CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3564|Reply: 5

Jemputan Menjalani Sesi Kaunseling dan Rawatan Bersama Nur Qudrah

[Copy link]
Post time 7-9-2007 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Latar belakang  Nurqudrah Holistic Solution

Nurqudrah Holistic Solution diasaskan oleh Pn Noraniza Hj Anwar atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Aniz dikalangan pesakitnya. Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang terlibat dalam perawatan Islam melebihi 25 tahun memberikan kak aniz suntikan semangat dan keazaman untuk meneruskan khidmat fardu kifayah sebagai satu tuntutan dan tanggungjawab sebagai Muslim lebih-lebih buat mereka yang memerlukan. Usia yang masih muda awal 30-an bukanlah satu penghalang untuk membina kematangan dan mendalami ilmu perawatan ini. Apabila ditanya daripada beliau mempelajari ini semua, jawabnya rata-rata ilmu yang dibawakan ini dipelajari beliau daripada ayahanda tercintanya iaitu Haji Anwar atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Anwar. Minat yang mendalam ini diperkemaskan lagi dengan meneruskan pengajian di peringkat SARJANA dalam bidang kaunseling psikologi.  Kak Aniz yang baru sahaja menamatkan pengajian SARJANA melahirkan kesyukuran dan merasa teruja untuk membawakan perkongsian ini kepada masyarakat sebagai wadah ilmu untuk sama-sama memakmurkan bumi Allah menerusi pengalaman dan ilmu yang diterokai.

Menerusi pengalaman serta kisah-kisah pahit manis suka duka masyarakat yang hadir ke teratak keluarganya , memberikan cetusan idea untuk memperkemaskan khidmat yang diberi dengan penambahbaikan menerusi integrasi displin kaunseling, perawatan Islam dan sains minda dalam merawat pesakit. Menurut beliau dugaan dan cabaran datang dan pergi dalam kehidupan manusia. Ada insan diuji dengan musibah penyakit, kemiskinan, perpisahan, kasih sayang dan sebagainya namun ini semua bukanlah suatu titik noktah untuk kita mengalah dalam meneruskan perjuangan dalam kehidupan. Usah sesekali berputus harap akan rahmat Allah, setiap dugaan yang hadir pasti terselindung seribu hikmah. Sebagai contoh dari segi ujian musibah penyakit, terdapat beberapa faktor ujian ini diberikan 1) tidak dinafikan ada diantaranya yang melibatkan gangguan jin, iblis , sihir dan sebagainya, 2) sebagai kifarah atas perbuatan yang pernah dilakukan mungkin individu tersebut pernah menzalimi orang lain, 3) sebagai ujian peningkatan iman dan 4) untuk diringankan azab individu tersebut apabila di akhirat kelak.

Apapun yang pastinya dalam berhadapan dengan ujian atau musibah ini bersangka baiklah pada Allah dan juga  persekitaran jangan mudah kita berprasangka, menuduh sipolan-sipolan yang menganiayai kita kerana risikonya lebih berat nanti. Menurut komen Kak Aniz, tanpa disedari kita membenarkan jalan masuk syaitan untuk menghasut diri kita bermusuhan dan berpecah-belah. Andai benar sekalipun serahkan sahaja pada Allah Pentadbir Langit dan Bumi....Yang Maha Halus...Yang Maha Hebat...insyaAllah percaturan dan keadilan akan terlaksana jua, adakalanya tidak sempat di akhirat malah di dunia sudah ditunjukkan azabnya akibat menganiyai kehidupan insan lain.

Tambahan pula sudah banyak sekali nikmat Allah yang kita ambil apabila sekali-sekala diuji...apa salahnya, itu sebahagian tanda Allah kasihkan kita...PASTI ADA HIKMAH YANG TERSIRAT di dalamnya...itu juga sebahagian tanda orang beriman...Dimana ada cabaran dan dugaan disitu juga terbentang ruang luas untuk kita mengutip pahala disisi Allah sebenarnya...

