CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14706|Reply: 33

[Jenayah] Cedera dihempuk TV kerana skandal suami orang, kemaluan nyaris dilumur cili

[Copy link]
Post time 3-1-2025 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Cedera dihempuk TV kerana skandal suami orang, kemaluan nyaris dilumur cili
Oleh Abdul Rahemang Taiming - Januari 3, 2025 @ 4:06pm
[email protected]

Gambar hiasan

TAWAU: Seorang penjual kosmetik dalam talian cedera dipukul lima wanita di sebuah pangsapuri, dekat sini selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Selasa lalu, mangsa diacu gunting pada muka turut dihempuk berkali-kali menggunakan televisyen, selain nyaris dilumur cili pada kemaluannya.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa, 29, yang juga warga Indonesia jam 10.34 pagi semalam.

Beliau berkata, pengadu dalam laporannya mendakwa didatangi lima individu dikenali itu di rumahnya sebelum diserang mereka.

"Dua daripada suspek dikatakan memukul bahagian muka dan badan mangsa menggunakan tangan dan televisyen, manakala seorang lagi menarik serta menggunting rambut mangsa, selain mengacukan gunting ke arah mukanya.

"Kejadian menyebabkan mangsa mengalami pendarahan pada mata sebelah kanan, lebam pada bahagian muka, lengan kiri dan kanan, serta di bahagian paha selain mengalami sakit dada dan sesak nafas," katanya ketika dihubungi.

Jasmin berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca perselisihan faham selepas mangsa didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suami salah seorang daripada lima suspek terbabit.

"Semasa kejadian, salah seorang suspek turut membawa sebungkus cili dan mahu memasukkan bahan itu ke dalam kemaluan mangsa yang turut disaksikan seorang rakan mangsa.

"Rakaman kejadian itu turut dikesan tular di media sosial sejak kelmarin," katanya.

Susulan kejadian itu, Jasmin berkata, lima suspek terdiri dua wanita tempatan dan tiga warga Indonesia berusia antara 20 hingga 38 tahun ditahan kira-kira jam 2.45 petang hari sama.

Semua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu je ubatnya..  Ambik lagi laki orang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita2 berebut lelaki miang
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon??? Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 3-1-2025 08:51 PM
Wanita2 berebut lelaki miang

Sedekah aje laa jntan tuu.. aku mikir kote dia dah celup indon tuu.. geli weii.. silap hb ade aids..

Satu lg kalo lelaki celup sana sini sinun.. kita pompuan ni leh dpt kanser pangkal rahim ke ape tah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bodonya patut pergi katok laki ko tu yg gatal sangat mencelop pompuan lain

kata pompuan insan yg lemah tp bila bab mcm ni terus berubah ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 10:01 PM | Show all posts
Nyaris dilumur cili tu macam mana?

TV berapa inci?

dah celup ka? kat mana dia tulis
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
iols bayangkan dihempuk tv suatu masa dulu baru insafffff...stakat smart tv skrg sekeping gitu tak berbaloi
ganazzz betul pompuan2 bila melibatkan jantan ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh kali kau ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat sepupu aku.. masa dia kawen ngn 2nd husband, jadi 2nd wife... dia kena lumur cili giling dekat muka ye dgn 1st wife... langsung seraiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-1-2025 04:22 PM
Teringat sepupu aku.. masa dia kawen ngn 2nd husband, jadi 2nd wife... dia kena lumur cili giling de ...

kihkihkihkih geli hati aku dgn cerita sepupu ko ni.. so berkesan la kan cara pakai cili ni.. serik terus seraiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyaris terjadikkk kemaluan berlado.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 4-1-2025 07:12 PM
kihkihkihkih geli hati aku dgn cerita sepupu ko ni.. so berkesan la kan cara pakai cili ni.. serik ...

Kalo takde cili giling... lempar serbuk cili pun buleh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-1-2025 07:45 PM
Nyaris terjadikkk kemaluan berlado.

Sambal kerang sissss
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 08:06 PM | Show all posts
laki lahanat dia kena serang tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-1-2025 07:51 PM
Kalo takde cili giling... lempar serbuk cili pun buleh

apa2 yg berkaitan cili la senang ceta, pastikan yg pedas berapi biar dia tahu erti penyesalan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm lucu plak
Kena hempuk ngn tv?

Dia nak lumur ngn cili nk goreng garing2 ker?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:16 PM | Show all posts
so kamu berlima masuk dalam, laki boleh aman-aman sambung membirah dengan indon..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:29 PM | Show all posts
kenapa tak pergi hempuk laki hang dulu..  it take two to tango ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
noah8670 replied at 4-1-2025 10:29 PM
kenapa tak pergi hempuk laki hang dulu..  it take two to tango ..

Mesti sebab laki dia kaya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.697997 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list