CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9201|Reply: 35

ALL ABOUT KELLIE's CASTLE

[Copy link]
Post time 30-10-2007 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by BabeYSHa at 5-11-2011 17:51

Oleh Hafizan Taib


BATU GAJAH: Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara.

Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya.

Kellie's Castle adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5 Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.

Tajuddin berkata, penemuan pada minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie's Castle yang terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini.

Beliau berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi tumpuan kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak melepaskan peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah beruang itu serta meninjau kawasan berhampiran.

Katanya, apa yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari Brazil.

"Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu.

"Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie's Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun.

"Pihak pengurusan Kellie's Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie's Castle," katanya.

Tajuddin berkata, Kellie's Castle menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti seperti cuti umum atau persekolahan.

Katanya, selain pelancong domestik dari negeri ini dan seluruh negara, ia dikunjungi pelancong luar dari Australia, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain serta Asia.

"Boleh dikatakan ramai yang datang dari United Kingdom, mungkin kerana Smith berasal dari Scotland," katanya.

Kellie's Castle adalah istana lama yang dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes. Bagamanapun, ia gagal disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.

Kellie's Castle yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 11:55 AM | Show all posts
seb bek menyerupai beruang..... ..
kalo menyerupai harum lagi seram....bertambah la misterinye keli kestel tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by orens at 30-10-2007 11:55 AM
seb bek menyerupai beruang..... ..
kalo menyerupai harum lagi seram....bertambah la misterinye keli kestel tu...

aku rasa kalo menyerupai oyen yang lebih misteri
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:07 PM | Show all posts
korang ni bagi komen apa cam ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:08 PM | Show all posts
kalau ada gambar lagi best.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:25 PM | Show all posts
my indonesian fren gelar kellie's castle ni taj mahal malaysia.. sebab similarity of lambang cinta katanyer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2007 12:32 PM | Show all posts
------- server ......... -------------

[ Last edited by  bettyboops at 30-10-2007 12:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:47 PM | Show all posts

Reply #6 bettyboops's post

ramai jugak kata camtu...masalahnya taj mahal siap...Kellie's Castle ni macam projek terbengkalai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 30-10-2007 12:00 PM

aku rasa kalo menyerupai oyen yang lebih misteri


aku lebeh suke kalo die menyerupai toyol cumil....buleh aku ajak die p deting....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by orens at 30-10-2007 01:05 PM


aku lebeh suke kalo die menyerupai toyol cumil....buleh aku ajak die p deting....


woit, nak moyan balik umah antu la...
kang mengamuk maklampir tengok kita moyan kat umah owang wei

ampon momod
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by orens at 30-10-2007 01:05 PM


aku lebeh suke kalo die menyerupai toyol cumil....buleh aku ajak die p deting....


woit, nak moyan balik umah antu la...
kang mengamuk maklampir tengok kita moyan kat umah owang wei

ampon momod
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 01:38 PM | Show all posts
sapa yg dok kat situ, gi la amik gambor tepek kat cni........
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 30-10-2007 01:35 PM


woit, nak moyan balik umah antu la...
kang mengamuk maklampir tengok kita moyan kat umah owang wei

ampon momod


ape.....umah owang..... ....aku sesat la harum....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 30-10-2007 01:38 PM
sapa yg dok kat situ, gi la amik gambor tepek kat cni........


aku memang duduk kat area tu pon.....tapi aku takde kamera la....meh pinjamkan aku kamera ko....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:05 PM | Show all posts
mesti cute kan...terbayang teddy bear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 02:19 PM | Show all posts

Reply #14 orens's post

meh la kedah amek.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2007 02:20 PM | Show all posts

Reply #15 feirina's post

tedy bear oreng ka........ seakan2 cam nak peluk gak...........

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 30-10-2007 02:19 PM
meh la kedah amek.........


meh bagi addres nanti oyen datang amek....tapi sediakan tupat ngan rendang sekali tau....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 30-10-2007 02:20 PM
tedy bear oreng ka........ seakan2 cam nak peluk gak...........

http://neatorama.cachefly.net/images/2007-01/orange-peel-man.jpg



woit pizo.....jangan la tepek gambo oyen yang saiz poster ni....malu la....kalo ye pon minat kat oyen ....kaber2 la sket....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:59 PM | Show all posts

Reply #8 alphawolf's post

kesian kan.. projek terbengkalai pastu org kata ada penunggu pulak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.073002 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list