View: 4687|Reply: 35
|
Report: Israel 'blinded' Syrian radar
[Copy link]
|
|
dr utusan
Rahsia di sebalik serangan ke atas Syria
Oleh AZMI HASSAN
SECARA teknikal Israel dan Syria masih berperang dan isu Bukit Golan yang ditawan oleh Israel pada tahun 1967 menjadi duri dalam daging hubungan Damsyik-Tel Aviv.
Jalinan lebih tegang apabila rundingan damai dihentikan pada tahun 2000 dan Washington pula melabelkan Syria sebagai negara paksi kejahatan.
Kali terakhir jet pejuang IAF menceroboh ruang udara Syria ialah pada bulan Jun 2006 dan setiap kali perkara sebegini berlaku, rejim Israel lazimnya akan menghebohkan kejayaan tersebut.
Tetapi berbeza dengan pencerobohan pada 6 September, kedua-dua pihak yang terbabit enggan mengesahkan insiden.
Cuma apabila terdapat desas-desus mengenai berita pencerobohan di media antarabangsa, barulah Damsyik mengakui hakikatnya. Hanya selepas ada pihak mengandaikan bahawa jet pejuang IAF bukan setakat menceroboh ruang udara Syria, tetapi telah berjaya memusnahkan aset pertahanan barulah Damsyik mula bersuara.
Beberapa hari lepas, Presiden Syria Bashar al-Assad mengakui dalam temu ramah dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa pencerobohan 6 September mengakibatkan kemusnahan bangunan tentera yang masih dalam pembinaan.
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang sebelum ini melarang media Israel membincangkan isu tersebut, akhirnya terpaksa mengakui jet pejuang Israel tersebut bukan hanya setakat melakukan pencerobohan tetapi juga memusnahkan aset tentera Syria.
Satu perkara yang tidak dapat dinafikan susulan kejadian itu ialah berlaku kemusnahan aset.
Cuma yang menjadi tanda tanya sekarang ialah mengapakah Damsyik, Tel Aviv dan Washington juga mahu merahsiakan berita tersebut daripada pengetahuan ramai?
Walaupun Bashar mengakui bahawa bangunan yang dimusnahkan adalah untuk kegunaan tentera, Tel Aviv sehingga ke hari ini masih enggan mengesahkan sasaran yang dimusnahkan.
Tel Aviv telah mengambil risiko yang tinggi kerana Damsyik sudah pasti akan mengambil tindakan balas seperti yang telah pun dikiaskan oleh Bashar dalam temu ramah BBC. Kesan awal telah mula dirasai di mana Presiden Syria menyatakan penyertaan Damsyik dalam sidang kemuncak Palestin anjuran Washington bergantung kepada perbincangan mengenai Bukit Golan. Malah perbincangan damai tidak rasmi Damsyik-Tel Aviv yang telah berjalan sekian lama kemungkinan besar akan menemui jalan buntu gara-gara serangan tersebut.
Kemusnahan
Sebab itu ramai yang meragui kenyataan Bashar mengenai kemusnahan bangunan tentera yang masih belum siap kerana sasaran sedemikian tidak sepadan dengan risiko yang diambil oleh Israel. Mustahil bagi Israel tidak mampu mengenal pasti sasaran bernilai tinggi kerana mereka mempunyai sistem satelit pengintipan Ofeq yang begitu canggih.
Jika kemusykilan mengapa serangan udara tersebut mahu dirahsiakan agak sukar untuk dirungkaikan, maka sasaran sebenar yang telah dimusnahkan oleh empat jet pejuang F-15 IAF lebih sukar untuk dipastikan.
Ini adalah kerana Damsyik dan Tel Aviv nampak gayanya bersepakat dan bertekad mahu merahsiakan mengenai apa yang telah dimusnahkan.
Tetapi apa yang pasti adalah sasaran tersebut besar kemungkinan mempunyai nilai dan mutu yang tinggi kepada kedua-dua belah pihak.
Agak janggal bagi Israel jika benar sasaran yang dimusnahkan adalah bangunan yang belum siap dan mengikut kata Bashar, satu sasaran yang tidak mempunyai kepentingan bagi tentera Syria.
Terdapat desas-desus yang menyatakan sasaran tersebut sebenarnya adalah tempat penyimpanan nuklear atau peluru berpandu yang disalurkan oleh Korea Utara. Ada pula yang berpendapat sasaran tersebut adalah tempat penyimpanan senjata kumpulan pejuang Hizbullah di Lebanon.
