View: 2057|Reply: 9
|
Apa/Kenapa: Kehebatan band indie
[Copy link]
|
|
Apa/Kenapa: Kehebatan band indie
utusan online
20/4
KUMPULAN HUJAN
--------------------------------------------------------------------------------
ORANG kata budak-budak indie band attitute. Wanda tidak banyak mengenali mereka maka tidaklah boleh Wanda katakan bagaimanakah sikap sebenar mereka. Yang Wanda tahu, budak-budak indie mempunyai bakat besar dalam muzik. Mereka main muzik dengan baik, juga boleh menyanyi dengan baik.
Mereka juga mempunyai pengaruh besar dalam persekitaran muzik mereka. Jika tidak takkanlah ada kawan-kawan Wanda sanggup pergi sampai ke luar kota semata-mata nak menonton gig mereka.
Itu belum layan gig di ibu kota yang hampir saban minggu aktif menganjurkan persembahan pada skala yang kecil dan mendapat sambutan hangat daripada kalangan penggemar mereka. Orang kata, layan kalau dengar budak-budak indie main muzik.
Sekarang semakin banyak band indie dah dikenali dalam arus perdana. Antaranya yang semakin hebat tentunya kumpulan Estranged yang turut berbangga dengan pencapaian tertinggi bergelar juara pada Juara Lagu ke-22 baru lalu.
Dan apabila Universal Music Malaysia mengedarkan album kompilasi Support Our Local Acts! (SOLA) yang diterbitkan oleh Malaya Rekords yang menghimpun 20 kumpulan underground tempatan pelbagai genre umpamanya indie, punk rock dan thrash metal, ramai yang mula buka mata. Anak-anak muda tak payah kiralah kan. Yang bukan muda pun dah mula menyukai lagu-lagu mereka. Beberapa kumpulan indie mula dikenali.
Hujan merupakan antara kumpulan pemuzik indie terbaru dalam industri muzik tanah air yang mengetengahkan gaya muzik rock moden yang segar. Lagu Bila Aku Sudah Tiada sekarang ini berlumba-lumba dimainkan di stesen-stesen radio tempatan.
Kalau dulu-dulu, antara kumpulan underground yang menembusi pasaran arus perdana yang Wanda tahu antaranya The Pilgrims, Cromoks dan FTG sekadar menyebut beberapa nama. Dan bukan semua mampu menerima konsep muzik yang mereka mainkan kecuali yang benar-benar kepala 慴atu dan golek |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo setakat lagu tu pusing2 kat malaysia jek, dok diam2 je la indie oi..
nidji da lepas da international..gse pon da lepas..
so takyah ar budak2 indie nk blagak bebas abes... |
|
|
|
|
|
|
|
merepek la Indie band ni! lagu merapu! pagi yg gelap la.. ape la.. merapu merapu! aku cukup tak boleh terima kedatangan band indie ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mzr's post
Muzik sesuatu yg sangat universal dan artisitik
Kemunculan Indie merupakan satu kepelbagaian dan keterbukaan
para pendengar di Malaysia yang semakin matang.
Ni satu apresiasi terhadap seni dan sudah semestinya bagi yang minat dan menghayati dgn perspektif berbeza akan sedar kejiwaan dan
keunikan muzik sebegini...
Bagi yang tidak berminat dan tidak serasi dgn muzik sebegini
teruskan setia dlm arus perdana.
Tiada had dlm pengkaryaan dan kreativiti seni.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku biarlah dorang terus berusaha utk naekkan lagu2 dorang dalam muzik bawahtanah ni sebab kalau ikot aku la,better kita sokong dorang drpd sokong lagu indon |
|
|
|
|
|
|
| |
|