JAKARTA, 25 APRIL 2008: Sejak sekian lama mendirikan rumahtangga dengan Fahmi Darmawansyah pada awal April 2004, sampai sekarang aktres cantik bertudung, Inneke Koesherawati masih lagi belum dikurniakan cahayamata.
Salah satu sebab kenapa dia tidak mampu memperolehi zuriatnya sendiri adalah kerana dia dikatakan dijangkiti virus toksoplasma sehingga menyulitkan dia untuk hamil. Sebelum ini, aktres Dian Nitami juga pernah menghidap hal yang sama tetapi sekarang isteri kepada aktor kacak Anjasmara itu sudah pun memiliki keturunan sendiri.
Kata doktor, virus itu berpunca daripada kotoran kucing atau bulu haiwan peliharaan yang biasanya mampu menyebabkan keguguran atau kesulitan bagi seseorang wanita untuk mengandung. Jangan Tak Lihat
takde zuriat lagi.. semoga Allah memperolehkan zuriat buat dirinya.. baik orgnya ni. suami dia mesti jenis org baik2 sbb dia bertudung lepas kahwin, cantik gile lak tu!