View: 45443|Reply: 450
|
Adakah istilah curang pada seorang lelaki/suami?
[Copy link]
|
|
Cuba lihat dari segi satu perspektif lain yang tak berbaur dengan perasaan..
Adakah istilah curang untuk seorang lelaki/suami?
Sedangkan hak berkahwin pun ada 4...inikan pulak hak bercinta? At least kena ada 16...
So, kalau soerang lelaki yang dah beristeri tak bercinta lagi...macam mana dia nak cukupkan 3 quota lagi tu?
Sedangkan kita semua mesti pernah dengar surah nie kan" Kahwinlah kamu dengan 2,3 atau 4 wanita tapi sekiranya kamu tak mampu berlaku adil..kawinlah satu jer"
Lebih kurang macam tu lah bunyinya...so prioritynya kepada prural dulu..lepas tu kalau tak boleh sangat...baru lah singular..
So...adakah istilah curang itu sesuai untuk seorang suami?
[ Last edited by nighunter71 at 11-12-2007 09:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 nighunter71's post
mungkin boleh disebut curang jika di lihat pd konsep percintaan..sbb percintaan tu memerlukan kesetiaan..dan antara suami isteri pastinya wujud perasaan cinta kecuali kau kena kawin paksa.. so, bermakna suami tu dah curang pd isternya.
dr segi perhubungan suami isteri dlm islam pulak..mgkn boleh dikatakan berdosa sbb si suami tidak jujur terhadap isterinya dgn merahsiakan perhubungan itu di luar. dan sudah pastinya akan wujud penipuan untuk kaber line..secara x langsung berdosa pd isteri dan anak2.
juga berdosa krn menggunakan masa lapang yg sepatutnya menjadi hak anak isteri tp telah digunakan utk melayan perempuan lain.
Kalau belanja pempuan lainpun berdosa gak sbb rezeki tu hak anak isteri tp dah terkurang sikit sbb digunakan utk org yg bukan tanggungannya.
dan yg pastinya suami tu berdosa sbb menjalin hubungan yg harammmm...  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
orang lelaki nie la kerojenye....bab kawin ikut sunnah nabi...bab lain...pandai pulak :@ :@ :@ ....pada awa xkirala lelaki tu berhak kawin 4...istilah curang memang la wujud...susahkan untuk setia??....susahkah kawin satu sahaja???....
"Sedangkan kita semua mesti pernah dengar sunnah nie kan" Kahwinlah kamu dengan 2,3 atau 4 wanita tapi sekiranya kamu tak mampu berlaku adil..kawinlah satu jer"
Lebih kurang macam tu lah bunyinya...so prioritynya kepada prural dulu..lepas tu kalau tak boleh sangat...baru lah singular.." salah statment tu....cuba ambik keseluruhan ayat...hayati dan buat kesimpulan....
[ Last edited by awadanish at 8-12-2007 09:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 nighunter71's post
aku secara peribadi dari sejak azali lagi tidak pernah bersetuju istilah curang dikenakan kepada lelaki. Seperti hujah kamu itu, aku bersetuju bagaimana hendak bergerak kepada 4 kalau tidak bermulanya dengan menjalinkan hubungan perkenalan, persahabatan dan seterusnya perasaan. Selalu hujah kaum wanita adalah emosi, apabila sahaja lelaki ada hubungan atau berhubung dengan perempuan lain dikatakan telah berlaku curang kepada isteri. Walhal curang itu adalah istilah yang diberikan kepada sesuatu yang tidak ada cara untuk membolehkan tetapi telah dilakukan. Ini merujuk kepada larangan kepada kaum wanita daripada bersuami lebih daripada satu dalam satu kehidupan berkelamin. Tetapi apabila perempuan itu tidak boleh berkahwin ada pula yang telah menjalinkan hubungan diluar pengetahuan suami. Diluar pengetahuan suami dan dtambah pula dengan diluar peradaban dan tambah buruk apabila diluar batas persahabatan. Di sini baru wajar istilah curang itu digunapakai. Serupa jugalah istilah main kayu tiga atau berselingkuh.