Pendekatan Nur Qudrah Holistic Solution
Dalam menangani permasalahan musibah penyakit,gangguan metafizik, iktiar zuriat, anak lemah dalam akademik, stress, masalah rumahtangga, membuka pintu rezeki, masalah jodoh dan sebagainya  Nur Qudrah Holistic Solution mengetengahkan integrasi ilmu kaunseling, meditasi Islam, kuasa doa dan sains minda dan bantuan produk (sekiranya ada keperluan SAHAJA bergantung kpd permasalah dan situasi pesakit @ klien sekiranya tidak diperlukan klien atau pesakit akan dibantu dengan pendekatan NATURAL REMEDY ~ sleep theraphy, water theraphy, juice theraphy dan sebagainya yang bersifat semulajadi).

Pendekatan Nur Qudrah menitikberatkan keseimbangan dan kesejahteraan emosi, spiritual, mental dan fizikal. Disini penerokaan yang "RAHSIA MENGENAL DIRI" dilakukan untuk membantu pesakit melihat dan merenung ke dalam dirinya mencari kekuatan dan potensi diri yang ada untuk dimanfaatkan juga digembingkan bersama. Lazimnya apabila individu dilanda masalah emosinya akan terkesan menerusi applikasi ilmu kaunseling penerokaan dilakukan untuk membantu pesakit agar mampu meluahkan segala isi hati ataupun masalah yang terpendam. Konsekuen dari emosi yang terganggu akan mengesani aspek fizikal juga tingkahlaku dimana  imunisasi tubuh terjejas, badan menjadi lebih asidik,  menyebabkan keletihan, tidak bersemangat, murung, mudah sensitif, panas baran dan sebagainya.Lazimnya pesakit akan mengadu sakit kepala, cirit birit, alergik, lesu dan tidak fokus.

Menerusi pendekatan pemantapan aura dengan applikasi unsur-unsur yang dekat dengan manusia itu sendiri lebih lagi buat yang Muslim iaitu mukjizat air, dzat pati bunga, garam bukit, peranan warna dalam kehidupan serta remedi daripada alam semulajadi yang terdiri daripa tumbuh-tumbuhan mahupun buah-buahan akan dikongsikan sebagai sumber energy sampingan untuk mempermudahkan proses penyembuhan dari aspek fizikal. Manakala dari segi mental ataupun kognitifnya pesakit akan dibantu untuk menyingkirkan pemikiran yang tidak rasional seterusnya mengapplikasi teknik sains minda yang tepat menerusi bagaimana cara untuk mencapai gelombang alpha dengan mudah dan berkesan. Disini teknik visualisasi, positif self-talk, affirmasi minda yang positif akan diajar untuk membantu pesakit menangani isu ataupun permasalahan yang dihadapi.Bukan itu sahaja para pesakit juga akan didedahkan bagaimana adab dan seni berdoa yang berkesan. Dan akhir sekali yang menjadi sumber kekuatan dalam proses penyembuhan ini iaitu yang dinamakan meditasi Islam diajarkan kepada pesakit. Teknik pernafasan, kelebihan zikrullah, qiamulail juga amalan-amalan sunnah yang lain digemblingkan secara serentak untuk membina kekuatan diri dan seterusnya melalui proses penyembuhan secara mantap, holistik dan berkesan.

Bagi kaunseling keluarga dan perkahwinan pula BONUS APPLIKASI FAMILY STRUCTURE THERAPHY dan TRANSACTIONAL ANALYSIS akan digunakan dalam membantu klien atau pasangan untuk melakukan TRANSFORMASI dan MEMPERBAIKI KOMUNIKASI. Setiap klien yang menghadiri sesi akan diberikan TREATMENT PLAN untuk membantu proses pemulihan dan mencapai matlamat kaunseling itu sendiri.

Bersambung....


