View: 6723|Reply: 41
|
Orang JB- korang pernah kena rampok tak?
[Copy link]
|
|
Rumah aku baru aje kena semalam. Subuh tu around 4 - 5 am, aku tak lena tidur, rasa macam ada something happening dlm rumah aku, tapi aku pergi check dapur, check grill tingkap, check pintu semua ok.
At 5, am aku terlena sekejap kat kerusi ruang tamu rumah aku, tiba2 terkejut jaga dan dalam mamai2 tu nampak ramai lelaki indon semua bawak parang kat depan mata aku. Aku ingat aku tengah mimpi ngeri, so aku pun apa lagi jerit dgn harapan mimpi ngeri aku akan berakhir. Sorang Indon terus datang kat aku, acukan parang kat muka aku dan suruh diam. By then, aku tau aku bukan bermimpi.
Benda pertama dia suruh aku bagi kunci pintu belakang dan dioarang terus prepare jalan keluar. Then tanya mana husband aku. Aku pun bawa naik atas dan tunjuk bilik aku. Masa tu aku jantung aku berdenyut tersangatlah laju, aku rasa macam nak pitam, tapi terpaksa bertenang sebab fikirkan anak2 aku. Aku cuma ingat anak2 aku itu je. Cerita2 ngeri indon rogol budak perempuan masa merompak berputar2 dalam kepala aku.
Anak2 aku semua terus terjaga, some of the indon terus masuk bilik diaorang, 2 lagi masuk bilik aku cari husband aku. Husband aku kat bilik air, terus kena paksa keluar dan kena ikat. Aku pegang baby dan anak pompuan 9 tahun. 3 lagi anak aku rupanya tidur (atau pura2 tidur) balik lepas indon tu suruh diam.
Diaorang geledah satu rumah aku, dapat laptop, kamera digital, hanpone dan cash plus duit raya anak2 aku. Tapi masih tak puas hati sebab tak jumpa seurat barang kemas pun. Aku terpaksa yakinkan daorang kitaorang memang takde simpan barang kemas. Lepas geledah habis semua, agaknya dia percaya kot sebab tengok badan aku tak mengerlip pun, begitu juga badan anak2 aku.
Around 6 am, tiba2 terdengar bunyi hon yg panjang dan kuat kat luar rumah aku. Ketua perompak tu jenguk kat tingkap dan arahkan semua lari. Rupa2rupanya ada jiran aku tersedar dan nampak grill tingkap belakang rumah aku ternganga. Dan aku dapat tau lepas tu ada perompak yg cuba serang jiran aku tu dengan parang. Aku betul2 terhutang budi kat jiran aku tu, sebab kalau dia tak hon, memang perompak tu masih lagi nak geledah rumah aku. Aku paling takut dia frust sebab tak jumpa barang kemas, dan nyawa salah seorang kami jadi taruhan.
Lepas buat lauran polis, baru tau rupanya sebelum rompak rumah kami, rumah di taman yg sama pun dah kena rompak pukul 3 pagi tu, oleh perompak yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
takutnya...rumah kat area mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 aurorae's post
u s'porean ek? tinggal kat mana? my sis pun ada rumah kat leisure farm tapi ada security guard jaga kat gate utama & gate masuk rumah dia..seram ek..! |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah sepanjang idup aku ni tak pernah kena lagi... pulun CD cetak rompak tu ada laa...
Tapi inilah harga yang terpaksa kita bayar kalau pakai undang2 kafir - kita dah hilang rasa selamat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku orang Malaysia. Tapi ada juga jiran Singaporean, yg datang cuma sekali-sekala aje. Area kat Taman Pulai Indah, jalan ke arah Pontian. Yg paling aku sedih, gambar2 raya dengan keluarga aku kat kampung, gambar2 anak aku masa dapat hadiah kat tadika, video klip baby aku masa mula2 belajar berjalan, video klip perkembangan anak2 aku yg penting semua dah kena bawa lari. Si balaon tu siap snap satu lagi gambar anak perempuan aku kat dalam bilik, jgn tiba2 keluar kat internet dahla.
Tempat tu memang dikelilingi penjenayah atau bakal penjenayah. Aku harap husband aku konsider la nak move out to either Malaysia Timur or Middle East 2 thn lagi (lepas kontraknya kat sini habis). Aku dah tak tahan, hari2 balik rumah pun memang bertembung dgn indon pergi balik tempat kerja dia somewhere kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... dorang tak apa2kan auro dan anak2 auro...
takut akak baca cerita2 macam ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
giler ahh..jantung berdenyut masa naik tangga |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 AhmadNasa's post
ko ni pehal, pi main jauh-jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by emkay at 25-10-2007 11:28 AM
Yg family kak duk kat kawasan hulu tu kenapa
Carilah rumah kat kawasan yg elok ckit, macam kat Pulai Perdana, Taman U ataupun kat area bandar terus..kalau boleh cari yg gated community ...
Dulu duduk kat Taman U, lagi tak selamat. Jiran akak, perompak siap datang dua kali. First ambik barang2 berharga. Kali ke2 tak sampai sebulan bawa lori ambik semua barang elektrik kecuali peti ais, pagi2 masa semua orang tak ada di rumah. Pagar rumah dia pagar automatik, pun perompak boleh masuk gitu je. Boss husband akak kat Taman U pun dah 2x kena rompak. Kami masa tu mungkin lucky enough sebab rumah sewa yg kami duduk pun buruk dan uzur yang amat, tak maintain, so nampak macam tak berduit kot.
