sinopsis:
Tanpa kesedihan, tiadalah kegembiraan di akhirnya. Itulah pegangan Elly dalam percintaan. Elly, seorang pereka fesyen muda bekerja di Butik Karya Anggun merupakan seorang gadis ceria dan berfikiran positif, diuji dengan satu pemberian yang memang diimpikan oleh semua wanita iaitu dapat membaca fikiran lelaki. Namun Elly menganggap itu satu sumpahan apabila dia banyak mendengar yang tidak baik berbanding yang baik. Dengan pemberian itu juga, Elly jadi keliru dalam membuat pilihan teman hidup. Kebuntuan tersebut mendorong Elly mengikut kata hati.
Apakah Elly berjaya membuat keputusan tepat dengan menurut kata hati? Untuk mengetahui lebih lanjut, nantikan kemunculan filem 慉PA KATA HATI?
selagi manusia ada cinta.. dpd tgk perang2 tembak2 bunuh2 kan???
'Apa Kata Hati' cabaran baru untuk Saw
ref: http://mstar.com.my/cms/content. ... 1-166a5380-af7fc12f
07-06-2007 11:11:22 AM
Oleh WAHIDA ASRANI
FILEM pertama arahannya bukanlah calang-calang produksi, Puteri Gunung Ledangyang menelan belanja kira-kira RM16 juta itu ternyata berjayamelonjakkan nama Saw Tiong Hin di industri perfileman sehingga diaturut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysiake-18 menerusi filem tersebut.
Sudah tiga tahun berlalu kini Saw kembali mengarah untuk filem keduanya pula berjudul Apa Kata Hati(AKH) yang membariskan pelakon-pelakon seperti Raja Farah, Farid Kamil,Awal Ashaari, Awie, Dynaz, Fauziah Ahmad Daud dan AC Mizal.
Berkonsepkanromantik komedi, sama sekali berbeza dengan filem pertamanya PGL, Sawberkata, dia menerima tawaran Tayangan Unggul untuk mengarah filem inidisebabkan kelainan dan ingin mencuba sesuatu yang baru.
"Janganbandingkan PGL dan AKH. Memang produksi dan bajet untuk PGL amat besarberbanding filem ini yang hanya menelan kos kira-kira RM1.3 juta.Tetapi itu bukan persoalannya di sini.
"Saya ingin cabar dirisaya buat sesuatu yang lain. Memang saya akui, ramai yang bertanyakenapa dari PGL saya sanggup buat filem seperti ini pula.
"Saya tidak rasa job yangsaya buat kali ini akan jatuhkan standard saya hanya kerana saya pernahmengarah PGL, filem yang banyak menerima pengiktirafan.
"Jalan ceritanya menarik dan saya rasa tidak salah saya mencuba,"ujar Saw ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut di ButikCosry, Bangsar, baru-baru ini.
Menurutnya, proses penggambaranAKH kini baru saja siap 20 peratus dan dijangka akan mengambil masaselama 30 hari untuk disiapkan keseluruhannya. Filem yang skripnyaditulis oleh Mior Shariman ini dijangka akan ditayangkan pada awaltahun depan.
AKH berkisarkan tentang seorang gadis yangmenghadapi konflik di dalam percintaannya. Elly (Raja Farah) mempunyaikekasih bernama Aidil (Farid Kamil), namun disebabkan salah faham daninsiden-insiden lain, dia dan Aidil berpisah.
Elly kemudiannyaberkenalan dengan Riezman (Awal Ashaari). Riezman amat menyukai Ellydan ingin mengambilnya sebagai isteri, namun hati Elly tidak dapatmenafikan bahawa dia masih mencintai Aidil.
Mengulas mengenaipemilihan tunggak utama filem ini yang membariskan pelakon muda, Sawberkata, kesemua pelakon terlibat dipilih menerusi sesi ujibakat yangdijalankan.
"Mereka amat berbakat. Yang penting, komitmen yangdiberikan oleh mereka amat mengagumkan. Setiap mereka mempunyaikekuatan tersendiri mengapa mereka yang dipilih.
"Kalau boleh,kita tidak mahu asyik-asyik muka yang sama saja yang ditampilkan.Bersesuaian dengan konsep romantik komedi, saya rasa barisan pelakonfilem ini memang tepat.
"Kita juga ada menampilkanpelakon-pelakon hebat lain seperti Awie, Kartina Aziz dan AC Mizal.Filem ini juga akan menyaksikan kemunculan semula Ogy Ahmad Daud dilayar perak," kata Saw.
Dalam pada itu, penerbit Tayangan Unggul,Gayatri Su Lin Pillai berkata, genre romantik komedi dipilih untukfilem ini sebagai kelainan kepada filem-filem yang pernah diterbitkanoleh syarikat produksi tersebut.
"Jika dilihat, tahun lepas kamibanyak menerbitkan filem-filem yang agak berat. Jadi, kali ini kamiingin cuba hasilkan filem yang lebih relaks pula. Lagipun, saya sendiriadalah peminat filem romantik komedi!
"Tentang penerimaan orangnanti, itu terserah kepada hak masing-masing. Yang pastinya, AKH adakelainan tersendiri berbanding filem romantik komedi lain dan sayapercaya akan kebolehan Saw untuk menjadikan filem ini bukan sajaberkualiti, tetapi menghiburkan," ujar Gayatri.
Mengulas mengenaiSaw, kata Gayatri, dia yakin pengarah tersebut mampu memberikan hasilyang terbaik walaupun belum berpengalaman mengarah filem genre itu.
"Sayapercaya akan kredibilitnya kerana kami juga memang sudah lama mengenaliantara satu sama lain. Memang saya tahu, ramai yang agak takut untukambil Saw mengarah filem mereka disebabkan dia pernah terlibat dalamprojek besar seperti PGL.
"Tetapi, Tayangan Unggul memangsentiasa memberi peluang kepada mana-mana pengarah untuk menghasilkanfilem-filem yang pelbagai," kata Gayatri.