"WE AT NQ WOULD LIKE TO GROW IN WISDOM WITH THOSE WHO WANTS TO GROW WITH US"

Revolusi Kesejahteraan Insan Bersama NQ...

Salam Ukhwah ~ 012-3915362

Pn Aniz Hj Anwar
Master In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution








[ Last edited by  Aniz at 7-9-2007 07:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 07:00 PM | Show all posts
Berikut adalah di antara catatan pengalaman dan testimonial Nur Qudrah.Holistic Solution


(Paparan perjalanan mereka
BUKANLAH NAMA SEBENAR bagi memelihara KERAHSIAAN & DIGNITY  klien dan pesakit Nur Qudrah)


Masalah Rumahtangga ~ Gangguan Sihir
Pn Aina dan Encik Ismail (bukan nama sebenar) berusia lewat 50-an, mengalami masalah rumahtangga serta gangguan metafizik. Hampir 18 tahun terpaksa berhempas pulas untuk membebaskan diri dari belenggu masalah yang dihadapi. Merata Malaysia dijajah, menunaikan ibadah haji dan umrah bermohon kepada Allah agar disembuhkan dari gangguan yang dialami namun masalah yang dihadapi tidak juga surut dan menunjukkan kesan positif yang diharapkan. Bila masing-masing di pejabat rasa rindu memuncak , mampu berkomunikasi dengan baik ~ rasa ingin cepat pulang untuk melihat pasangan namun
setibanya di rumah perasaan berkeceramuk, benci, marah semuanya ada paling silap sikit pasti pertengkaran berlaku. Tak boleh 攂ersama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 07:05 PM | Show all posts
Bersambung...

Masalah Remaja Ponteng Sekolah
Faez bukan nama sebenar  merupakan anak yang baik mendengar kata pada amnya tiada masalah. Apa yang merunsingkan kedua ibubapanya beliau taknak pergi ke sekolah dgn alasan katanya SERING dibuli oleh rakan-rakan padahal PMR waktu itu hanya tinggal 3 bulan shj lagi.. Setelah melalui proses kaunseling dan penerokaan rupa-rupanya Faez mempunyai masalah AKARNYA ~ tak faham topik dan mata pelajaran SAINS & MATEMATIK yang diajarkan dlm bahasa Inggeris.   Penggunaan otak kiri yang banyak digunakan bagi pelajar aliran agama menyebabkan sedikit masalah utk Faez menggunakan kemahiran otak kanan beliau. Alhamdulillah menerusi sesi kaunseling juga rawatan alhamdulillah Faez kembali bersemangat...apa yang menggembirakan saya selepas sesi 2 kaunseling ibunya pula naik risau Faez tekun mengulangkaji pelajaran,lebih bersemangat...time makan pun kadang tak ingat...Komen Faez alhamdulillah dgn suntikan semangat juga produk yang diambil membantu daya fokus beliau kembali dlm pelajaran.Dalam pendidikan anak-anak haruslah diberikan pengisian secara HOLISTIK lebih-lebih lagi sumber vitamin utk mindanya.(Bagi kes Faez, bila saya ajukan pertanyaan kepada kedua ibubapanya...ada tak bagi Faez any bantuan utk vitamin mindanya..takde katanya yang diberi Vitamin B Complex ~ emm! itupun setahun yg lalu. Kami takde ilmu dan maklumat tentang KEPENTINGAN dalam halnie akui mereka secara jujur)...Kehidupan memerlukan ilmu utk kita berperanan lebih baik. Saya bersyukur dapat membantu keluarga ini...sebagai ibubapa bukan sekadar pengorbanan , pengisian didikan , kasih sayang tapi juga membantu dari penjanaan mereka dengan lebih holistik lagi...minda,emosi, spiritual dan fizikal.

