View: 20335|Reply: 109
|
Ilmu Berjalan Pantas
[Copy link]
|
|
Ada ketika dan waktunya kita menghadapi saat-saat genting seperti terpaksa pergi ke sesuatu tempat dalam keadaan masa terlalu singkat dan terhad.Bagi masyarakat kita di kala ini, situasi sedemikian tidak menjadi masalah jikalau mereka mempunyai kenderaan bermotor.Namun begitu, bagi masyarakat Melayu lama terutama para pendekar serta hulubalang yang mengetuai para pejuang di medan pertempuran, ilmu berjalan pantas menjadi senjata yang lebih tajam dan bisa dari mata keris yang terhunus di tangan.Mereka yang memiliki kepandaian ilmu sering kali ditugaskan sebagai perisik bagi meninjau dan merisik gerak geri musuh.Seandainya musuh datang menyerang mereka akan membawa khabar berita kepada pusat kawalan.Istimewanya langkahdan gerak geri perisik ini amat sukar untuk dikesan kerana sekiranya mereka dikejar atau diekori perisik tadi dapat menghindarkan diri dengan berjalan pantas kebih dari biasa.Lebih cepat musuh mengejar lebih laju langkah perisik itu. Yang anehnya secara lahiriah kita lihat langkah jalan mereka seperti biasa tetapi kelajuannya amat luar biasa.Pernah suatu ketika seorang pencuri berlari melintas seorang tua yang bongkok tiga. Tidak berapa lama selepas itu datang seorang gadis dar arah belakang dan menanyakan sama ada orang tua itu melihat seorang pemuda berlari melintasinya.Orang tua yang bongkoo tiga itu mengatakan dia nampak seorang pemuda berlari tergesa-gesa melintasinya tetapi dia merasa hairan kenapa pula gadis itu bertanyakan darihal pemuda tadi.Setelah diceritakan rupa-rupanya pemuda tadi telah menyamun wang dan barang kemas gadis tersebut.Dengan tenang orang tua itu menyuruh gadis itu bersabar dan tunggu sahaja di situ manakala beliau akan cuba mendapatkan semula wang dan barang kemas yang disamun itu.Gadis yang sedang kebingungan itu tercengang dengan kata-kata orang tua itu tetapi di dalam keadaan yang serba salah dia membiarkan sahaja dan mengharapkan sesuatu yang luar biasa akan berlaku.Sebelum beredar orang tua menanyakan di manakah rumah gadis tersebut. Sambil menoleh....arghhhhhh...lenguhnya taip wehhh....Go tu final citer lah...akhirnya gadis tersangkut ngan orang tua bongkok tiga tu dan hidup aman damai ever after (rekaan semata-mata).Ilmu ni hanya berkesan dalam keadaan terdesak sahaja (insya allah).Amal ayat ke 10, Surat As-Sabak.Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. Kami berfirman: "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud". Dan Kami telah melembutkan besi untuknya.PERINGATAN: Sila rujuk kepada Al-Quran untuk mendapatkan bacaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 alhaadi2's post
pandainya reka cerita..mesti menang peraduan menulis cerita disekolah dulu ye! ok la tu ..satu huraian yang menarik...tapi ngapalah tang orang tua tu punya kebolehan tak diceritakan??last2 dah macam cite cinderella je....pengajarannya di sini banyak ayat2 Al quran dapat diaplikasikan dalam hidup,selain sebagai panduan hidup,ia dapat memberi manfaat pada kita jika mengamalkan ayat2 tertentu untuk hal2 kehidupan..cuma tinggal lagi iktiqad kita bukan lah kerana ayat itu kita berjaya ..tetapi yakinlah Al Quran itu kalamullah dan hanya dgn izinNya kita mampu lakukan sesuatu.. |
|
|
|
|
|
|
|
owh.. menarik..
ilmu pantas..
macam pernah dengar, tapi dalam versi ilmu persilatan lar, untuk berlawan, dia menggunakan ilmu tangan pantas, bila menumbuk tak nampak, sebab laju sangat, jikalau waktu malam menggunakan ilmu tu, oleh sebab tangan terlalu pantas menumbuk, bayang2 yang dihasilkan akan menjadi banyak, manusia ada 2 tangan, bila guna ilmu tu waktu malam, bayang2 akan membuatkan tangan mereka kelihatan seperti 7-8 sedang menumbuk dengan laju..
|
|
|
|
|
|
|
|
ilmu berjalan pastas ni ada kaitan dengan formula speed = distance / time, untuk berjalan dengan laju maka anda bolehlah mempercepatkan kadar langkah anda, kalau anda langkah biasanya dalam 20 cm anda tambahkan jadi 40 cm sekali langkah dan kalau anda ambil masa 3 langkah sesaat anda jadikan langkah anda 4 atau 5 langkah sesaat, cubalah dan amalkan insyaAllah anda akan dapati anda akan berjalan lebih pantas |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 kroit92's post
oleh kerana kepantasan yg teramat akan tangan itu ... akan melahirkan satu keadaan yg dinamakan sakit sendi malahan jua sakit bahu.... ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu Pantas..
InnahuSulaimanaiinahu Abismillahirrahmannirrahim.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak yah pakai ilmu la..pecut langkah seribu udah le. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu baca ayat ni... Tak tahu menjadi ke tidak, masa sekolah menengah dulu selalu beli majalah Beladiri...
Ada ruangan petua, rasanya mmg petua berjalan laju... Tak ingat ayat quran surah apa tapi bacaannya lebih kurang macam nie...
"Wa laqod ataina daawuda minna fadhlan, yaa jibalu auwibi ma'ahu watthoir, waalanna lahul hadid...."
Mungkin ayat 10 Surah Sabak ni kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 miftahuljamilah's post
Miftahul, petua ni betul... tang cerita tu tak tahu lah pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dalam kitab mat kilau.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya amik dlm majalah Pendekar...citer gadis tu tersangkut tu yg saya reka sebab lenguh lah nak nulis.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by highlander07 at 20-4-2008 05:52 PM
Ada dalam kitab mat kilau.. baru nak tanya, camtu ker sebutan ayat....saya x reti sangat ngan jawi ni... tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 aizverus's post
nampaknya ramalan aku bahawa aizverus akan jadi byakuya menjadi hampir nyata...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kecik2 ada baca satu buku. Nak jalan atas air cuma baca bismillah dan percaya dan yakin kekuasaan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 matdue77's post
ye..saya percaya..saja nak usik tuan rumah je..kreatif betul dia! |
|
|
|
|
|
|
| |
|