CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8844|Reply: 35

helen keller yang luar biasa ..

[Copy link]
Post time 17-3-2008 07:03 AM | Show all posts |Read mode
Keluarbiasaan Helen Keller

HELEN ADAMS adalah orang buta pertama yang berjaya
menamatkan pengajian di kolej.

Helen sentiasa diingati dalam sejarah sebagai seorang wanita yang luar biasa kerana mampu meraih kejayaan seperti manusia normal

DI sebuah pekan kecil di selatan Tuscumbia, Alabama, salah satu 'keajaiban dunia' telah berlaku di sana. Ia bermula pada satu hari yang cerah dalam musim bunga pada tahun 1887.

Gumpalan awan putih indah menghiasi langit yang kebiruan dan kelihatan burung-burung berterbangan sambil hinggap di pokok-pokok oak dan mapel.

Bunga-bunga pelbagai warna pula berguguran ke tanah sekali gus menghiasi kawasan sekitarnya. Namun kesemua itu tidak dapat dilihat dan didengari oleh seorang gadis manis yang berusia tujuh tahun.

Berdiri di sebelah gadis bernama Helen Adams Keller yang buta dan pekak sepenuhnya itu, adalah seorang wanita muda, Anne Mansfield Sullivan.

Sullivan kemudian mengambil air sejuk dan diletakkan ke dalam salah satu tangan gadis tersebut sambil berulang-ulang menyebut kod abjad mengandungi lima huruf secara perlahan-lahan.

Keadaan itu berterusan di mana Helen dengan cermat dan teliti berusaha untuk memecahkan dunianya yang penuh kesunyian.

Tiba-tiba, satu isyarat melintas di dalam kepala Helen yang menyedari bahawa ia membawa satu makna. Dia kemudian mengetahui bahawa ejaan 'w-a-t-e-r' yang disebut oleh Sullivan ialah sesuatu yang sejuk yang mengalir di tangannya.

'Kegelapan' mula cair di fikirannya seperti ais pada bulan Mac yang penuh cerah itu. Menjelang senja, Helen telah pun mempelajari 30 perkataan.

Sejak itu bermulalah dunia baru Helen yang mahu membuktikan keupayaan dirinya meskipun dia buta dan cacat.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Helen, dia merupakan seorang penulis, aktivis dan pensyarah yang terkenal di Amerika Syarikat (AS). Helen juga adalah orang buta pertama yang berjaya menamatkan pengajian di kolej.




Dia sentiasa diingati dalam sejarah sebagai seorang wanita buta dan pekak yang luar biasa kerana mampu meraih kejayaan seperti manusia normal.

Helen kemudian telah mendedikasikan seluruh kehidupannya untuk memperbaiki keadaan orang buta dan pekak di seluruh dunia dengan menyampaikan syarahan berbentuk motivasi.

Di mana sahaja dia muncul, Helen berjaya membawa keberanian dan semangat baru kepada jutaan orang buta di seluruh dunia.

Gurunya, Sullivan pula dikenang sebagai Miracle Worker kerana semangatnya dan usahanya.

Menyelusuri lembaran kehidupan wanita ikonik ini, Helen dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak yang comel dan sihat pada tanggal 27 Jun 1880 di sebuah pekan kecil di Tuscumbia, Alabama.

Helen merupakan anak kepada Kapten Arthur H. Keller, bekas pegawai Confederate Army dan pasangannya, Kate Adams Keller, sepupu kepada Robert E. Lee dan anak perempuan Charles W. Adams, bekas jeneral Confederate.

Bagaimanapun, derita Helen bermula ketika dia berusia 19 bulan selepas diserang pelbagai penyakit sehingga menyebabkan bayi comel tersebut buta dan pekak sepenuhnya.

Pada usia enam tahun, Helen dibawa berjumpa Dr. Alexander Graham Bell oleh kedua ibu bapanya. Disebabkan lawatan itu, Helen kemudian bertemu dengan Sullivan pada 3 Mac 1887.

Sullivan sejak itu mula mendampingi Helen setelah menyedari gadis kecil tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.
Bertindak sebagai guru kepada Helen, Sullivan ternyata berjaya dalam tugasannya.

Menjelang bulan Ogos, iaitu dalam masa enam bulan, Helen telah dapat mempelajari dan mengetahui 625 perkataan.


FOTO kenangan Sullivan (kanan) sewaktu mengajar Helen ketika usianya 8 tahun.

Pada tahun 1888 Helen menghadiri kelas Royal Institue For the Blind. Enam tahun kemudian, Helen dan Sullivan berhijrah ke New York bagi meneruskan persekolahan di Wright-Humason School for the Deaf dan Horace Mann School for the Deaf.

Pada tahun 1896 pula, mereka kembali ke Massachusetts dan Helen memasuki The Cambridge School for Young Ladies sebelum diterima melanjutkan pengajian di Radcliffe College pada tahun 1900.

Pada usia 24 tahun, Helen berjaya menamatkan pengajiannya dari Radcliffe College pada 1904 sekali gus menjadi orang buta dan pekak pertama meraih ijazah dalam jurusan Bachelor of Arts.

Selepas menamatkan pengajiannya, Helen mula menjadi penceramah dan mengembara di seluruh dunia bersama Sullivan bagi memberi syarahan dan membantu golongan pekak serta buta keluar daripada kepompong permasalahan mereka.

