CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13940|Reply: 7

[Tempatan] Perangkap Pinjaman Rumah:Bulanan mencecah RM3,000 dan caj servis Rm300,Individu Kesal Dan Sedih Beli Rumah Di Usia Muda Ekoran Duit Gaji Habis Buat Bayar Ansuran Bulanan

[Copy link]
Post time 23-1-2025 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sebahagian pakar hartanah sering membangkitkan isu keperluan membeli di usia muda kerana dianggap sebagai aset. Bahkan, sehinggakan seperti dosa besar pula jika masih tidak beli rumah sewaktu di usia 30-an.



Bagaimanapun, seorang individu dengan identiti dirahsiakan meluahkan kekecewaan dengan pilihannya membeli hartanah pada usia muda menerusi grup FB Muflis Bankrupt di Malaysia.

Difahamkan dia yang sudah menjejak usia 34 tahun baru sahaja membeli sebuah apartment servis berkeluasan 991 kaki persegi berharga RM464,000 dengan bulanan mencecah RM3,000 menerusi ikatan pinjaman selama 30 tahu

Sudahlah memiliki komitmen bulanan yang tinggi, dia juga merungut terpaksa membayar servis seliaan dengan caj RM300 lagi.

Dengan gaji hanya RM4,400, dia merasa sangat terbeban selepas pembelian rumah secara meluru itu. Secara kasarnya, dia perlu mengeluarkan lebih 70% daripada gajinya untuk melangsaikan komitmen.

Baki selebihnya barulah dipertimbang untuk perkara asas lain. Terkadang, dia termenung di kala malam hari memikirkan duit gajinya habis untuk bayar rumah sahaja.


Dakwanya sebelum ini, semua baik-baik sahaja sewaktu menyewa rumah dan merasa aman dan tenang tanpa gangguan hutang.

Dia berkongsi lagi yang dirinya sudah melangsaikan semua hutang lain seperti rumah dan kereta pada tempoh awal bekerja dahulu. Oleh itu, dia merasa tenang sebelum ini kerana tidak terikat dengan sebarang hutang.

Ujarnya lagi, pemilikan rumah ini lebih kepada keinginan sahaja dan memikirkan sudah 11 tahun bekerja tetapi masih tidak memiliki sebarang aset.

Dia juga menegaskan ini merupakan satu kesilapan kerana tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan membeli rumah dan merasa seperti tertipu selepas itu.

Tidak mahu perkara ini terjadi kepada orang lain, dia menasihati kepada sesiapa yang bercita-cita untuk beli rumah, sebaiknya fikir-fikir masak dan membuat perkiraan agar tidak menyesal kemudian hari.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2025 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji gitu beli rumah harga mcm tu mmg le
Patut gaji rm4k ni beli rumah harga rm100k je
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2025 11:22 PM | Show all posts
Beli rumah tak salah. Rumah adalah keperluan jadi perlu usaha untuk ada sebuah sebagai hakmilik. Kalau ada anak, lagi tinggi keperluan untuk ada rumah sendiri. Yang salah adalah beli rumah tapi tak ukur baju di badan sendiri. Gaji baru 4k tapi hentam rumah 400k. Hairan juga macam mana bank boleh luluskan pembiayaan dengan nisbah hutang lebih dari separuh gaji.


Dah la salah beli rumah pastu bagi nasihat yang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:37 AM | Show all posts
lah sendiri tak tengok kemampuan
agak2 lah gaji rm4 k
ko nk bayar loan rm3k
uishhh....berani betul dia
rumah flat aku pun tak terjual lagi dah lebih setahun
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 01:30 AM | Show all posts
Kena mulakan strategi lain lah...dah terbeli pun
Cari side income
Work harder supaya cepat naik gaji/pangkat
Kurangkan belanja lain yg x perlu
Sekrg mmg terasa, another 10 yrs makin rasa selesa

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko yg x ukur poket kau ..umpama ko layak beli axia tp beli Honda civic..amik loan semaksimum yg boleh...padahal ada je pilihan umah 300k umah prima selangorku bagai mcm ipar iols beli..tp ko yg x pandang kan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2025 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 24-1-2025 01:30 AM
Kena mulakan strategi lain lah...dah terbeli pun
Cari side income
Work harder supaya cepat naik gaji ...

Kenapa kalau yg beli rumah je mesti merungut namampos camni..tp yg dh loan beli kete maksimum smpai hidup tersiksa kemainn boleh pulak acah2 hustle utk cari income lebih? Sbb umah takleh diangkut ke sana sini utk ditayang? So rasa menyesal?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 24-1-2025 12:37 AM
lah sendiri tak tengok kemampuan
agak2 lah gaji rm4 k
ko nk bayar loan rm3k

Lokasi kt mana noks...public transport ok ke situ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.039724 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list