CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11773|Reply: 20

SUV : Volvo XC90 / XC90 D5

[Copy link]
Post time 27-5-2008 05:22 AM | Show all posts |Read mode
Seakan sebuah sedan

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Mengungguli carta SUV premium tempatan, sejauh manakah jentera ini dapat memenuhi segala ekspektasi?




MEMEGANG rekod selaku model SUV mewah saiz sederhana paling laris selama lima tahun berturut-turut memberi kelebihan buat model ini untuk terus mengukuhkan kedudukannya.

Malaysia bukanlah pasaran asing buat jenama dari Sweden ini, namun Volvo tidak pernah kehilangan peminat fanatiknya. Biarpun sukar untuk menembusi dominasi pengeluar dari Eropah yang lain dalam segmen sedan misalnya, Volvo nampak selesa dalam liganya yang tersendiri.

Tidak hanya di Malaysia, model ini merupakan model terbaik keluaran Volvo dengan jualan mencecah 85,994 unit di seluruh dunia pada tahun 2005, sejak ia mula diperkenalkan pada Detroit Motor Show 2002.

Setahun kemudian, pengedarnya di Malaysia iaitu Volvo Car Malaysia Sdn. Bhd. membawa masuk model yang dikenali sebagai XC90, sekali gus mengubah landskap segmen yang disaingi oleh model-model seperti BMW X5 atau VW Tuareg.


RUANG papan pemuka yang kemas dan elegan.

Mahu memberikan sesuatu lebih segar kepada penyokong setianya, Volvo hadir dengan model XC90 yang sarat dengan pelbagai perubahan setelah menjalani proses facelift.

Ia dipertontonkan buat kali pertama kepada sekumpulan wartawan di Putrajaya baru-baru ini.

XC90 kini dipasang dengan lampu utama jenis xenon, roof rail aluminium, gril radiator, bumper hadapan dan belakang yang baru, selain rim aloi Neptune bersaiz 17 inci serta beberapa perubahan lain.

Kabinnya dilengkapi dengan sistem audio berprestasi tinggi, pemain cakera padat yang boleh memainkan muzik dalam format MP3 dan WMA.

Bagi memudahkan pemanduan, butang DSTC (Dynamic Stability and Traction Control) diletakkan pada batang indikator. Bahagian papan pemuka yang penuh dengan butang untuk sistem audio dan pendingin hawa juga nampak lebih segar dengan kemasan berwarna krom.

LAMPU hadapan menggunakan khidmat lampu jenis xenon.

Sesi pandu uji bermula dengan menyusuri laluan menuju ke trek off-road berhampiran litar F1 Sepang.

Terdapat beberapa varian enjin untuk model XC90 seperti enjin V8 4.4 liter (petrol), 3.3 liter enam silinder petrol dan enjin diesel bersesaran 2.4 liter.

Untuk pasaran Malaysia, enjin diesel lima silinder direct injection common rail turbocharged dengan kod D5 menjadi pilihan. Enjin diesel dengan teknologi baru daripada Volvo ini tidak menghampakan apabila ia didakwa mampu menghasilkan kuasa sehingga 185 hp hanya pada putaran enjin 4,000 rpm.

Dengan keupayaan menghasilkan tork maksimum sebanyak 400 Nm pada 2,000 rpm, XC90 terasa begitu ringan biarpun bergerak dari titik pegun.

Kelancaran pemanduan disempurnakan lagi dengan aplikasi kotak transmisi automatik enam kelajuan geartronic, sama ada pemandu memilih untuk memandu dalam mode D atau mengawal sendiri kedudukan gearnya dengan menolak tuil gear ke sebelah kanan.

Curiga dengan kualiti diesel yang ada di pam stesen minyak berhampiran? Tidak perlu bimbang, kerana XC90 telah pun menjalani ujian selama hampir setahun dengan perbatuan mencecah 500,000 kilometer.


MENGGUNAKAN unit enjin diesel common rail turbo diesel yang cukup berkuasa.

"Setakat ini, tiada masalah yang dihadapi oleh enjin XC90. Ini membuktikan bahawa kualiti diesel di Malaysia juga sesuai digunakan oleh XC90," kata Pengurus Produk Serantau Volvo Car Asia Pasifik, Greg Bosnich.

