|
Akhirnya Siti bertemu Celine Dion
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]
SUDAH lama artis ternama tanah air, Datin Seri Siti Nurhaliza berhajat untuk menemui penyanyi tersohor dunia, Celine Dion. Dalam pelbagai temu bual dengan media sebelum ini, itulah keinginan yang sering disuarakan penyanyi nombor satu negara itu.
Kata Siti, andai peluang itu diperoleh, dia mahu berbual, berkongsi pengalaman selain menghadiahkan penyanyi kesayangannya itu albumnya.
Dan semua itu, bukan lagi mimpi buat Siti. Keinginan dan hasrat Siti akhirnya termakbul juga.
Kunjungan singkat penghibur yang cukup popular dengan lagu My Heart Will Go On itu memberi peluang keemasan buat Siti bertemu dan berbual mesra seperti mereka sudah lama berkenalan.
Pada satu pertemuan eksklusif yang diatur oleh kenalan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur kelmarin, Siti bagaikan tidak percaya, dia berpeluang bertentang mata dengan Celine.
Selain Siti dan suaminya, Khalid, turut serta dalam pertemuan itu ialah anak tiri Siti, Aazief.
Seperti peminat lain yang sentiasa mendambakan peluang bertemu penyanyi kesayangan mereka, sikap dan telatah Siti saling tidak ubah seperti itu.
Apa lagi, bintang yang ingin ditemui Siti tempoh hari ialah ikon yang juga inspirasinya dalam dunia seni suara.
揝ebaik ternampak kelibat dia (Celine), hati Siti berdebar. macam tak percaya yang Siti berada di hadapannya, |
|