Jika benar apa yang diandaikan, maka boleh difahami mengapa Israel mengambil tindakan yang begitu nekad kerana ketiga-tiga faktor tersebut bakal mengancam keselamatan Israel.
Israel sudah tentu tidak mahu sebuah lagi negara Arab yang mempunyai kemampuan nuklear memandangkan Iran sudah banyak memberi masalah kepada Tel Aviv dan Washington.
Begitu juga dengan teknologi peluru berpandu Korea Utara sudah tentu akan mengancam Israel kerana kemampuan seperti peluru berpandu Scud sudah terbukti. Kekalahan Israel di tangan pejuang Hizbullah semasa Perang Lebanon tahun lepas adalah alasan kukuh mengapa saluran senjata dari Syria perlu dihapuskan.
Jika benar sasaran Israel adalah salah satu daripada yang disebut itu, maka boleh difahami mengapa Bashar mahu merahsiakan sasaran yang telah musnah.
Ini adalah kerana masyarakat antarabangsa tidak akan bersimpati dengan Damsyik malah dengan secara terbuka ataupun tersirat, akan menyokong tindakan Israel.
Tetapi sesuatu yang agak pelik adalah mengapa Israel mahu merahsiakan misi dan sasaran serangan tersebut kerana kuasa besar seperti Washington, Paris dan London sudah pasti akan berada di belakang Tel Aviv.
Ada yang mengandaikan Tel Aviv mengambil sikap membisu kerana arahan dari Washington yang tidak mahu merosakkan rundingan enam negara yang sudah hampir mencapai persetujuan mengenai pembubaran nuklear Korea Utara. Ini adalah kerana ketiga-tiga faktor sasaran kesemuanya ada kena-mengena dengan Pyongyang.
Tetapi terdapat juga andaian yang lebih menarik yang memberi sebab mengapa Israel mengambil sikap berdiam diri.
Serangan 6 September lepas merupakan satu strategi kepada serangan yang lebih besar. Israel mengharapkan Damsyik atau Teheran akan mengambil tindakan balas tetapi apa yang diharapkan tidak berlaku. Sasaran sebenar Israel adalah loji nuklear Iran dan Tel Aviv memerlukan sebab untuk memulakan serangan tersebut.
Serangan 6 September ke atas Syria hanyalah helah kepada strategi serangan yang lebih besar kerana ancaman sebenar Tel Aviv adalah Teheran dan bukannya Damsyik.
* PROF. MADYA DR. AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (Centepis), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... na&pg=re_06.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ianya boleh dipasang pada AWACS so it can be mobilize to anywhere isnt it? tapi macam mana plk dengan saiz menda tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
No bugs for such a cutting edge system? If not it's a hell of a machine. |
|
|
|
|
|
|
|
High Level Debate Stalled Syria Air Strike
U.S. Was Concerned Over Intelligence, Stability to Region, Officials Tell ABC News Oct. 5, 2007
The September Israeli airstrike on a suspected nuclear site in Syria had been in the works for months, ABC News has learned, and was delayed only at the strong urging of the United States.
In early July the Israelis presented the United States with satellite imagery that they said showed a nuclear facility in Syria. They had additional evidence that they said showed that some of the technology was supplied by North Korea.
One U.S. official told ABC's Martha Raddatz the material was "jaw dropping" because it raised questions as to why U.S. intelligence had not previously picked up on the facility.
Officials said that the facility had likely been there for months if not years.
"Israel tends to be very thorough about its intelligence coverage, particularly when it takes a major military step, so they would not have acted without data from several sources," said ABC military consultant Tony Cordesman.
U.S. Cautious After Flawed Iraq Intelligence
A senior U.S. official said the Israelis planned to strike during the week of July 14 and in secret high-level meetings American officials argued over how to respond to the intelligence.
Some in the administration supported the Israeli action, but others, notably Sect. of State Condoleeza Rice did not. One senior official said the U.S. convinced the Israelis to "confront Syria before attacking."
Officials said they were concerned about the impact an attack on Syria would have on the region. And given the profound consequences of the flawed intelligence in Iraq, the U.S. wanted to be absolutely certain the intelligence was accurate.
Initially, administration officials convinced the Israelis to call off the July strike. But in September the Israelis feared that news of the site was about to leak and went ahead with the strike despite U.S. concerns.
