View: 4052|Reply: 0
|
valentine's day kat negara arab
[Copy link]
|
|
Hari Kekasih di negara Arab
SEORANG gadis Palestin melihat cenderamata berbentuk
hati di sebuah kedai di Tebing Barat semalam.
SAMBUTAN Hari Kekasih atau Valentine Day dirai dengan suasanaberbeza di negara-negara Arab yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Di Arab Saudi, kerajaan negara tersebut mengharamkan perayaan ituyang disambut pada 14 Februari setiap tahun kerana ia dianggapbertentangan dengan ajaran Islam.
Pihak berkuasa juga meningkatkan pengawasan dan menggenakan tindakankeras bagi memastikan orang ramai mematuhi larangan tersebut.
"Kami sudah seminggu tidak menjual bunga ros berwarna merah," kata seorang pekerja di sebuah kedai bunga di Riyadh, Alan.
Pemilik kedai itu, Mohammad Hassanein al-Hawari berkata, semingguyang lalu seorang anggota penguatkuasa agama Islam atau lebih dikenalisebagai Muttawa mengarahkannya tidak menjual bunga ros berwarna merah.
"Kami juga tidak menjual bekas hadiah berwarna merah kerana tidakmahu dikenakan tindakan seperti ditangkap atau perniagaan kamiditutup," katanya.
Menurutnya, anggota Muttawa juga menyamar sebagai orang awam dandatang memeriksa kedainya bagi memastikan larangan itu dipatuhi.
Seorang anggota Muttawa, Abdurrahman berkata, mereka yang didapatimeraikan sambutan itu atau melanggar larangan kerajaan akan dikenakanhukuman.
"Barat membawa masuk budaya dan sambutan yang bertentangan dengan undang-undang Islam serta mahu kami mengikutinya," katanya.
Pengharaman itu dikuatkuasakan selepas Mufti Arab Saudi, SheikhAbdul Aziz al-Sheikh mengisytiharkan sambutan Valentine Day yangdiambil sempena nama seorang paderi sebagai haram pada 2001.
Bagaimanapun, di beberapa negara Arab yang lain Hari Kekasih disambut dengan meriah dan mula diterima oleh masyarakat.
Di Kuwait, perdebatan berhubung Hari Kekasih semakin hangat apabiladua anggota parlimen mahu kerajaan mengharamkan sambutan itu.
Menurut mereka, sambutan yang dianggap bagi meraikan cinta itumenggalakkan masyarakat terutama remaja melakukan perkara yang tidakbermoral.
Dekan Kolej Syariah di Universiti Kuwait, Mohammad al-Tabtabai jugamengeluarkan satu fatwa bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram.
Bagaimanapun, pasar raya dan kedai bunga di negara itu tetap meriahdengan pelbagai promosi serta hadiah sempena sambutan Hari Kekasih.
Hotel-hotel juga menyiarkan promosi dan potongan harga bagi menarikpasangan kekasih menikmati makan malam dan menginap di hotel.
"Saya tidak faham mengapa mereka mahu mengharamkan Hari Kekasih.Saya tidak fikir sambutan ini bertentangan dengan ajaran Islam," kataseorang pekerja, Mahmoud Ahmad.
Di Bahrain pula, suara pihak yang mahu Hari Kekasih diharamkan semakin tenggelam oleh peningkatan populariti sambutan itu.
Seorang pengurus di sebuah kedai bunga di Manama, Bahrain, VargheseModiyil berkata, permintaan terhadap bunga ros berwarna merah jugasemakin meningkat.
"Pada tahun lalu kami mengimport 20,000 kuntum bunga ros berwarnamerah sempena sambutan Hari Kekasih tetapi tahun ini kami mengimportsebanyak 25,000 kuntum," katanya.
Seorang pekerja bank, Nawaf al-Ghanem berkata, dia seringmenghadiahkan sejambak bunga ros berwarna merah kepada isterinyasempena sambutan Hari Kekasih.
"Ini bukannya satu perayaan yang perlu diucapkan dengan kata-katatetapi ia sebagai tanda bagi memperbaharui cinta kami," katanya.
Di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebuah pasar raya di Dubai menjualpelbagai anak patung, barangan kemas berbentuk hati dan pakaian dalamwanita berwarna merah.
Kedai-kedai hadiah dan kedai emas di Qatar juga memeriahkan sambutanhari kekasih dengan menghias premis mereka dengan warna merah. - AFP
PEMBANTU kedai menyediakan sejambak bunga
di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|