CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2555|Reply: 8

virus handphone

[Copy link]
Post time 21-2-2008 06:32 AM | Show all posts |Read mode
Waspada virus telefon bimbit

Susunan ADHAM SHADAN


Semakin pasaran telefon bimbit berkembang dengan peningkatanpenggunaan internet dan muat turun, semakin cenderung virus ataupepijat menyerang telefon bimbit anda.


AKTIVITI internet dan muat turunmenerusi telefon
bimbit telah meningkatkan risiko telefon bimbitdijangkiti virus. - Gambar hiasan


SELAMA ini, kita sering mendengar tentang virus komputer, tetapiakhir-akhir ini istilah virus telefon bimbit mula kedengaran dandijangka akan menjadi popular di pendengaran anda.

Sungguhpun serangan virus telefon bimbit masih jarang, namun bahayaancamannya kian berkembang seiring dengan peningkatan bilangan penggunayang mengakses internet dan memuat turun fail dengan telefon bimbitmereka, kata pakar.

Satu tinjauan yang dikeluarkan pada minggu ini di Kongres IndustriMudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa hanya 2.1peratus pengguna telefon bimbit yang mengalami serangan virus. Merekajuga mendapati hanya 11.6 peratus pengguna mengetahui jika ada telefonbimbit kepunyaan rakan mereka diserang virus.

Kajian oleh pakar sekuriti teknologi maklumat (IT), McAfee,berasaskan 2,000 responden di Britain, Amerika Syarikat (A.S) dan Jepunitu juga menunjukkan bahawa 86.3 peratus daripada mereka tidak pernahberpengalaman diserang virus telefon bimbit.

Tinjauan tersebut bagaimanapun mencadangkan bahawa semakin pasarantelefon bimbit berkembang dengan peningkatan penggunaan internet danmuat turun, semakin cenderung untuk virus atau pepijat menyerangtelefon bimbit.

Sebagai contoh, serangan virus di Jepun iaitu negara pasaran telefonbimbit paling membangun di dunia adalah yang paling biasa berbandingtempat-tempat lain.

"Kita patut melihat di Jepun masa kini yang mana ia merupakangambaran teknologi mudah alih masa depan dunia," kata Graham Cluley,seorang perunding di Sophos, sebuah lagi firma sekuriti IT.

"Saya tidak terkejut, jika kita melihat masalah ini berkembangkerana telefon kini berkembang menjadi komputer mudah alih," tambahnya.

Laman web www.mobilephoneviruses.com yang mengesan insiden jangkitan virus telefon bimbit, menyenaraikan beberapa virus seperti Skulls, Velasco dan Commwarrior.


VIRUS telefon bimbitbukanlah isu besar sekarang tetapi ia mempunyai potensi untuk menjadipolemik pada masa depan. - Gambar hiasan

Sejenis virus juga telah menyerang kira-kira 110,000 telefon bimbitdi Sepanyol tahun lalu, menyerang telefon bimbit yang dioperasikandengan sistem operasi Symbian. Ia tersebar menerusi mesej MMS atau teksmesej mengandungi audio, video atau fail gambar.

"Virus bukanlah isu besar sekarang tetapi ia mempunyai potensi untukmenjadi polemik pada masa depan apabila penggunaan internet lebihmeluas," kata penganalisa di syarikat penyelidikan pasaran Forrester,Pete Nuthall.

Industri telefon bimbit kian berkembang apabila pemilik telefonbimbit kini menggunakan telefon mereka lebih daripada sekadar membuatpanggilan dan mengirim mesej.

Sedangkan, dua fungsi ini kian dipinggirkan di negara-negara majudengan memberi tumpuan kepada penawaran fungsi internet, video, gamedan pemetaan.
[table=150][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]="VIRUS telefon bimbitbukanlah isu besar sekarang tetapi ia mempunyai potensi untuk menjadipolemik pada masa depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2008 10:01 AM | Show all posts
sapa ADHAM SHADAN ni...??

First time pakai symbian phone ker....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #2 musang_pulut's post

napa cakap camtu sang
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 10:46 AM | Show all posts

Reply #3 sixfullbar's post

BERDASARKAN CARA PENULISAN DIA SIX...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 10:51 AM | Show all posts
dia menulis guna symbian ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by DewaGanaZ at 21-2-2008 10:51 AM
dia menulis guna symbian ke??


BKN TU MAKSUD AKU

AKU QOUTE BALIK
"SELAMA ini, kita sering mendengar tentang virus komputer,tetapi akhir-akhir ini istilah virus telefon bimbit mula kedengarandan dijangka akan menjadi popular di pendengaran anda."



PERIHAL VIRUS SYMBIAN PHONE NI DAH LAMA DAN DAH POPULAR PON....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2008 11:26 AM | Show all posts
ni article tahun 2005 kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 11:29 AM | Show all posts

Reply #7 DewaGanaZ's post

ARTIKEL NI BARU DEWA...
AKU REFER Kongres Industri Mudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol

CONGRESS NI 11-14 FEB LPS....

TAK PE LA... GOOD ARTIKEL ACTUALLY...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2008 11:34 AM | Show all posts
tu ler pasal....

risau gak kena virus..aku dah ler selalu surf pakai hp nih...

aku install kaspersky mobile trial 1 bulan je..

ade lubang serials?? hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051406 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list