Selain itu, Helen turut menjadi penulis dan menerbitkan sebuah buku autobiografi bertajuk The Story of My Life.

Secara keseluruhan, Helen telah menulis 12 buah buku sepanjang hayatnya. Antaranya bertajuk The World I Live In (1908), Out of the Dark (1913), My Religion (1927) dan Light in My Darkness.

Mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai wanita berjaya, Helen menubuhkan Helen Keller International, sebuah pertubuhan untuk melindungi golongan buta pada tahun 1915.

Sementara pada tahun 1920, dia membantu menubuhkan American Civil Liberties Union (ACLU).

Bagaimanapun pada tahun 1961, Helen mengalami beberapa siri serangan strok dan ini menyebabkan dia terpaksa menghabiskan masa di rumahnya untuk berehat dan menerima rawatan.

Sebagai menghargai jasa-jasanya, pada 14 September 1964 Presiden Lyndon B. Johnson telah menganugerahkan Helen, pingat Presidential Medal of Freedom, salah satu pengiktirafan tertinggi AS terhadap orang awam.

Pada 1965 pula, Helen dipilih sebagai Women's Hall of Fame di New York World's Fair. Helen telah mengabdikan seluruh kehidupannya untuk mencari dana bagi American Foundation for The Blind.

Setelah mengharungi kehidupan di dunia dengan penuh sabar dan tabah, Helen akhirnya meninggal dunia sewaktu dalam tidur pada 1 Jun 1968 di Arcan Ridge berhampiran Westport, Connecticut.

Helen dikebumikan di National Cathedral di Washington bersebelahan makam guru dan teman sejatinya, Sullivan. - Agensi



aku ada baca sejarah ttg helen keller ni..  a woman with a great inspiration.. aku rasa ramai pompuan out there yg patut ikut semangat yg ada macam helen.. walau pun buta dan cacat tapi seorang yg tabah dan penuh kesabaran.. cheh bukan pompuan aje yg patut ambil banyak iktibar dari hidup helen, lelaki pun look at this in admiration.. aku admire helen.. bila baca tentang dia aku rasa, kalu aku nak cari bini, buta, pekak, cacat.. bukan jadi ukuran.. tapi kebijaksaan dan juga kesabaran yg tinggi..  ada ke pompuan mcm helen sekarang ni ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2008 08:20 AM | Show all posts
I've read about her on wikipedia. A true inspiration to all.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 09:09 PM | Show all posts
very inspiring
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:05 PM | Show all posts
sungguh menakjupkan kisah helen ini....


kalau mat rempit baca pasal helen tentu akan ada yang insaf...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:06 PM | Show all posts
sungguh menakjupkan kisah helen ini....


kalau mat rempit baca pasal helen tentu akan ada yang insaf...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:06 PM | Show all posts
sungguh menakjupkan kisah helen ini....


kalau mat rempit baca pasal helen tentu akan ada yang insaf...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2008 11:07 PM | Show all posts

Reply #4 ninja9's post

masalahnya, mat rempit kat Malaysia ni diiktiraf sbg Mat Cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:07 PM | Show all posts

Reply #4 ninja9's post

masalahnya, mat rempit kat Malaysia ni diiktiraf sbg Mat Cemerlang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2008 11:13 PM | Show all posts
dulu dah ada dah cerita nih..   citer omputih gak, yang bengang nyer, ada citer hindustan dia tiru bulat2 cerita nih, cuma cikgu tu laki, hero dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:50 PM | Show all posts
dia sgt tabah dengan segala kekurangan yang ada..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:53 PM | Show all posts
amazed with her....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 12:34 AM | Show all posts
fuiyoo.. tenangnya air muka dia, sejuk hati tengok..

budak tu ek..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 08:21 AM | Show all posts
HIndustan ambik cerita ni, tajuk nya BLACK...

Lakonan Rani Mukherjee dan Amitabh Bachan...

Cerita ni mmg meruntun perasaan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 08:58 AM | Show all posts
letak la cite ni kat board history, myth & legend
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 06:05 PM | Show all posts
Lucu la style rambut dia tuh..
memang sah dandan rambut lam gelap...wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 17-3-2008 11:07 PM
masalahnya, mat rempit kat Malaysia ni diiktiraf sbg Mat Cemerlang


Anne Sullivan untuk Mat Cemerlang ni ialah Khairy Jamaludin....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 11:59 PM | Show all posts
helen keller nie memang special....
sy tgah wat assigment  pasal dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 01:30 AM | Show all posts
Truly inspiring. The best thing about human is the way how they inspire others to live life to the fullest.

Amongst them, these two women, are such of them.

1. Helen Adams Keller
You just taught us the real meaning of 'anything is possible'

2. Anne Mansfield Sullivan
'Hope' is the word you had taught us
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:08 AM | Show all posts
dulu dah ada dah cerita nih..   citer omputih gak, yang bengang nyer, ada citer hindustan dia tiru ...
kroit92 Post at 17-3-2008 23:13



yup.penah tgk citer dia. meleleh air mata tgk. budak tu mmg terel gile berlakon. tp yg versi hindustan i xbrp gemor. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:32 AM | Show all posts
HIndustan ambik cerita ni, tajuk nya BLACK...

Lakonan Rani Mukherjee dan Amitabh Bachan...

Cer ...
matdue77 Post at 18-3-2008 08:21


rasanyer sy pnah tgk cter yg hindustan tu...mmg sedih tp ttp blh bg inspirasi kt kta....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.234700 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list