XC90 menawarkan pemanduan selesa seakan sebuah sedan berikutan ia dibina di atas platform P2 yang turut dikongsi bersama model Volvo S80 dan beberapa model lain.

Keselesaan berada di dalam kabin XC90 juga banyak disumbangkan oleh penggunaan sistem suspensi hadapan jenis topang MacPherson yang dikolaborasikan bersama suspensi multi link bebas pada dua roda belakangnya. Ia mampu menyerap segala ketidaksempurnaan jalan raya dengan cukup baik.

Berbicara tentang model keluaran oleh Volvo, satu perkara yang pasti mengatasi jenama pesaingnya ialah aspek keselamatannya.

Maka tidak hairanlah jika Pusat Keselamatan Kenderaan Volvo yang berpengkalan di Goteborg, Sweden dikatakan sebagai makmal pelanggaran termaju di dunia. Sejak tahun 1970, para penyelidik di Volvo telah mengkaji lebih 36,000 jenis bentuk kemalangan.

Tidak terkecuali pada model XC90, ia dilengkapi dengan sistem keselamatan pasif dan aktif. Ini termasuklah Sistem Perlindungan Impak Sisi (SIPS), Whiplash Protection System (WHIPS), Sistem Kawalan Stabiliti (Roll Stability Control, RSC), DSTC, brek ABS, EBD, dan beg udara.


PENAMPILAN Volvo XC90 nyata lebih bergaya menerusi proses facelift.

Di sinilah segala ciri istimewa sebuah SUV mewah XC90 diuji ke tahap maksimum pada laluan off-road.

Ujian pemanduan ini membuktikan bahawa XC90 mampu mengharungi apa jua bentuk muka bumi dengan begitu cemerlang.

Ditawarkan pada tanda harga RM349,500 seunit tanpa insurans, Presiden Volvo Car Malaysia Malaysia, Robert Normann melahirkan keyakinan model XC90 mampu meningkatkan penguasaan Volvo dalam segmen SUV mewah ini. Tahun lalu, 155 unit XC9berjaya dijual yang bersamaan dengan perkongsian pasaran sebanyak 45 peratus.




aku ni sentisip sikit pasal volvo sbb ni ler keta yg aku membesar dgn... sbb bapak aku mmg suker volvo.. 3 kali keta dia tukar... tiga2 tu volvo... aku suker aje.. sbb luas
dan lapang kat dalam.. pastu tak bising..   sepupu aku baru ajer beli volvo merah...
tak ingat aku nama aper..S40 ker apa ker... tapi wokey ajer aku naik masa kitorang gi fishing
sabtu lepas...

[ Last edited by  amazed at 7-2-2009 03:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 07:51 AM | Show all posts
NI kereta quite stable for an SUV... And harga pun perpatutan jika bangdingkan dengan something similar from Merc atau BMW...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:15 AM | Show all posts
volvomania mane?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:46 AM | Show all posts

Reply #3 nik2121's post

ye nik? ko carik aku ke?

tunggu seploh tawon lagi baru aku pakai XC90 ni kot...

marbeles...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 09:46 AM | Show all posts

Reply #4 volvomania's post

ahakz... cam tau
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 10:05 AM | Show all posts

Reply #5 nik2121's post

kehkehkeh...

rindu ke? kalau girls takpe...kalau jantan  uhuhuhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2008 10:05 AM | Show all posts

Reply #6 volvomania's post

erk....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 07:46 PM | Show all posts
Volvo C30 2.4i launched in Malaysia for RM215,500                                                 June 25, 2008 at 7:01 pm                        

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 10:44 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by pires7 at 25-6-2008 07:46 PM
Volvo C30 2.4i launched in Malaysia for RM215,500                                                 June 25, 2008 at 7:01 pm                        
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 02:58 AM | Show all posts
Sayang XC90 2008 nie takde ubah design dia;.. nampak macam XC90 2002 lagi.. huhuhu...

C30 still very expensive...

