|
Assalamualaikum,
Saya ada satu masalah. Macam ni... connection internet kat rumah saya share dengan jiran sebelah (bukan network-cuma split connection). Modem ada di rumah jiran saya. Modem diset supaya auto connect, jadi tak perlu kita nak connect setiap kali nak online.
Masalahnya sekarang, kadang2 streamyx ni disconnect sendiri. Satu hal pulak saya kena sms si jiran suruh dia reset modem. Jadi, ada tak cara untuk saya ([tanpa modem] - modem di rumah jiran) reset modem tu dari komputer saya? Maksudnya tak perlu sms si jiran suruh dia tolong resetkan... kesian dia...
Kalau tengah2 malam, takkan nak kejut dia bangun suruh reset kan? Jadi saya mintak tolong sangat pada sesapa yang tahu... Terima kasih |
|