dalam filem yang cukup sinonim dengannya seperti Azura, Suara Kekasih dan Ali Setan.
Tidak lama lagi, pelakon kecil molek yang mempunyai personaliti tidak jemu dipandang mata ini akan tampil dengan filem muzikal pertama arahan dan terbitannya.
Anak kesayangan arwah Seniwati Saadiah dan arwah Seniman Ahmad Daud ini amat teruja dengan penglibatannya kali ini.
"Sekarang saya sedang buat persiapan untuk mengarah filem pertama saya. Sebelum ini saya banyak mengarah drama. Tapi inilah kali pertama saya mengarah filem yang berbentuk muzikal. Saya akan memulakan pengambaran pada bulan Disember ini. Tajuknya biarlah dirahsiakan dahulu," kata Ogy yang lebih mesra membahasakan dirinya 'akak' ketika ditemui di Menara Star.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa beliau berbuat demikian, lantas Ogy menyatakan bahawa beliau mementingkan kelainan berbanding filem-filem yang pernah diterbitkan sebelum ini.
"Ramai yang terperanjat kenapa saya pilih genre muzikal sebagai pertaruhan pertama saya bukan sahaja sebagai pengarah tetapi kali pertama sebagai penerbit filem kerana saya melihat kita telah banyak 'disogokkan' dengan filem bergenre seram dan hantu.
"Jadi saya ingat nak buat filem yang ramai orang tidak berani buat kerana tidak semua pengarah yang sanggup menggarap sebuah filem muzikal kerana seorang pengarah itu perlu memahami apa itu muzik? Apa itu koreografi? Dan intipati filem itu serta bagaimana konsep yang ingin dipaparkan di dalam sesebuah filem itu," jelas Ogy menyuarakan pendapatnya selaku penerbit yang pertama kali mempertaruhkan genre filem yang jarang dilakukan oleh orang lain.
Ogy yang memulakan kerjayanya sebagai penari, pelakon, penyanyi, pengacara hinggalah pengarah dan penerbit filem muzikal telah banyak memberikan beliau pelbagai cabaran.
"Saya menggemari filem muzikal kerana saya merupakan seorang yang menggemari cabaran. Selepas itu, baru kita menyedari bahawa ia datang daripada kita sendiri, bukan daripada orang lain.
"Jadi, itu membuatkan saya rasa tidak sabar-sabar untuk mengarah walaupun kami masih lagi melalui proses pra-produksi. Selagi saya tak dapat skrip akhir yang saya betul-betul inginkan, selagi itulah penulis skrip akan pening dengan Fauziah Ahmad Daud," jelas Ogy dengan serius.
Baginya apa yang dicapai sebelum ini dijadikan sebagai bahan rujukan kepada filem muzikal yang dijangka bakal memulakan pengambaran di dalam dewan yang terletak di Putrajaya.
"Filem muzikal saya bukan berkonsep seperti 'Chicago' atau 'Showgirls'. Itu 100 peratus muzikal. Bila sentuh tentang muzikal, babak konsert itu akan dipenuhi dengan lagu di mana kita mempunyai tema seperti satu evolusi muzik yang bermula dari era 60 an hingga ke era millenium ini.
"Jadi ianya sesuatu yang menarik kerana kita akan bermain dengan pencahayaan, peralatan, "backdrop", pakaian, gubahan lagu dan koreografi. Kita juga akan menggunakan tujuh buah kamera filem semata-mata untuk babak konsert itu dan perkara begini memang tidak pernah dilakukan," jelas Ogy lagi yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk melihat pengambaran filem tersebut.
Menurut pelakon serba boleh yang mula berlakon sejak berusia 11 tahun ini, muzik adalah satu faktor yang membuatkan beliau terfikir untuk menghasilkan filem tersebut sejak bulan lepas.
"Sebagai seorang karyawan dan pengarah, saya memerlukan sesuatu yang boleh menyuntik minda dan semangat saya di mana saya mahu memberi sesuatu kepada generasi baru ini.
"Saya ingin melahirkan sebuah karya Malaysia, bukan karya bangsa Melayu. Jadi semua rakyat Malaysia boleh pergi menonton filem yang sebegini.
"Bila kita sentuh pasal muzik, ia adalah perkara yang sejagat - music is such a universal thing. Saya melihat muzik merupakan jambatan untuk mengikatkan lagi silaturahim di antara seseorang individu itu," kata beliau yang memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di Kelab Malam "Happy Hours" di Singapura ketika berusia 17 tahun.
Selain sibuk membuat persiapan untuk filem muzikal, Ogy turut membahagikan masanya untuk menguruskan syarikat peninggalan arwah ayah dan ibunya, Artistic Preview Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2000.
Syarikat yang menerbitkan rancangan berbentuk keagamaan selain hiburan dan drama ini pernah menghasilkan program seperti 'Raudhah' dan 'Islam Cara Hidupku'.
Islam Cara Hidupku adalah mengenai bangsa asing yang memeluk agama Islam kerana hidayah dan bukan kerana hendak mendirikan rumah tangga.
"Alhamdulillah dapat maklumbalas yang positif daripada penonton. Jadi pada tahun 2000 hingga 2005 saya banyak memainkan peranan dibelakang tabir," ujar Ogy yang menjadikan filem-filem daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai penyuntik semangat beliau untuk menerbitkan filem tersebut.