[ Last edited by akuhaus at 8-12-2007 09:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tuhan jadikkan manusia BERPASANGAN.. bukan di sebut tuhan jadikkan manusia QUADRAPLET
dulu single skang berdua.. ok la tuh..wat pe nak tambah bini?
kalo nak buat apa faktor2 nya?
a woman is made for a man. a man is made to fulfill obligation rules the world ADIL DAN SAKSAMA.
kalo dah curang..mana ler layak jadik ketua pun.
sebelum amik contoh rasul tu..fikir la dulu btui2...kang terkulat2 tokleh jawap bila di soal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tepat skali bro..
Originally posted by akuhaus at 8-12-2007 09:25 AM 
aku secara peribadi dari sejak azali lagi tidak pernah bersetuju istilah curang dikenakan kepada lelaki. Seperti hujah kamu itu, aku bersetuju bagaimana hendak bergerak kepada 4 kalau tidak bermu ...
Tepat skali bro..inilah intipati kepada apa yang aku persoalkan tadi.
Your understanding is 100%.
Istilah curang hanya boleh dipakai pada kaum wanita jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 pinkish's post
maaf ya pinkish kalau kesetiaan hendak dikaitkan dengan curang, aku fikir tak adil dan tidak kena pada tempatnya. Ibarat tayar habis angin tukar tayar. Sedangkan yang lebih tepat masukkan angin. Bahasa Melayu ada istilah tepat untuk setiap perbuatan atau perkara. Aku fikir adalah lebih tepat kalau dalam hubungan perasaan seperti yang kamu berikan itu antonimnya khianat. Dalam hubungan cinta bermaksud cinta dikhianati. Kesetiaan cinta dikhianati. Curang itu berat sangat dan tidak kena pada tempatnya. Tetapi wajar dan tepat jika pelakukanya adalah wanita. Kerana wanita itu bukan sahaja mengkhianati cinta tetapi telah mencurangi suaminya. Curang ini adalah perlakuan yang impaknya kepada orang bukan kepada perasaan di atas batas-batas kebudayaan, agama dan kebiasaan.
[ Last edited by akuhaus at 8-12-2007 09:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Soal lah..
Originally posted by ajinomotonosuga at 8-12-2007 09:27 AM 
tuhan jadikkan manusia BERPASANGAN.. bukan di sebut tuhan jadikkan manusia QUADRAPLET
dulu single skang berdua.. ok la tuh..wat pe nak tambah bini?
kalo nak buat apa faktor2 nya?
a woman ...
Soal lah...kalau mampu aku jawab..
Aku hanya mengambil petikan hadith..tak bermakna aku hidup seperti rasul..
Persoalannya sekarang..bagi aku tiada istilah curang untuk lelaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pehhhhhhhhhhh...
Originally posted by akuhaus at 8-12-2007 09:33 AM 
maaf ya pinkish kalau kesetiaan hendak dikaitkan dengan curang, aku fikir tak adil dan tidak kena pada tempatnya. Ibarat tayar habis angin tukar tayar. Sedangkan yang lebih tepat masukkan angin. ...
Pehhhhhhhhhhh...bahasa lu lah..bro..
Aku pun tewas...syabasss:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Walhal curang itu adalah istilah yang diberikan kepada sesuatu yang tidak ada cara untuk membolehkan tetapi telah dilakukan.
ok..since ada yg kata mcm ni..adakah perbuatan seorg suami yg menjalin hubungan tanpa pernikahan dgn seorang perempuan dgn tujuan utk mengenali hati budi atau dlm kata lainnya bercinta itu dibenarkan dlm islam? adakah ianya dibolehkan?
