View: 22355|Reply: 74
|
[Tempatan]
Lelaki dikecam kejam beri aiskrim beracun dan pisang maut pada moyet liar
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: 'Resipi' aiskrim beracun dan pisang maut. Itu antara makanan beracun dihasilkan seorang lelaki bagi membunuh kumpulan monyet liar.
Kaedah pembunuhan kejam monyet atau kera (Long-tailed Macaque) menggunakan racun itu dikesan tersebar meluas di media sosial selain dipercayai bertujuan melariskan jualan produk racun berkenaan.
Berdasarkan video tular berkenaan, lelaki tempatan terbabit menunjukkan kaedah memasukkan sesudu racun berkenaan ke dalam pisang yang sudah dibelah dua.
Lelaki terbabit mendakwa umpan pisang berkenaan bukan hanya boleh membunuh monyet liar malah boleh membunuh babi hutan.
Lelaki itu yang mendakwa pengimport racun berkenaan dari Thailand memaklumkan kaedah itu dapat menyelesaikan masalah petani yang kerugian ratusan ribu ringgit apabila tanaman mereka dirosakkan haiwan liar.
Dalam video tular kedua, lelaki sama turut berkongsi rakaman membaling aiskrim yang sudah dibancuh dengan racun sama kepada sekumpulan monyet berhampiran kawasan perumahan.
Lelaki itu turut mendakwa kaedah digunakan itu dapat menghapuskan haiwan liar berkenaan serta menyelesaikan gangguan dialami penduduk.
Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dihubungi Harian Metro, kesal dengan tindakan itu yang disifatkan satu lagi bentuk penganiayaan kepada hidupan liar dilindungi.
Beliau berkata, lelaki terbabit tidak wajar mengambil tindakan sendiri bagi mengatasi masalah gangguan kera,
"Sewajarnya masalah itu disalurkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut. Perhilitan memiliki kepakaran dalam membendung masalah ancaman atau gangguan hidupan liar menggunakan kaedah lebih selamat.
"Tindakan sengaja meracun atau membunuh hidupan liar dilindungi adalah satu kesalahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.
Orang awam yang mempunyai masalah aduan konflik hidupan liar atau ingin membuat aduan sebarang kes berlaku kezaliman terhadap hidupan liar, boleh membuat aduan di talian hotline Jabatan PERHILITAN 1-800-88-5151.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Monyet tu mati terseksa tak? Kalau macam lethal injection tu OK ja as population control. Sedangkan sembelih di leher tu pun ummah boleh accept atas alasan survival manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka hati dia la, hak dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cm kes budak mati termakan umpan racun.. pekebun dh jenuh adu kt smua jabatan berkaitan..dh bertahun xde tindakan...apa option yg dia ada?tak berkebun abisla.nk mkn apa?last2 gunalah racun |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-1-2025 04:16 PM
Monyet tu mati terseksa tak? Kalau macam lethal injection tu OK ja as population control. Sedangkan ...
Kene racun mmg la mati terseksa la bangang. Ni bukan lethal injection, ni sejenis racun mati mulut berbuih2 menggelupur. Tu pun kalau racun tu btul2 kuat mati terus, kalau yg jenis tak brape kuat, cuma melumpuhkan mangsa tu yg mangsa boleh mati perlahan-lahan sbb kebuluran. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tanya elok2 sebab aku tak tau. Istilah racun terlalu luas, ada ja racun yang bagi tidur kalau ko mahir toxicology bentang ja lah rasa hebat eh bangang kan orang? Kalau jiwa kacau kenapa berforum?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-1-2025 05:40 PM
Aku tanya elok2 sebab aku tak tau. Istilah racun terlalu luas, ada ja racun yang bagi tidur kalau ...
benda boleh cuba NYAH...xyah gaduh2..... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan satu hari nanti anak kau pulak mati termakan racun..
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusia memerlukan duit untuk hidup walaupun kera kelihatan seperti manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Bila monyet terutamanya serang takde sapa nak tolong. Bila ambil tindakan dah dicop zalim la apa la... Cer bg idea nak buat mcm mana lg |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 5-1-2025 12:23 PM
Bila monyet terutamanya serang takde sapa nak tolong. Bila ambil tindakan dah dicop zalim la apa la. ...
Itu la kan..bukan PBT dtg kutip monyet yg dtg ganggu atau serang manusia ni mcm stray dogs..they hv no choice sbb monyet2 ni bring damages. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 5-1-2025 01:17 PM
Itu la kan..bukan PBT dtg kutip monyet yg dtg ganggu atau serang manusia ni mcm stray dogs..they h ...
Yg pernah berlaku dkt kampung aiol & kampung yg byk kera monyet ni pihak nun yg pernah mengangkut buang ke kampung2 sbb nak kurangkan popilasi yg ada dkt bandar ni
Yg jd mangsa org2 kebun yg bercucuk tanam sbb habis diarg rosakkan. Kalau makan je ok la ada ampun juga ni jahatnya bukan main saja bg jatuh buah yg belum masak le isk mcm2 lg la. Tu tak msk lg bab yg pecah masuk rumah org bg hancur barang dgn yg cuba cederakan org. Bg mercun bola senyap jab tp dok aim tuan kebun dari jauh... Dpt peluang lg buat perangai |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa saja tunjuk² bg mkn racun? nk tunjuk produk racun tu bagus bg haiwan mati?
org kampung sini guna senapang je.. bukan buat tembak.. bau belerang peluru tu pun monyet dah tk dtg lagi..
tau tak mcm mana seksa haiwan yg kena racun ni nk mati. nak buat simulasi mcm.ni, mmg tk betul. kita dah pernah mmpk org kampung ni dpt balasan nya.. menggelupur tp tak mati².. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakcik aku tembak aje monyet tu.. tembak sekor je cukup, nnti geng2 dia takut lah nak datang.. nnti dia datang buat perangai kerjakan kebun orang lagi, kita kasi tembak mamposs lg sekor....
Kalo kebun kat melaka, kitorg pasang speaker bunyi anjeng menyalak aje..
Alhamdulillah so far berkesan dpt merasa laa segala durian rambutan manggis etc situ |
|
|
|
|
|
|
|
Org2 berkebun ni mmg stresss tau.. monyet2 ni mmg celaka ok.. habis dikerjakan tanaman kadang2 bukan nak makan sgt tp saja nak khianat.. makan separuh, lg sparuh dia buang je....
Bertahun2 kot org usahakan kebun PENAT OK??? tp selamba je monyet2 tu buat dajal... rugi beribu2.... bukan sikit2.... |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 5-1-2025 12:23 PM
Bila monyet terutamanya serang takde sapa nak tolong. Bila ambil tindakan dah dicop zalim la apa la. ...
Betul... kecam je reti tp langsung tak bantu petani2 ni berusaha cari rezeki...
Monyet2 celaka tu perosak tanaman tau..
Seelok nya bela anjing laa.. kasi kekoh monyet2 celaka tu. Tp tu la.. bila kita bela anjeng kan org pandang serong |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 5-1-2025 03:06 PM
Betul... kecam je reti tp langsung tak bantu petani2 ni berusaha cari rezeki...
Monyet2 celaka t ...
Ramai org kampung ni atok2 tua mana maunya bela anjing. Ada angsa pun dah cukup baik pengganti anjing tp kalau kebun luas tak function juga. Yg letih anak cucu yg sesekali blk kampung dikejarnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|