CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6719|Reply: 21

SLE = Systemic lupus erythematosus

[Copy link]
Post time 14-2-2008 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Dr,
aku baru dpt tau tentang penyakit ni ... SLE = Systemic lupus erythematosus
antibodi yg menyerang sendi2 pesakit.

Soalan:
1.  Apa kah penyakit ini bahaya?
2.  Dimana bolih dapatkan rawatan di m'sia ini?
3.  aku mendapat info yg gold injection bleh membantu, ada kah benda ni ada di kl/msia?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 08:41 PM | Show all posts

salam...

saya BUKAN dr,
tapi sekiranya anda bertanya soalan ini, sapa yg bagi info ni?
penyakit ni bukan boleh buat gi klinik and habis , penyakit ini perlukan pemantauan pakar - pakar yang terlibat. Bahaya ? bergantung pada mana sistem badan yang effect.

so saya nasihatkan anda pergi dapatkan rawatan sebenar di kilnik out patient g/men kalau anda menghidap penyakit ni.


any doctors would help?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2008 10:40 PM | Show all posts

Reply #2 mbhcsf's post

thanks ...

Ya. memang dah tau tak bleh ke klinik biasa ... mesti dipantau pakar.

harap ader lagi yg bleh bagi info ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 10:47 PM | Show all posts

well....

macam nilah Puan, Puan dah cari tak persatuan SLE kat Malaysia saya rasa ada.
So kat persatuan tulah Puan boleh seeking for more infos.

dan lagi satu

bagi tahulah masalah Puan kat Doktor yg merawat.
depa bertanggungjawan bagi feedback  atau informational counselling
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2008 11:02 PM | Show all posts

Reply #4 mbhcsf's post

Trima kasih sekali lagi mb ...

tak terfikir pulak cari persatuan SLE kat m'sia ni.  
kalau mb atau sesiapa jer yg terjumpa ttg adanya persatuan ini ...
kalau sudi, share lah kat sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 02:51 PM | Show all posts
hmmm..rasanya SLE xde ubat, so kena dptkan continuous treatment..

one of my cousin kena SLE..memula tgk die, very bad..kurus kering. but under specialist treatment, she's getting better. drpd duk kat rumah, now dah bekerja....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2008 04:18 PM | Show all posts
persatuan SLE malaysia ---- http://www.lupusmalaysia.org/
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 04:20 PM | Show all posts
Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans - 1 dalam 250
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 04:35 PM | Show all posts
di antara isi ucapan bekas menteri kesihatan - chua jui meng ( ketika berucap beliau merupakan menteri kesihatan ) pada 18 mei 2002


.............Para hadirin sekalian,

3. Penyakit "Systemic Lupus Erythematosus", atau
   singkatannya SLE, tidak begitu dikenali oleh orang ramai
   pada masa ini. SLE adalah sejenis penyakit kronik di
   mana terdapat perubahan yang tidak normal di dalam
   sistem pertahanan imun (immune system) pesakit
. Dalam
   keadaan biasa, antibodi yang dihasilkan oleh sistem
   pertahanan imun seseorang itu akan mempertahankan
   tubuhnya dari serangan luar; tetapi bagi pesakit SLE,
   antibodi yang dihasilkan menyerang badan pesakit
   sendiri
. Oleh itu, SLE merupakan suatu penyakit "auto-
   imun"
.

4. Antara tisu badan dan organ yang boleh diserang dan
   dimusnahkan oleh antibodi tersebut adalah kulit,
   jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi-sendi dan
   sistem saraf
. Bergantung pada tisu atau organ yang
   diserang, maka tanda-tanda penyakit ini berbeza dari
   seorang ke seorang
, dan kerapkali boleh disalahdiagnos
   sebagai penyakit lain. Oleh itu, penyakit SLE dikenali
   sebagai "peniru" atau "the great imitator". Penyakit ini
   boleh berlaku secara akut (tiba-tiba) sebagai penyakit
   yang teruk atau diagnosanya mungkin tidak diketahui
   bertahun-tahun lamanya
. Di samping itu, penyakit ini
   menunjukkan masa pulih (remission) yang berselang-seli
   dengan masa bertambah teruk (relapse
).

