View: 26646|Reply: 12
|
[Dunia]
Mangkuk kosong pun kena bayar
[Copy link]
|
|
Mangkuk mi pun kena bayar
Oleh KOSMO!
25 Disember 2024, 9:00 pm
GAMBAR fail seorang pekerja membawa mangkuk mi. - Foto AFP
SINGAPURA – Sebuah gerai mi di Singapura mengenakan bayaran tambahan SGD$0.20 sen (RM0.66) untuk sebuah mangkuk kosong kepada pembeli, lapor portal berita stomp hari ini.
Seorang pelanggan berkata, apabila dia ingin tahu mengapa dikenakan caj tambahan, peniaga gerai itu memberitahunya bahawa ia adalah disebabkan kerajaan.
Dia pergi ke sebuah pusat jualan makanan untuk bersarapan pagi bersama isterinya dan memesan semangkuk mi sup dari gerai berkenaan.
“Saya kemudian mengambil mangkuk kosong kecil dari gerai itu untuk berkongsi makanan dengan isteri saya,” katanya.
Namun, peniaga memberitahu saya bahawa harganya SGD$0.20 sen.
“Saya bertanya kepadanya untuk apa caj tambahan itu. Dia berkata, ia adalah untuk mencuci mangkuk dan dicaj oleh kerajaan.
“Saya beritahu dia bahawa ini mengarut. Dia menjawab bahawa saya patut mengadu kepada kerajaan, dan bukannya dia,” ujar pelanggan tersebut.
Akhirnya, pelanggan itu tidak mengambil mangkuk tambahan. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eh jab, kau kedeks terukz la beli semangkuk mee sup pastu nak share dgn bini. Nak kena charge 20 sen pun nak sentap? Kau x nampak ke siapa yg duk kutip basuh pinggan mangkuk kotor kat food court sana, semua warga emas weh. Kalau kedekz sangat bungkus la makan kat rumah kau nak share dgn bini jiran anak beranak pun x kisah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Australia satu masa dulu ko minta cawan kosong pun dia caj berisi.
|
|
|
|
|
|
|
|
indeed! depa ingat air, sabun, sponge, tukang cuci mangku tu free subsidi gamaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
BTW apa agenda berita BM guna gambar makcik bertudung while berita BI guna gambar tangan berbulu?
Nama lokasi pun Zion Road selayaknya lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Type mana2 pg perangai sama.bayar la 20 sen, kedek pulak, semua nk free |
|
|
|
|
|
|
|
Klu bisnes besar cm Starbucks ke ape..buat cmni xpela
Klu bisnis kaki lima.kedai tepi jln..risiko kurang pelanggan gara2 20sen tu..tindakan bodoh juga
Elok niaga tanpa mangkuk je .minta customer bwa mangkuk,cwn sndiri dri uma |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 25-12-2024 10:12 PM
Eh jab, kau kedeks terukz la beli semangkuk mee sup pastu nak share dgn bini. Nak kena charge 20 se ...
Kadang bukan kedeks
Tapi sebab tak habis makan.
Nak pulak Mangkuk besar mcm restoran chef wan tu. Tak suka aku pegi kedai portion besar ni sebab tak habis makan |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 mintak mangkuk kosong, nak letak makanan dari kedai lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ko ni mesti set2 penjual! Tak pun set2 T20! Set2 macam kolah yang buatkan rakyat marhaen/b40 rasa teragak2 nak komen lepas baca komen ko!
|
|
|
|
|
|
|
|
menyampah gile baca komen2 yang asyik nak menangkan penjual!
Use our voices as consumers. Boikot kedai2 yang charge ni. Buat aduan di tribunal pengguna. Biar suara kita kuat. Jangan bagi peluang untuk golongan peniaga normalisasikan benda2 camni. Skit2 nak henyak pengguna/pembeli. Babbbbbbbb!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Eh kenapa pulak double standard?! Aku x faham apsal bisnes besar boleh dapat tiket buat dan isnes kecik x boleh buat pulak?! Atas dasar apa? Sepatutnya, by right, bisnes besar atau bisnes kecik x perlu buat camni pun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|