I better buy V50.. 2.5 T5 in black colour..  fuyoooo!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 10:17 AM | Show all posts

Reply #8 pires7's post

C30 ni sesuwai sangat utk ahkak dan ahdik chun yg pakai skirt pendek..

bagi muslimah sejati pun sesuai dan gempak jugak...lagi gempak bila turun dari keta pakai tudung labuh gitu...


utk lelaki, C30 tak sesuai utk anda...

XC90 mmg tak berubah lagi...biasalah conti cars...bukan macam keta jepun..hari2 tukar model...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 12:44 PM | Show all posts
aku kenan model suv...cantik laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 12:57 PM | Show all posts
aku lebih suka volvo dari x5 cayenne. tuoreg..yg lain semua 5 seater..volvo ni 7 seater........performance volvo kurang laa skit berbanding ngan x5 cayenne tuoreg...yg lain semua cc bsr dari volvo..aku guna volvo xc90 tc 2.9liter 2003.......minyak ok la long distance...kb ke kl full tank..lebih kurang RM130..yg x bestnya x leh nak lyn lap sgt kat karak ngan bukit 7 coz suv kan tinggi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:51 AM | Show all posts
ooo ko dh pakai yer....aku nak tggu model terbaru....baru nak beli...model skrg mcm kurang cantik sket...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 03:35 PM | Show all posts
SUV premium terbaik

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


Jentera ini berada dalam kelasnya tersendiri. Hadir sebagai SUV dengan penjimatan bahan api terbaik dan prestasi mengagumkan, anda tidak akan kecewa memandu Volvo XC90 D5.



SUV premium Volvo ini menampilkan pelbagai ciri tambah.



SEMUA sudah maklum bahawa kualiti minyak diesel di Malaysia bukanlah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Sewaktu banyak negara lain (terutama negara Eropah) sibuk mengaplikasikan standard pengeluaran asap Euro 4, kita nampaknya masih jauh ke belakang.

Kenapa kita perlu menggunakan enjin diesel sedangkan harga petrol di pam-pam stesen minyak jauh lebih murah berbanding negara-negara jiran?

Salah satu kelebihan utama diesel adalah penjimatan sehingga 30 peratus, yang sekali gus dapat diterjemahkan kepada pengurangan pelepasan asap kenderaan ke udara.







Apatah lagi, enjin diesel moden sekarang mempunyai tahap efisien yang sangat tinggi. Sebagai pengguna kenderaan, saya yakin ramai yang 'berkecil hati' kerana tidak berpeluang memandu kenderaan yang dipacu oleh unit enjin diesel moden tersebut.

Selain aspek harga kenderaan diesel moden yang mahal, ketidaksesuaian enjin diesel moden dengan diesel tempatan yang mempunyai tahap sulfur yang tinggi turut membuatkan pengedar atau pengeluar jenama kereta antarabangsa di pasaran tempatan terpaksa berfikir banyak kali sebelum membawa masuk varian kenderaan itu.

Malah, andai ingin juga dibawa masuk, kenderaan itu perlu diuji dalam tempoh masa yang lama termasuk meliputi kadar perbatuan munasabah. Ini dibuat bagi memastikan enjin diesel itu tidak mengalami masalah pada kemudian hari.

Sebelum ini, ada beberapa jenama membawa masuk varian diesel seperti BMW, Renault dan sebagainya. Apa yang pasti, ramai pemain industri tidak mahu mengambil risiko kenderaan mereka tidak laku di pasaran.



VOLCVO XC90 DS sarat dengan ciri terbaru bagi menjamin
keselamatan pemandu dan penumpangnya.



Justeru, pujian harus diberikan kepada pihak Volvo Car Malaysia (VCM) yang baru-baru ini memperkenalkan model SUV premiumnya, XC90, daripada varian diesel.

Menjadi model SUV mewah pilihan utama sejak sekian lama, VCM nampaknya ingin memberikan pilihan yang sukar diketepikan menerusi model XC90 D5.

Secara ringkasnya, apa yang boleh anda peroleh sebaik sahaja memegang stereng jentera itu adalah penjimatan bahan api, di samping prestasi, kuasa tork dan pengurangan tahap emisi yang cukup signifikan.

Semua itu dapat saya rasai sendiri dalam satu sesi pandu uji XC90 D5 ke Lumut, Perak sebelum bermalam sehari di pusat peranginan terkemuka, Pangkor Laut Resort baru-baru ini.