5. Bagaimana pun, di peringkat aktif penyakit, tanda-tanda
   yang paling kerap dialami adalah seperti keletihan,
   demam, sakit kepala, sakit otot dan sakit sendi-sendi
.
   Sesetengah pesakit menunjukkan tompok merah berbentuk
   "rama-rama" (butterfly-rash) di bahagian hidung dan
   pipi
. Merah kulit boleh berlaku dan menjadi lebih teruk
   jika terdedah kepada cahaya matahari
. Kurang tenaga,
   tidak selera makan, hilang berat badan, gugur rambut dan
   kemurungan
juga biasa berlaku semasa penyakit aktif.

6. Organ yang paling kerap terlibat ialah sendi-sendi,
   terutama sendi-sendi jari, pergelangan tangan dan lutut,
   yang menjadi bengkak dan sakit
. Ini boleh membawa kepada
   kecacatan walaupun jarang sekali menyebabkan lumpuh.
   Penglibatan otak boleh menyebabkan gangguan pemikiran,
   muram, berubah perangai, sawan dan lemah sebelah tangan
.
   Keluarga pesakit mungkin mendapati sukar untuk
   menyesuaikan diri dengan perubahan perangai pesakit,
   tetapi amat penting bagi pesakit untuk mendapatkan
   sokongan emosi dan moral daripada keluarganya pada saat-
   saat ini. Kegagalan buah pinggang akibat penyakit ini
   boleh menyebabkan maut
. Oleh itu, pengenalan gejala-
   gejala penyakit ini amatlah penting agar rawatan yang
   sesuai dan efektif dapat dimulakan dengan cepat.

7. Walaupun banyak kajian telah dilakukan oleh para saintis
   di seluruh dunia, sehingga sekarang mereka masih belum
   mengetahui penyebab atau punca sebenar penyakit ini dan
   cara-cara berkesan untuk mencegahnya. Sehingga kini
   faktor yang merangsangkan sistem pertahanan pesakit
   menjadi tidak normal belum diketahui
. Penyakit ini tidak
   diwarisi secara langsung
, walaupun boleh terjadi sejarah
   penyakit auto-imun di kalangan kaum keluarga. Juga tidak
   ada bukti saintifik sekarang yang SLE disebabkan oleh
   jangkitan
.

8. Penyakit ini bukan sahaja boleh melibatkan lelaki dan
   wanita dewasa, malah juga kanak-kanak di seluruh dunia.
   Bagaimanapun, 90 peratus pesakit SLE terdiri dari kaum
   wanita muda dalam lingkungan umur produktif iaitu 15 -
   40 tahun. Hanya 10% pengidapnya lelaki dan kanak-kanak.
   Di negara barat, statistik mendapati pengidap SLE di
   kalangan masyarakat Afro-Carribean adalah pada kadar
   seorang bagi tiap 250 hingga 500 penduduk; manakala di
   Amerika Syarikat terdapat seorang SLE bagi tiap 2,000
   penduduk. Mengikut kajian yang dilakukan di Shanghai,
   Republik Rakyat China, terdapat seorang yang di serang
   SLE setiap tahun bagi tiap 10,000 penduduk.

9. Di Malaysia, belum ada statistik tepat yang dikumpulkan
   mengenai SLE kerana ketiadaan satu Daftar Kebangsaan SLE
   sekarang. Bagaimanapun, jika kita menggunakan kadar
   prevalen SLE yang dilaporkan di Singapura, iaitu 3 kes
   bagi tiap 10,000 penduduk, maka bilangan kes SLE di
   Malaysia adalah di sekitar 7,000 kes. Ada laporan yang
   menyatakan penyakit ini 1.5 kali lebih berlaku di
   kalangan kaum Cina berbanding kaum India dan Melayu.

10.Sehubungan dengan itu, saya merasa gembira kerana
   selain daripada merasmikan pelancaran Minggu Kesedaran
   SLE pada pagi yang indah ini, saya juga diminta
   melancarkan laman web dan pengkalan data Persatuan SLE
   Malaysia, yang antara lain bertujuan untuk mengumpulkan
   data epidemiologi mengenai pesakit-pesakit SLE bagi
   menubuhkan Tabung Data SLE Malaysia. Maklumat mengenai
   semua pesakit SLE yang baru didiagnos akan diperolehi
   dengan kerjasama semua hospital di Malaysia. Dengan
   adanya Tabung Data ini, dapatlah para doktor dan saintis
   kita memahami penyakit SLE di Malaysia dengan lebih
   mendalam, dan membolehkan kajian bersepadu terhadap
   penyakit ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada
   Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan SLE Malaysia
   atas inisiatifnya memulakan Tabung Data ini.

