CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3069|Reply: 7

Naval Terms

[Copy link]
Post time 16-5-2008 11:17 AM | Show all posts |Read mode
ISTILAH-ISTILAH DLM KAPAL


Naval Terms adalah istilah yang diguna dan dipertuturkan dalam tentera laut. Dalam bidang penulisan pula, penggunaan istilah-istilah ini begitu meluas. Ia bertujuan untuk memudahkan lagi pemahaman seseorang tanpa menggunakan perkataan sebenar yang mungkin lebih susah untuk diperjelaskan erti katanya.


ADMIRAL

揂dmiral
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2008 11:18 AM | Show all posts
DUFFLE

揇uffle
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 11:19 AM | Show all posts
DEVIL TO PAY

Pada masa kini, ungkapan Devil To Pay diguna untuk menerangkan tentang hasil yang kurang memuaskan daripada sesuatu tindakan yang diambil. Keadaan ini sama s e p e rti seseorang yang menyesali perbuatannya di mana perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan. Akibatnya, 擳here will be the devil to pay
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 11:20 AM | Show all posts
LOG BOOK

Pada zaman kapal layar silam, rekod-rekod kapal ditulis di atas kepingan-kepingan kayu. Kepingan-kepingan ini akan dicantumkan agar ia kelihatan seperti sebuah buku. Hasil cantuman kepingan-kepingan kayu ini dikenali sebagai Buku Log (Log Book). Namun demikian, walaupun penggunaan kertas telah mula diperkenalkan, istilah Log Book tetap dikekalkan sehingga kini.


MAYDAY

Mayday yang bermaksud 擳olong Saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 11:22 AM | Show all posts
Ahoy

Panggilan atau teriakan tradisi untuk menarik perhatian bot-bot dan kapal-kapal lain. Ia sebenarnya berasal dari teriakan perang bangsa Viking


Adrift

Adrift merujuk kepada mana-mana barang dari kapal yang terjatuh ke laut. Barang tersebut seterusnya ketinggalan di belakang sedangkan kapal terus bergerak ke hadapan. Istilah ini digunakan untuk anggota yang tidak hadir tanpa cuti atau lambat melapor dalam manamana perbarisan atau temujanji.


Barrack Stanchion

Stanchion merupakan pagar yang terletak di sekeliling kapal bagi menghindari anggota daripada jatuh ke laut. Barrack pula adalah tempat kediaman tentera di pangkalan. Gabungan istilah ini digunakan bagi anggota yang bertugas di kapal dengan tempoh yang lama ketika kapal berada di pangkalan.


Bright Work

Bright Work adalah keadaan di mana anggota melakukan kerjakerja mengilat sebarang tembaga di kapal atau pangkalan contohnya seperti mengilat tanda nama organisasi atau sebagainya. Istilah ini juga digunakan bagi sebarang barangan tembaga yang perlu dikilatkan.


Bundle Man

Bundle Man lebih merujuk kepada anggota berkahwin yang berkhidmat di kapal. Istilah ini sering digunakan ketika mereka membeli barangan keperluan rumah dalam kuantiti yang banyak sebelum belayar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 11:22 AM | Show all posts
Crow抯 Nest

Burung raven atau crow (gagak) digunakan semasa zaman Viking sebagai bantuan navigasi. Burung ini dibawa ketika pelayaran dan akan dilepaskan bagi membantu mencari arah daratan terutama sekali ketika kapal sedang berada dalam keadaan cuaca buruk. Sangkar burung tersebut diletakkan di bahagian paling atas tiang atau mast kapal. Ketika pemerhati kapal ( look out) diperlukan untuk tujuan ini, sangkar yang digunakan di bahagian atas mast utama dipanggil crow抯 nest. Sehingga kini, tugasan sebagai pemerhati kapal (look out) masih memainkan
peranan penting dalam menentukan keselamatan kapal. Namun, mereka ini tidak lagi ditempatkan di atas mast utama dan istilah crow抯 nest hanya merupakan istilah dari zaman silam.


Eight Bells

Pada zaman dahulu sebelum kewujudan jam loceng, terdapat kesukaran kepada anggota kapal untuk membezakan masa bagi setiap awasan atau watch di kapal. Justeru, kaedah mengetuk loceng di kapal digunakan. Loceng ini akan diketuk sekali bagi setiap setengah jam yang berlalu. Setelah awasan empat jam selesai/tamat, sejumlah lapan loceng akan dibunyikan. Ketukan loceng sebanyak lapan kali ini akan ditunggu-tunggu oleh warga kapal kerana ia melegakan mereka di mana ia bermaksud semua awasan berada dalam keadaan selamat. Ketukan loceng ini seterusnya diikuti dengan laporan eight bells and all is well.


Fathom

Fathom berasal dari perkataan Anglo-Saxon faetm yang bermaksud pelukan. Kebanyakan istilah dan kaedah pengukuran pengukuran yang digunakan adalah diperolehi dari bahagianbahagian tubuh manusia. Contohnya seperti 揻oot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2008 03:12 PM | Show all posts
You lupa lagi satu istilah naval yang paling penting ..yang sejak dari dulu lagi dipraktikan sehingga hari ini...



ABANDONED SHIP

Istilah yang digunakan apabila di dapati kapal anda tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu ditinggalkan dengan segera

.....hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 05:46 PM | Show all posts

Reply #6 jofizo's post

wah..menarik dan sangat informatif. dari mana awak dpt sumber nih? from any web atau majalah ker..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059685 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list