Mengenai rancangan 'Raudhah', ia telah ditayangkan selama lima musim bermula tahun 2000.
Baginya, rancangan tersebut berkonsep santai dan garapan mengikut 'trend' sekarang serta tidak menyamai rancangan 'Al-Kuliyah' dan 'Forum Perdana Hal Ehwal Islam'.
"Ia memberi tumpuan dikalangan remaja dan banyak guna kesan-kesan khas atau special effect yang pada mulanya begitu memeranjatkan semua orang tapi kita kena jelaskan pada mereka semua bahawa agama Islam itu bukan agama yang sempit yang penting intipati, mesej yang ingin disampaikan dan maklumat yang menyedarkan kita yang alpa," ujar Ogy yang berkemungkinan akan melanjutkan rancangan 'Raudhah' yang mendapat respon positif daripada penonton.
Bermula tahun lepas iaitu selepas arwah ibunya, Seniwati Saadiah meninggal dunia, Ogy kembali menyambung kariernya sebagai pengacara, penyanyi dan baru-baru ini berlakon di dalam Cerekarama bertajuk 'Suara Saliha'.
"Apabila arwah ibu kembali ke rahmatullah baru saya ambil masa setahun iaitu tahun 2006 baru saya meneruskan karier saya dalam bidang seni, sebagai pengacara, penyanyi dan baru-baru ini saya kembali berlakon dalam Suara Saliha setelah sembilan tahun tidak berlakon. Drama ini disiarkan pada 25 Ogos lepas.
"Rasa seronok berganding dengan Fauziah Nawi, Raja Azura, Zamarul Hisham dan Roy Azman dan Alhamdulillah setakat ini saya rasa bersyukur dengan rezeki ini," kata Ogy yang mempunyai keinginan untuk mewujudkan sebuah akademi lakonan.
Ogy juga baru selesai rakaman rancangan Ogy dan Salih musim keempat dan kelima. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingin wujudkan akademi lakonan
Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, ramai di kalangan pelakon sekarang yang kurang mendalami dunia lakonan berbanding pelakon dahulu.
Ogy bercita-cita mewujudkan sebuah akademi lakonan
(Foto The Star oleh Kevin Tan)
"Sebenarnya saya ingin mewujudkan sebuah akademi untuk adik-adik kita yang ingin melibatkan diri dalam industri ini kerana saya lihat kebanyakan mereka tidak mempunyai hala tuju.
"Kebanyakan mereka tidak diberi asas yang betul dan penjelasan yang sebenar apa yang diperlukan untuk menjadi seorang artis. Bukan setakat glamour atau populariti sahaja, seseorang itu perlu juga mempunyai I.Q. Kadang-kadang seorang artis juga perlu menjadi pemikir kerana kita menyentuh tentang industri yang melingkungi kreativiti.
"Membaca lain, memahami lain dan menghayati lain. Semua ini adalah tiga benda yang berbeza. Jadi saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada ini supaya dapat melahirkan artis-artis yang sememangnya layak digelar aktor, karyawan kerana ramai yang saya lihat terjun di dalam industri ini semata-mata hendak mengejar perkataan "glamour" atau popular.
"Anda ada tanggungjawab, anda ada amanah yang terpaksa dipikul dan yang lebih penting anda tidak boleh menipu diri anda dan juga penonton," terang Ogy yang pernah menjadi pengkritik rancangan realiti Akademi Fantasia 5.
Sudah kalis dengan tohmahan
Pada 8 September lalu, Ogy membuat persembahan lagu 'Wajah Rahsia Hati' bersama kumpulan hip hop Urban Method di Arena of Stars, Genting Highlands.
Ogy bersama Urban Method membuat persembahan
dalam Anugerah Era 2007
(Foto mStar oleh Siti Azira Abd Aziz)
Persembahan Ogy bersama kumpulan remaja ini cukup menghiburkan sehingga ramai orang kagum dengan penampilan penyanyi genit ini walaupun di usia 40an.
Walaubagaimanapun, Ogy yang bakal berumur 45 tahun pada 11 Oktober depan menyatakan beliau berpegang kepada kata-kata arwah ayahnya Practice makes Perfect.
"Saya sudah kalis dengan tohmahan. Saya bakal berumur 45 tahun pada bulan hadapan. Saya sudah menempuhi banyak perkara sebelum ini. Tiada benda lagi yang boleh menembusi dinding yang saya letak disekeliling saya. Saya berpegang pada satu. Ini adalah kata-kata arwah ayah saya. Anda harus berlatih untuk membuatkan anda begitu penuh keyakinan apabila anda ditengah pentas.
"Anda harus menghiburkan orang. Kalau anda sendiri tak terhibur, bagaimana penonton nak terhibur. Jadi apa jua orang nak kata tentang saya, saya akan letak tepi. Saya ada tanggungjawab pada malam itu. Saya harus menghiburkan penonton di Arena of Stars dan juga penonton yang sedang menonton.
"Saya tidak boleh menutup mulut orang. Saya tak buat apa-apa pun orang tetap akan cakap pasal saya.
"Agaknya saya ni terlalu popular? Sebab tu orang suka bercakap pasal akak. Tapi yang penting niat saya dan saya tahu siapa saya apabila saya berada dipentas dan siapa Fauziah Ahmad Daud selepas dia keluar dari pentas...!," luah Ogy yang akan menunaikan umrah pada 17 September ini selama dua minggu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|