11.Oleh kerana penyakit SLE ini melibatkan beberapa sistem
   di badan, maka penjagaan pesakit kerap melibatkan
   rawatan 'multidisciplinary,' termasuk Perubatan,
   Rheumatologi, Nephrologi dan sebagainya. Rawatan boleh
   diperolehi di semua hospital kerajaan dan bukan kerajaan
   di negara ini, tetapi saya difahamkan beberapa hospital
   besar telah mewujudkan klinik khas untuk merawat pesakit
   SLE, seperti di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
   Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Selayang,
   Hospital Putrajaya, Hospital Seremban dan Hospital
   Taiping. Saya berharap lebih banyak hospital besar di
   Malaysia akan mengadakan klinik khas di masa depan,
   supaya pesakit-pesakit SLE dan keluarga mereka boleh
   memperolehi rawatan awal dan susulan yang berkesan serta
   pendidikan kesihatan mengenai penyakit SLE dan cara
   membendungnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

12.Saya merasa gembira kerana semenjak penubuhan Persatuan
   SLE Malaysia pada tahun 1994 oleh sekumpulan
   doktor dan pesakit yang komited, pelbagai usaha mendidik
   dan menyedarkan orang ramai tentang penyakit SLE telah
   diusahakan melalui seminar, forum awam, pameran,
   perhimpunan, bahan cetak dan siaran di media massa. Saya
   difahamkan persatuan ini sentiasa mendaftar ahli-ahli
   baru, dan bilangan ahlinya sudah sampai 1,000 orang
   sekarang. Saya berharap lebih ramai pesakit SLE di
   negara ini akan mendaftarkan diri sebagai ahli dan
   menerima manfaat daripada kegiatan persatuan ini.

13.Pelancaran Minggu Kesedaran SLE 2002 pada hari ini
   amatlah bersesuaian dan tepat pada masanya, terutama
   bagi:

i. Mendidik dan menyedarkan anggota kesihatan,
      pesakit, keluarga mereka dan orang ramai
      tentang tanda-tanda dan bahaya penyakit ini;   
      dan
ii. Menjadi satu pelantaran bagi kerjasama
Berpanjangan di antara Persatuan SLE, Kementerian Kesihatan Malaysia
            dan semua hospital di negara ini.

14.Saya difahamkan selepas Majlis Pelancaran ini, siri
   pameran, seminar, forum dan kempen-kempen kesedaran akan
   diadakan di seruruh negara. Ini akan membolehkan
   pesakit-pesakit SLE dan orang ramai mendapatkan
   penjelasan mengenai penyakit ini dan cara-cara
   membendungnya.

15.Kepada pesakit-pesakit SLE, saya ingin menasihatkan
   agar :

        i.    Berfikiran positif dan menikmatilah hidup ini;
        ii.   Menjaga pemakanan seharian;
        iii.  Melakukan senaman ringan untuk memperbaiki  
            sendi;
vi. Mengambil ubat mengikut arahan doktor;
v. Mengelakkan tekanan, samada tekanan emosi atau
                fizikal; dan
vi. Sentiasa mendapatkan rawatan susulan mengikut
                jadual yang ditetapkan.

16.Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya
   ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan SLE Malaysia
   di atas penganjuran Minggu Kesedaran SLE 2002 ini. Saya
   juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
   kasih kepada Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian
   Kesihatan Malaysia, dan semua penderma dan penaja yang
   telah menyumbangkan tenaga, masa dan wang untuk
   menjayakan majlis ini.

17.Dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan
   Pelancaran Minggu Kesedaran SLE 2002 Peringkat
   Kebangsaan.

Sekian terima kasih.

info dari ---- http://blisdemo.bernama.com/article.phtml?SN=0e273ec6447607fbf8650ea2f365c258&s=10&p=10433
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 04:43 PM | Show all posts
Dr, (miskol bukan doktor tapi tolong jawab apa yang miskol tahu )
aku baru dpt tau tentang penyakit ni ...(kuatkan semangat, cari banyak info dan kongsi bersama teman dan keluarga pesakit supaya sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 11:24 PM | Show all posts

Reply #10 miss_kol's post

Terima kasih saudara/i mb, misskol & farlis,

Sungguh terharu mendapat respon/info yg sgt baik dan membantu

Menurut specialist yg merawat, ujian last yr menunjukkan positif, tapi tanda2 tidak menunjukkan ia SLE , so utk mengkonfemkan benda ni...last wk kena buat ujian darah sekali lagi, dan dihantar ke australia dan result akan di ambil dlm minggu depan ni,  aku harapkan mujizat dari Tuhan dlm hal ni.

