CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14347|Reply: 44

Refleks dari ciuman 10 saat(untuk pasangan berkahwin)

[Copy link]
Post time 27-9-2007 08:58 AM | Show all posts |Read mode


Subject: Cium sebelum kerja (pasangan Kahwin)
Alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah sekali pun terlupa mencium tangan
suami setiap kali nak berpisah, begitu juga suamiku, tak pernah lupa untuk
membalasnya dengan ciuman di kedua belah pipiku dan memelukku erat2 dan
memberi salam walaupun kadang2 ada perang dingin. Semoga kawan2 ku juga
berbuat begitu dan semoga rumahtangga sentiasa bahagia dan sejahtera selalu.
Amin.  Allah menyayangi orang yang menyayangi orang lain.


Cium sebelum kerja (pasangan Kahwin)

Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam, nak kemana-manapon, bila
kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua. Saya dapat e-mail ni dari kawan.
Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun
2004(gambar muka depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan yang
mengenaiciuman 10 saat untuk suami.


Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh
pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja
mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat. Bukan
setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat
memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan diwaktu pagi
ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain.
Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu
perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga.
Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan
bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat
kerjamasing-masing.

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami
dan ada dengan berbagai gelagat lagi.

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab
mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat.
Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca
artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu
berkobar-kobar untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila
mengenangkan kelebihan2 ciuman ini.

Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau
tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka
menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan
orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya
sedikit musykil.

Walaubagaimanapun, memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm
ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi
pada tangan jugalah, bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati
saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya.

Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana
saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya.

Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan
menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya
menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan
tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah).

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju
dengancadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa
berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar
mana, tapi ianya penting.

Maka pada hari-hari yang seterusnya (sekarang dah masuk satu minggu kot)
saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap
hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi
lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa
dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.

Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa
yangingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa
bekerja.Jadisuami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar
saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak
saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada
dirumah.Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus
mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.

Keajaiban berlaku( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun
itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih
seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di
luar pintu kereta.

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,dia ambil dan diciumnya serta
meminta saya mencium pipinya.

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang
dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan
cuba
menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri
mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu,para pembaca ..yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata
anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang.
Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje....betul tak? Saya yakin
para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan
diberikan kasih sayang, benarkah begitu wahai para suami?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga,
dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara
tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya
dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu.Sekiranya
beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini.

Oklah, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus
bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin...
Cuba cubalah... praktikkan!!


Semoga dapat iktibar...Korang pulak macamana?mehla kita share.....


[ Last edited by  alongee at 27-9-2007 09:03 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 09:04 AM | Show all posts
emm laki me agaknya orang paling kerap dipeluk dicium...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 09:07 AM | Show all posts
thanks.... good info:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 09:14 AM | Show all posts
Interesting article and worth to practise
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 09:17 AM | Show all posts
hv no problem at all...sudah dipraktikkan semenjak mula2 kahwin... terasa kurang kalau tak buat...

anak2 pun takde masalah dlm bab salam-menyalam ni... sudah diajar sejak kecil lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 09:26 AM | Show all posts
cinn pun mmg sejak dari awal berkahwin dah praktikkan benda2 ni ..

even nak masuk tido pun cinn mesti pastikan anak2 salam, cium dan peluk hubby dan cinn ..

cinn jugak akan buat mcm tu pd hubby ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2007 09:27 AM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2007 09:35 AM | Show all posts
mer asih kawan2...along pn mmg dh amalkn sejak dlu...tk rugi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 09:50 AM | Show all posts
aku pon dh lama pratikkan cium2 ni..
anak pon dh ngikut..
ok la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 09:54 AM | Show all posts
hei, penat sue taip td pastu bila submit hilang lak......
sue n hubby mmg buat camtu ms dia nak kuar gi mana2 @ sue nak gi mana2...
salam tgn, cium kedua blh pipi, dahi n mulut...
tp kat mulut tu sekejap jelah....
tp my mom kata xelok.....
xyah buat camtu, nnt org nmpk derang fikir lain...
nak buat cium2 n ie, buat dlm bilik tdo je....
hmmm sue pun jd confuse....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 11:50 AM | Show all posts
memang baik diamalkan mencium tangan/pipi suami , mereka pun akn mencium pipi dan dahi kita , bila anak2 melihat, mereka akan terasa selamat kerana meraka tahu yag mereka berada dlm suasana aman damai dan penoh kaseh sayang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:04 PM | Show all posts
pasai dah kawin jek baru nak blajo? haa?
kendian cerai seme tu ilang yer?

