Video itu tular selepas seorang pengguna X membuat ciapan rasa tidak puas hati terhadap penghasilan video berkenaan.
2025
Nama Ammar sekali lagi dihujani kecaman netizen selepas pihak berkuasa Indonesia mengesahkan kehilangan ahli pasukannya sebagai satu cerita palsu dan lakonan semata-mata.
Jurucakap polis daerah Panyileukan dikenali sebagai Kompol Kurnia berkata, ia adalah satu bentuk kandungan sensasi yang dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.
Kontroversi kehilangan Eyka mengundang kemarahan ramai apabila ia disahkan hanya lakonan semata-mata.
Terdahulu, Eyka yang juga rakan kepada Ammar dilaporkan hilang di dalam hutan sebelum ditemukan selamat pada pukul 10 malam Rabu, dalam keadaan lemah.
Jadi jika dilihat sejarah kontroversi melibatkan Ammar sehinggalah kes terbaharu di Indonesia, maka tidak salah untuk dikatakan dia adalah individu yang menjadi sasaran kemarahan ramai ketika ini.
Malah, kebencian terhadap personaliti muda itu jelas dapat dilihat menerusi kecaman serta hinaan yang dilemparkan warga maya di media sosial.
Untuk rekod, Ammar memiliki lebih 2.7 juta subscribers di YouTube.
Sumber: mStar