"Saya bangga untuk memperkenalkan Volvo XC90 D5 yang baru. Ia memiliki segala ciri dan keistimewaan yang ada pada model SUV XC90 seperti keselamatan, versatil, keluasan ruang dan bergaya. Dengan varian diesel, jentera ini semestinya menjadi jauh lebih baik," kata Presiden VCM, Robert Norrman.


VCM yakin varian terbaru ini mampu mengekalkan
penguasaan dalam segmen SUV premium.



Sejak dilancarkan pada tahun 2003, SUV mewah tujuh tempat duduk pertama di Malaysia itu telah menjadi model paling laris selama lima tahun berturut-turut. Tidak sukar untuk mengetahui kenapa XC90 cukup popular.

Apa lagi kalau bukan kerana ia sesuai untuk kegunaan harian dan apa jua tujuan sama ada untuk kerja, berkelah, memandu di ibu kota atau ke sebarang destinasi melepaskan lelah di hujung minggu.

XC90 D5 juga menjadi bukti kukuh kemampuan Volvo dalam mengintegrasikan reka bentuk dengan ciri terbaik pada sebuah kenderaan. Maka, tidak hairanlah jika SUV itu memenangi lebih daripada 50 anugerah di seluruh dunia.

Di sebalik kelembapan ekonomi global, pihak VCM tetap yakin mampu mengekalkan pegangan pasaran sedia ada dalam segmen premium, dengan cara memperkenalkan model-model baru (facelift) menjelang bulan Jun ini.

"Segmen mewah tidak besar, hanya sekitar 8,000 hingga 9,000 unit kenderaan setiap tahun. Sementara model XC90 merangkumi 30 peratus jualan keseluruhan model Volvo.

"Dengan pelancaran XC90 D5, kami menambah satu lagi dimensi dan pasti dapat menarik minat lebih ramai pembeli. Malah, ia juga akan menjadi satu permulaan kesedaran pengguna Malaysia terhadap kenderaan berenjin diesel, selain menunggu standard baru minyak diesel tempatan yang kami harap akan berlaku pada Julai nanti.

"Ini adalah satu produk yang baik. Anda boleh menilainya dari segi penjimatan bahan api sebanyak 40 peratus berbanding XC90 versi petrol, selain kuasa yang mampu ditawarkannya. Sebelum melancarkannya, kami telah melakukan ujian pemanduan sejauh 65,000 kilometer sehingga ke Bangkok, Thailand.

"Hasilnya kami tidak berdepan dengan sebarang masalah dan tidak perlu menukar penapis minyak. Kalau hendak dibandingkan model pesaing yang lain (berenjin petrol), harganya RM200,000 lebih mahal. Sedangkan XC90 D5 memiliki semua yang anda mahukan dalam sebuah SUV mewah," jelas Norrman.





Namun, apa yang ada pada model yang dipasang tempatan itu? Untuk makluman, XC90 D5 dilengkapi dengan unit enjin bersesaran 2.4 liter lima silinder sebaris turbocharged.

Di atas kertas, ia didakwa mampu menghasilkan tenaga sehingga 185 hp dan 400 Nm tork. Lebih menarik lagi, enjin ini dipadankan dengan transmisi Geartronic enam kelajuan yang cukup mudah untuk digunakan.

Ditawarkan pada harga RM355,000 seunit (di atas jalan tanpa insurans), XC90 D5 didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu hitam, kelabu, perak dan biru.




  
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 05:06 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

harga RM349,500 tu utk kereta baru bukan recond kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 09:45 PM | Show all posts
XC 90 ni UTK Polis pakai masa escort kete PM, TPM ngan Agung.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 7-2-2009 05:06 PM
harga RM349,500 tu utk kereta baru bukan recond kan?



kira roughly dalam RM350K  tak campoq insurans...   yup yg baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 10:36 PM | Show all posts

lagi info pasai suv volvo xc90 d5

Volvo XC90 D5 SUV diesel mewah

Oleh Johardy Ibrahim






VOLVO XC90 telah dilancarkan secara global pada awal tahun 2002 sebagai SUV (Kenderaan Utiliti Sukan) pertama yang direka oleh Volvo Cars.