pasai tak ajor kecik2..oang kasik barang cakap mekacehhh kendian balas sama sama kasih sambil senyum?

pasai tak ajor nak masuk apa bilik walo umah sendiri ketuk pintu dan kasik salam?

pasai tak ajo seme manners ni masa kecik2? pasai nak tunggu masuk IPT yer? or pi overc dulu yer?

dengo2 oang mayu ni bangsa lemah lembutttttttt..sopan santunnnnnnn, cakap berkias, nak tegur berkias, iyo ko?


artikel tu mengenal nilai RESPECT
berapa ramai suami ni dah romen cakap mekaceh? ada?
berapa ramai suami ni dah puas kiss dahi bini depa cakap mekaceh?
dan beribu macam pelbagaian or kretiviti unik antara pasangan tu bleh buat..tersendiri antara kau dan aku cayang ewahhh

adaaaaaaa??? podah..seme nak di ajor..tu pasal jadik cam dunhill

hangpa tau dak..budaya arab , dak2 muda dengan pak depa, lepas cakap..cam mayu adap sultan tu, tundukkk gostan gostan dah jauh baru paling dan jalan keluar, depa tak abiss cakap ngan pak depa jekk pusing tunjuk bontot dan jalan..tu kong ajaq ok?

memang tak elok nak kiss2 lelebih cam omputih tuuu..kiss pp or dahi bini kamu tu di public dah memadai..kira validation tu ada, toksah nak mengader tunjuk romeow juliet cam omputih..kita ni kelabu asappppppp so sedor2 ler skit paham?

weii omputih laki bini pun kalo greeting or out of respect TAK KISS BIBIR LAH ok, peluk dan kiss pp jek cam oang lain

kiss lips tu intimasi, close proximity, ni berhak dalam privasi jek, laki bini..paham? toksah konpius2..kalo jantan ko nak gak....bragging ler tu cam dia soang de bini loyal or setia hek eleee , mak dia de pak dia gak..tak pun cenggitu kan?

omputih biasakan anak depa, sebelum tidor peluk kiss pp oang tua depa, seraya kata nite mami nite daddy kendian pi bilik depa, seme ni di ajor. dah pakai baju titunnn, dah gosok gg, dah abis keje sekolahh dah abis seme2 masuk bed time aaaa buat..bleh di ajor, asal mende baik kita ajor ler

ada suami tak biasa, ada bini tak biasa  so kene didik dan biasakan. suami rasa pride di hormati, bini sore rendah salu, kiss tangan kalo nak pisah , kendian suami balas kiss dahi papai lalingg wa pi carik makan jaga anak baik2 yaa..abang tak main mata, jeling2 sikit jekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:08 PM | Show all posts
mmm eosk nak mintak dia cium lebih 10 saat.. lagi cepat naik pangkat aku nih... ekekekke
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:19 PM | Show all posts
lamer da praktik mende mcm ni...
even sebelom kawen dulu pon da buat....
sampai satu har tu bulan pose gak la...
aku dok kat umah MIL, so hb nk g kejer...
cam beser arr, salam sium tangan cuim dahi ngan bibir...

alih2 anak buah hb nampak... dier kater...
maksu... opah kater bulan pose tak leh cium la..
nnt batal pose....
tegelak jer hb ngan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:25 PM | Show all posts
bagus2...kawin nnti akan aku prktik kan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:25 PM | Show all posts
hb ku kalu cium pipi b4 turun keta takan sampai 10 saat. 2 saat pun dah lama.
mulala mulut dia bising 'dah lambat ni!' tensen jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 12:29 PM | Show all posts
Selalu buat, tapi takdela sampai 10 saat.
Agaknya kalau kalau kita buat lagi lama eg 20 saat , double la kot speed naik pangkat laki aku?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:35 PM | Show all posts
tak le la sampai seploh saat.  Salam2 pastu cium kiri kanan dah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 27-9-2007 12:08 PM
mmm eosk nak mintak dia cium lebih 10 saat.. lagi cepat naik pangkat aku nih... ekekekke


losol....klu ko cium lebih 10 saat aku rase cepat ko naik pangkat..jgn naik pangkat jd bini nombor 1 da la ye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 02:37 PM | Show all posts
selalu gak practice. kali ni nak bagi lama sikitlah kot2 cpt naik pangkat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.115239 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list