kalau nak kata dibolehkan kawin 4, aku setuju..tp kahwin je lah..apa ke hei nya nak bercinta2 di luar pengetahuan isteri tu? bukan ke itu juga boleh dikatakan curang? lain le kalau lepas 10 thn kawin..tetiba kau kata kat bini kau.."eh! abg rasa nak menikah lagi satu ler.." terus bini kau carikan calon dan pinangkan pompuan tu dan menikah..yg tu baru dibolehkan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 awadanish's post
kena rasional kepada hunter. Aku melihat kejujuran hunter untuk bertanya apakah sesuai perkataan curang itu dilabelkan kepada kaum lelaki di atas perlakuannya yang diberikan contoh. Kalau nak kata mengata antara lelaki dan perempuan sampai kiamat pun tak selesai. Bila saja lelaki sentuh tentang perkara poligami perempuan akan melenting. Jadi khususkan kepada perbahasan kesesuaian pemakaian istilah curang kepada lelaki. Aku selalu membaca thread kat forum ni tetapi aku kecewa apabila fokus perbincangan melilau daripada kehendak pemula topik. Kesiankan akhirnya pemula topik duduk diam-diam tak nak respon. Tolonglah jangan letak perasaan dalam memberikan pendapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ajinomotonosuga's post
istilah berpasangan bukan bermaksud ibarat satu tangan kanan pasangannya satu tangan kiri saja aku fikir. Apakah Tuhan itu terlupa apabila menjadikan makhluknya berpasangan tetapi kemudiannya membenarkan kaum lelaki berkahwin lebih dari satu jika berkemampuan. Aku fikir pasangan disini merujuk kepada antonim bukan kuantiti. Lelaki antonimnya perempuan, kiri antonimnya kanan, betina antonimnya jantan, bunga antonimnya kumbang. Kalau kuantiti dikirakan sebagai pasangan apakah pasangan bagi 1.....apakah pasangan bagi 4....apakah pasangan bagi 0....tak ada kan. Allah menjadikan kita berpasangan bukan bermaksud kuantitatif. Serupa juga dengan istilah adil...bukan bermakna ada dua biji limau bagi kepada dua orang dapat seorang sebiji sebagai adil. Keadilan dalam Islam dilihat dalam aspek lebih luas. Secara umumnya aku fahamkan adil itu memberikan hak kepada yang berhak dan rasionalnya perlu dilihat dengan fikiran dan bukan perasaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku fikir kamu ni emosilah sayang. Opss.... nanti sayang aku ni pun akan kamu katakan curang pula. Bagaimana nak kawin kalau tak kenal dulu. Bolehkah jumpa saja seorang permpuan tu terus jer ajak kawin.  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 nighunter71's post
kau faham x apa mksd aku td tu? aku merujuk pd post seseorg sblm tu yg mendefinasikan curang tu sbg - curang itu adalah istilah yang diberikan kepada sesuatu yang tidak ada cara untuk membolehkan tetapi telah dilakukan - jd cth yg aku berikan kat atas td tu utk kita fikir semula sesuaikah curang tu difahmi spt yg dikata oleh org itu.
sbnrnya definasi curang yg telah diberikannya telah menjadi terlalu luas hingga boleh dikaitkan dengan pelbagai perlakuan yg sepatutnya tidak boleh dikategorikan sbg curang cthnya spt..mencuri- perbuatan yg tidak dibolehkan tetapi ada yg melakukan jd adakah ianya juga boleh dikatakan curang..aku buat ayat yek--pencuri itu telah curang kerana mengambil wang wanita itu sebanyak rm500--sesweii gituk?  |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jawab soalan..
Originally posted by pinkish at 8-12-2007 10:02 AM 
kau faham x apa mksd aku td tu? aku merujuk pd post seseorg sblm tu yg mendefinasikan curang tu sbg - curang itu adalah istilah yang diberikan kepada sesuatu yang tidak ada cara untuk membolehkan ...
you berbelit ke arah lain.... tolong jawab soalan dulu..
masa u ngan hubby u dulu..ada bercinta sebelum kawin tak?ada dating tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|