View: 23206|Reply: 12
|
[Tempatan]
Lelaki buntu cari 2 anak, dah sebulan dibawa lari isteri sakit mental
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki memohon bantuan orang awam untuk menjejaki dua anak lelakinya yang didakwa disembunyikan oleh isteri selepas keluar dari rumah di Kuala Selangor, Selangor selama hampir sebulan.
Mohd Faizal Jamaludin, 31, yang sebelum ini pernah memuat naik hantaran di Facebook buntu apabila masih tidak dapat menghubungi anak-anaknya sehingga kini.
Dalam hantaran Facebooknya, turut disertakan beberapa gambar dan video keadaan anak bersama isterinya yang dikatakan mengalami gangguan mental sehingga berupaya mencederakan orang di sekelilingnya.
Mohd Faizal mendakwa bahawa isterinya sering mengugut menggunakan objek tajam seperti pisau apabila emosinya tidak stabil dan berada dalam keadaan marah.
Dalam sebuah video yang dikongsikannya, kelihatan isterinya memegang pisau dan cuba mengacukan kepada Mohd Faizal sehingga melukakan ibu jarinya.
Dakwanya, kedua-dua orang anak lelakinya, Muhammad Farhan Shafie, 1, Muhammad Fa'id Suhayl, 3, disembunyikan tanpa sebarang khabar meskipun laporan polis sudah dibuat.
"Saya dah tak tahu, dah puas pujuk nak tahu perkembangan anak-anak tetapi, dah hampir sebulan tiada apa-apa berita.
"Bahkan, saya dah ikhtiar guna media dengan cuba uar-uarkan maklumat mengenainya di sebuah stesen radio tempatan namun tak jalan juga.
"Laporan polis pun tiada perkembangan, mereka hanya hubungi isteri, tetapi isteri tak angkat telefon," katanya kepada Majoriti.
Mohd Faizal pada masa sama memohon bantuan warga maya untuk mendapatkan peguam bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat ini.
Sumber: Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pastu yg artikel ni tutup muka bini dia tu pehal..camana org nak camkan orgnya & inform? |
|
|
|
|
|
|
|
kann.. macamana nak tolong klau tutup muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka mozek dek
Acaner nk kenal
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah nokkkk. Artikel tak lengkap. Kata hantaran FB. At least ss akaun FB atau post tu berserta dgn muka yg tidak di lantai mozek kan. Nak tolong pon tak tau cane. Cari kat FB pon tak jumpa post brader ni. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 forum tak percaya kalau kata orang OKU.
Sampai dah ada yang mati pun masih tanya ya ka mental sambil nganjeng
|
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 4-1-2025 12:49 PM
Hasil carian Google
Terbaik chuolss
Ni td muka lakinya je yg jelas..kalau x baca artikel ingtkn lakinya yg bawa lari anak |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punca mental? kena mental abuse dari org keliling? |
|
|
|
|
|
|
|
spill je nama alamat no ic mak bapak adik beradik gambar clear kat fb..
laju la netizen cari kan..
sedangkan awang hilang kat us pun acik forum boleh cari inikan pulak dalam malaysia je |
|
|
|
|
|
|
|
Acik forumer belum jumpa rumah anita sarawak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
tak yang pelik tu ada sakit mental
tapi beranak dengan dua anak jua.
|
|
|
|
|
|
|
|
kuat nafsu pun sejenis penyakit mental juga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|