Masalah Kurang Keyakinan Diri dan Gugup
Farizal seorang graduan lulusan luar negara sungguhpun memiliki perawakan yang menarik, terpelajar dan menjawat jawatan yang stabil di dalam organisasi yang disertainya namun satu masalah yang sering menganggunya adalah keyakinan diri dan masalah gugup bila berhadapan di khalayak ramai apatah lagi apabila terlibat dalam mesyuarat mahupun 抪resentation
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 12:38 AM | Show all posts
KHIDMAT KAUNSELING KERJAYA JUGA TURUT DITAWARKAN BUAT YANG BERMINAT...

Sememangnya pemilihan kerjaya amat PENTING DALAM KAMUS PERJALANAN insan...kerna tanpa kita sedari  hampir sebahagian perjalanan usia kita dihabiskan dengan KERJAYA...bila kerjaya yang salah dipilih maka tidak mustahil kurang atau tiada kepasan dlm bekerja..natijahnya individu lebih cenderung utk dilanda STRESS...

KESELARASAN ANTARA MINAT, KEUPAYAAN (POTENSI DIRI), CIRI PERSONALITI amat diperlukan

Menerusi INVENTORI PERSONALITI SIDEK DAN SDS...kita dapat mengetahuii PROFESIOAN MANA YANG PALING TEPAT UNTUK DICEBURI...

Berminat jangan tunggu lagi boleh hubungi saya untuk temujanji
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 12:46 AM | Show all posts

Reply #4 Aniz's post

BUAT RAKAN-RAKAN YANG ADA MASALAH KEYAKINAN DIRI,GUGUP,GEMENTAR, ketika menghadapi temuduga...ada penawarnya...

Thru kaunseling individu insyaAllah keadaan ini boleh diatasi

Buat yang berminat...NAK-NAK YANG NAK SANGAT KERJA TAPI TAK DAPAT-DAPAT KERJA...ketahui TEKNIK MINDA SUPER yang menggabungjalin kehebatan kuasa doa, meditasi Islam (zikrullah, pernafasan terarah) dan mencapai gelombang alpha akan dikongsikan bagi mempermudahkan perjalanan anda...

ramai yang terlepas pandang...tentang kepentingan serta ADAB DAN SENI BERDOA, ADA CARANYA AGAR ENERGY KITA PERGI LAJU...DAN IMPIAN DIMAKBULKAN DGN SEMPURNA...ianya berkaitlangsung dengan MAHA AGUNG...

DIA YANG MENTADBIRKANNYA MANA MUNGKIN KEJAYAAN BISA DICAPAI DGN MUDAH ANDAI DIA KITA PINGGIRKAN...adakalanya juga memang kita TAK LUPAKAN DIA..cuma KESILAPAN BILA HANTAR HAJAT/ BERDOA TIDAK KENA PADA GELOMBANG MINDA YANG TEPAT...

Nak tahu lebih lanjut boleh PM saya untuk sesi temujanji...
..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 12:51 AM | Show all posts
Antara kepakaran Nur Qudrah Holistic Solution:

1)Pengurusan Stress & Depressi

2)Pengurusan Berat Badan Menerusi Teknik Sains Minda

3)Rawatan Ikhtiar Zuriat

4)Rawatan Utk Masalah Jodoh

5)Perawatan & Kaunseling Rumahtangga ~ konflik, komunikasi, gangguan pihak ketiga dll

6) Kaunseling Remaja ~ akademik, ponteng sekolah, percintaan, motivasi dll

7)Rahsia Mengenal Diri & Allah dlm menjana transformasi & kecemerlangan diri dr sudut PEMANTAPAN PERSONALITI DIRI, KERJAYA, RUMAHTANGGA, AKADEMIK ,PERNIAGAAN DSBNYA.

8) Kaunseling Kerjaya ~ lepasan PMR, SPM mahupun graduan dlm memilih kerjaya yang bertepatan dgn minat,potensi & PERSONALITI diri.

Salam Ukhwah ~ 012-3915362/ YM ~nizwar75
Pn Aniz Hj Anwar
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution




[ Last edited by  Aniz at 8-9-2007 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067932 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list