Masa beli rumah dulu, tak ada lagi projek lain kat keliling kami. Kitaorang tertawan dengan keindahan tasik, masa pergi balik kerja nampak gunung pulai, dekat jugak dengan simpanan air singapore tu, macam thrill dikelilingi suasana semulajadi la kononnya. Jamin ke gated community tak kena rompak, sebab tengok pagar kat Pulai Perdana tu macam anak akak pun boleh panjat. Our case tu, perompak lari tak pakai kenderaan pun, atau kenderaan letak somewhere jauh dari situ. So, kalau gated pun dia bleh buat camtu, dia memang tak ikut main entrance pun. |
|
|
|
|
|
|
|
firstly thanxs for sharing xprience with us herre.
syukur sumernya selamat & tak d`apa2kan eh.. nyawa lgik penting dr segalanya. rumh me pon pernah kena masok 11 syawal taon leps. taon ni mmg cuak jugak takot pape jdik lg. harap2 mintak d`jaohkan lar.
harap awk bersabar & tabah dgn ujian ni.
ini lar advantage kalo dpt online kt porum. even kita tak kenal, tp kesah2 yg d`suarakan bulih bg iktibar & berita terkini pd yg lainnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 aurorae's post
mmg hari depn takde sapa yg dpt jangka. keadaan berubah mengikut masa. kita cuma bulih atasi dgn cari jalan yg terbaik, berpindah misalnya... |
|
|
|
|
|
|
|
umah kawan aku dulu kat kangkar pulai pon kena rompak ngan indon berparang.. semua orang kena ikat.. ntah2 orang yang sama tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 aurorae's post
aduh seramnyer kena mengadap perompak.
tapi alhamdulillah aurorae sekeluarga selamat.
dan takde kejadian yg tak diingini berlaku. barang2 yg hilang tu boleh diganti balik....
indon nie dtg negara org buat jahat:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
blankie...
akak siap tipon umah Pulai Utama cite perompak ni ..makcik kata umah sebelah dah banyak kali kena umpil tapi tak berjaya gak..skg dia pasang kunci luar dalam...
..umah sebelah kanan lak perompak dah masuk masa raya tahun lepas skg dah pasang alarm...
nak tanya aurorae...perompak ni masuk ikut mana? pecah kan apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Silapnya pun datang daripada kita jugak, pasal utamakan orang2 luar untuk kejer2 cam kat kilang, tapak pembinaan, estet etc. sebab boleh bayar diorang murah. Camaner lak dengan orang2 kita yang banyak lagi menganggur, especially siswazah dgn bekas banduan ataupun pelatih pusat serenti yang dah insaf? Kera di hutan disusukan, anak di rumah mampus tak makan... sebab tu la jenayah makin menjadi2 especially di kalangan mat2 indon yang datang kat sini. Dah datang kat sini nak tunjuk samseng lak... memang kuang hajor bebetul...!!!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 PrincessFiona's post
Dia gunting besi grill tingkap dapur elok licin macam kita gunting donut. Pengajaran: lain kali cari besi grill yg corak kerawang berbunga2 banyak sikit, so banyak sikit kerja dia nak potong satu-satu besi grill tu. Grill kami yg simple punya, corak empat segi, memang senang la dia nak buat kerja.
Bunyi dia buat kerja sangat perlahan, kalau aku terdengar pun, aku ingat bunyi bising dalam telinga aku atau bunyi cicak terlanggar periuk. Yg aku terjaga pukul 4 pagi tu sebab macam ada bunyi sudu kacau dlm mug, tapi perlahan sangat. Ingatkan anak aku bangun buat air kat dapur. Tu yg aku pergi check, tapi tak da apa2. Agaknya masa tu diaorang baru test bunyi kot, belum gunting apa-apa lagi.
Cermin tingkap dapur tu dia tolak je ketepi, entah mana pergi dia punya selak, dah kena umpil agaknya.
Polis bagitau, geng Indon kat JB so far ada 11 semuanya, diaorang kelaskan ikut mondus operasi. Tapi almost all akan bawak parang la.
Aku nak tau, korang yang pasang alat detector dalam rumah tu, perompak dapat matikan tak sebelum dia masuk? Aku cuak sikit dgn alarm ni sebab pernah sorang jiran aku pasang everytime dia tak de kat rumah, alarm dia sangat sensitif, entah serangga apa trusik tingkap dia pun alarm akan berbunyi. Dah jadi kerja kami jiran tetangga call polis dan bomba dan pecah masuk rumah dia untuk matikan alarm tu. Bunyi kuat dan sangat bingit, memang kena matikan.
Lama2 bila dengar alarm, dah tak sure, sebab perompak atau sebab lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Seram dengar cerita kamu ni auro...
moga-moga geng perampok ni tak selamat merampok selepas ni.....
jangan lah dorang berhijrah merampok kat tempat lain....
Anyway sut nak tanya sesapa kat sini yang tau mana-mana orang yg boleh buat "Pagar Batin" erkk betul ke apa yg aku tulis ni....?? maksud sut, sut pernah tengok tv... ada org ni pegi jumpa ustaz selepas rumah dan kilang dia kena rompak...., then selepas ustaz ni bacakan doa.... cubaan perompak tu utk memasuki premis kilang dia buat kali kedua gagal kerana perampok tu nampak seperti mereka di tengah-tengah hutan laaa... kengkadang kat tepi laut laaa.... etc... etc...
selepas disiasat rupanya perompak tu merupakan bekas pekerja majikan tu sendiri yg tak puas hati dengan bos nya lalu cuba merompak di rumah dan kilang yg dia pernah bekerja sebelum ini.....
Originally posted by aurorae at 25-10-2007 09:59 AM
Rumah aku baru aje kena semalam. Subuh tu around 4 - 5 am, aku tak lena tidur, rasa macam ada something happening dlm rumah aku, tapi aku pergi check dapur, check grill tingkap, check pintu semu ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|