The airstrike was so highly classified, President Bush refused to acknowledge it publicly even after the bombs fell.
ABC's Martha Raddatz filed this report for "World News With Charles Gibson." |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata Syria buat serangan ke atas reaktor nuklear Israel? Tengok...apa jadi... |
|
|
|
|
|
|
|
well...apa yg kita sendiri boleh blajar dari kealpaan pihak syria..walaupun mereka memiliki SAM yg baru dan high tech,masih tak mampu menghalang pencerobohan israel..
ini kerana sedara israel di asia tenggara pun banyak blajar dari mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Israel ni buat suka hati aje. Bila nak serang, serang....lepas tu US dok komplain kenapa dunia bencikan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
The Syrian is the victim here... the Israeli action should be condemned, kalau Syria buat camtu kat Israel mesti kena kutuk satu dunia
Still, aku rase artikel nih lebih dari spekulasi sepertimana yg puak yahudi mahu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 ef/x's post
But what of the reports of nuclear material?
Technically, Syria and Israel are still at war so there's nothing illegal about the raid.
[ Last edited by mentosonline at 8-10-2007 12:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
When Israel blinding syria radar, it will automatically blinding Israel radar as well wasn't it? |
|
|
|
|
|
|
|
h
ITU menunjukkan teknologi israel sudah jauh terkedepan berbanding negara arab........... |
|
|
|
|
|
|
|
What report ? Both sides chose to keep it low, IDF doesn't say anything about their target
Before the attack, the Syrian already engaging clandestine peace negotiations with Israel |
|
|
|
|
|
|
|
they are also engaging in clandestine supplying arms to hezbolah all at the same time. |
|
|
|
|
|
|
|
Smiting Syria With Suter
http://www.strategypage.com/htmw/htecm/articles/20071006.aspx
October 6, 2007: The most recent rumors, of what enabled the Israelis to slip past Syria's air defenses during the September 6th raid, describe a system that has been used in Iraq to detect transmissions from terrorist communications and zap IED detonation systems. This system is referred to as Suter, and such a program has been described in trade journals for several years now. The basic elements of Suter are powerful sensors, for detecting all manner of electronic emissions. This is coupled with some very fast computers, and a large database of known emitters. The computer software quickly identifies the emitters, and potential entry points into enemy communications networks. Suter transmitters can shut down some or all enemy emitters, just monitor them, or inject misleading information.
Naturally, with a system like this, the users don't want to discuss details. For once lots of details are known, systems like Suter are easier to defeat. To that end, within days of the September 6 attack, Russia had technical people in Syria, trying to figure out what Suter, or whatever, had done to the modern Russian early warning systems Syria was using. Iran was also demanding answers, and what the Russians told the Iranians initially was not pleasant. The Iranians won't say what the Russians told them, but the fall out was a lot of very unhappy Iranian military people. Some Russian techies are telling the Syrians and Iranians that the September 6th raid was actually a gift, because now more is known about what Suter can do, making it easier to defeat the system. That talk sounds more like damage control, because Suter has been described as a rapidly evolving system. The Russian air defense radars and computers may now be better able to deal with the September, 2007, version of Suter. But that advantage will fade quickly over the next few months as Suter continues to evolve.
Suter has been getting quite a workout in Iraq and Afghanistan, which doesn't make the Iranians or Syrians feel any better. The U.S. and Israel have been sharing a lot of counter-terrorism technology and tactics, and this would appear to be just another example.
[ Last edited by spiderweb6969 at 8-10-2007 10:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Israel said its striked nuclear facility in Syrian teritory but Syrian said it wasnt nuclear facility but an empty building. "IF" and its a big if what Syria said is true, why the Syrian gov didnt make a strong protest to UN or retaliate? as in any of our country if strike by other country and accused of something serious like nuclear plant will surely upset or protest or whateverlah..
so what do u think forumer? keep the idea rolling... |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak percaya air defence network buleh kena invade and controlled by someone else, airborne pulak tu, macam wi-fi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 semarmesem's post
I believe that statement came from Netanyahu WHO IS NOT IN THE GOVT or IDF spokeperson...
Retaliation from Syria ? Itu yg sebenarnya dimahukan oleh Israel & Uncle Sam, ingat lagi latihan tentera besar-besaran di Golan sebelum ini? Mereka telah merancang lama sblum kedatangan kapal korea utara lagi.
Nie semua umpan nak babitkan Iran.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|