Mmg stress dengar benda2 ni, tapi hidup mesti diteruskan   terima kasih yg amat sgt sekali lagi miss_kol dgn dorongan dan info yg dibagi ... Aku doakan kebahagian, kesihatan yg baik utk sdra/i.

[ Last edited by  Questa at 15-2-2008 11:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:56 AM | Show all posts
semoga questa pun sihat walafiat - jangan susah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 01:59 PM | Show all posts
ader butterfly rash tak?
hukm berlambak jer SLE dalam ward renal...
diorang treat dgn cyclophosphamide kat sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2008 10:25 PM | Show all posts

Reply #12 miss_kol's post

Thanks ... :cry: :cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2008 10:29 PM | Show all posts

Reply #13 Arissa_Sofea's post

Terima kasih tuk info ni ...
sofea ni kat belfast ke msia?
boli jelas sket ttg treatment cyclophosphamide ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 11:46 PM | Show all posts

Reply #15 Questa's post

aku kat belfast sekarang...yang cyclophosphamide tu aku tak pasti sama ada digunakan lg ke tidak..

aku buat elective masa student dulu kat hukm wardrenal...byk org SLE yang ader kidney failure....mmg treat dgn cyclophosphamide....
rasanyer skang dah guna MMF instead of cyclophosphamide...

anyway, cyclophosphamide ni adalah CHEMOTHERAPY....mmg digunakan untuk treat cancer2 seperti leukaemia, lymphoma, myeloma dan lain2 jenis cancer darah mostly...

tapi cyclophosphamide ni jugak digunakan untuk penyakit2 autoimmune seperti SLEni...tapi diorang guna dalam 'pulsed' therapy...maksudnyer low dose tapi lagi kurang kerap dari cycle chemotherapy....

diorang bagi cyclophosphamide ni ikut intravenous....every month untuk 2-3 tahun kot kalau tak silap...

dengan cara 'pulsed' ni, kurang side effects...

cyclophosphamide ni actionnyer dengan bagi immune system badan kiter terencat...SLE ni badan kita hasilkan antibody yang attack badan sendrik (Type 3 hypersensitivity kot...lupa dah)...so, cyclophosphamide ni mengawal SLE ni la...

[ Last edited by  Arissa_Sofea at 20-2-2008 12:06 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2008 10:34 AM | Show all posts

Reply #16 Arissa_Sofea's post

Thanks dear sofea,

sgt helpful info yg u bagi ... Thanks and thanks.
Tak tau treatment ni ader kat m'sia ker tak ... hopefully ader.
Kalau takder, terpaksa pi uk buat treatment ni kan.  Kat London pun ader family yg tinggal more than 30yrs rasenya kat sana dan ader sekali i ke sana stay for 7 months so tak bermasalah kalau terpaksa buat treatment kat sana.

Baru sedar yg kehidupan ini tidak seindah dan sejahat yg kita jangkakan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 10:57 AM | Show all posts
nak tya la, penyakit sle ni blh berjangkit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 06:40 PM | Show all posts
salam...dapatkan rawatan dengan Dr Luqman dari Luqman Herbs Centre - Pusat Rawatan Tradisional. Beliau merupakan pengamal perubatan AYURVEDA sejak 20 tahun yang lalu. Pusat rawatan beliau terdapat di SUMMIT, Subang Jaya dan Kajang, Selangor. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi beliau di 014 6332307 & layari website beliau di http://www.luqmanherbscentre.com.

*** DR LUQMAN merupakan penggubal sukatan pelajaran (syllabus) untuk perubatan tradisional bagi perubatan AYURVEDA di Malaysia yang dilantik oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang mana ianya akan diajar di kolej-kolej kemahiran tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 11:13 PM | Show all posts
nak tya la, penyakit sle ni blh berjangkit ke?
perantau_79 Post at 20-11-2011 10:57


TIDAK...benda nie sistem tubuh individual..takde kena mengena ngan orang lain..kecuali mungkin genetik pastinya ade kaitan la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.181706 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list