Ia juga merupakan kereta Volvo tujuh tempat duduk pertama sejak 1940. Volvo XC90 mempunyai Pemanduan Semua Roda yang dikawal secara elektronik.

Segmen SUV mewah merupakan satu-satunya segmen yang dipegang kukuh oleh Volvo di Malaysia. Ini menunjukkan tahap populariti yang tinggi model XC90 baik yang dibeli oleh syarikat atau persendirian.

Malah, penulis difahamkan, setiap unit terpakai akan pantas disambar oleh pembeli.

Ini menyebabkan pula harga susut nilainya bergerak lebih perlahan. Mengikut tinjauan rambang penulis, model terpakai XC90 tahun 2003 masih diletakkan pada harga RM169,000 seunit. Dan terdapat juga unit tahun yang sama, berharga RM188,000 seunit kerana penjagaan rapi dan spesifikasi yang lebih di dalamnya.

Volvo XC90 direka bentuk untuk memberi keteguhan dan pada masa yang sama tanggapan kompak dan anggun. Ia dibangunkan sebagai kereta penumpang, dengan bentuk badan yang bersatu dan dengan chasis yang sama yang didapati pada model sedan Volvo - tidak seperti model SUV lain yang dibangunkan pada chasis trak.

Volvo XC90 didatangkan dengan tujuh tempat duduk kekal - di mana kesemua enam tempat duduk penumpang boleh dilipat. Bahagian penumpang sangat luas, terima kasih kepada konsep Volvo yang moden dengan pemasangan enjin melintang.
Kini, Volvo memperkenalkan XC90 menggunakan enjin diesel dan dikenali sebagai XC90 D5.

Jenama Volvo di bahagian belakang XC90 D5 menggunakan idea abjad yang berjarak luas untuk mempertingkatkan jenama. Abjad individu juga akan diperbesarkan.

Tempat duduk dipasang tinggi untuk memberi pemandu pandangan trafik yang luas dan memberi penumpang posisi duduk yang lebih selesa. Kesemua tempat duduk menjadikan XC90 kereta yang lebih fleksibel dan serba boleh.

Penahan bahagian hadapan yang baru akan diperkenalkan memandangkan permintaan sah dunia. Penahan bahagian hadapan yang baru mempunyai kelebaran yang telah dikurangkan dan peningkatan ketinggian 25 mm.

XC90 D5 dilengkapkan dengan enjin lima silinder. Ia dipasang melintang bagi mengekalkan konsep latihan kuasa moden Volvo. Ia direka untuk beroperasi secara lancar, dengan getaran rendah dan tork tinggi menjangkau julat putaran luas.

Enjinnya sangat kompak dan dipasang melintang, untuk keselamatan optimum pelanggaran dan ruang kabin yang maksimum. XC90 D5 yang dipasang tempatan (CKD) merupakan enjin yang dicaj turbo dipasang melintang 2.4 liter in-line 5 silinder mengeluarkan 185 kuasa kuda dan 400 Nm tork dengan transmisi Geartronic automatik 6-kelajuan.

Diesel turbo lima-silinder menyediakan pemanduan lancar dan berkuasa. Diesel moden dan responsif ini menonjolkan penapis partikel bebas-perkhidmatan, menjadikan ia enjin eko-efisien.

Chasis dengan gegelung yang disangga pada bahagian hadapan dan gandar pelbagai rangkai di belakang, dibentuk untuk kestabilan, meyakinkan adab memandu dan berwaspada tentang tindak balas pemanduan.

Gandar pelbagai rangkai di belakang merupakan sistem penangguhan belakang bebas yang mempunyai ciri beberapa rangkai dan ia direka bentuk untuk menawarkan penyatuan yang baik bagi pergerakan roda yang terkawal dan keselesaan perjalanan yang tinggi.

Sesetengah daripada rangkai ini mempunyai tugas untuk menyediakan kesan pemanduan anti mengelincir sehingga ke tahap tertentu. Jarak roda yang panjang dan laluan yang luas, beserta dengan badan tegar yang dikilas, menyumbang kepada cara pemanduan yang boleh dijangka, terkawal. Roda besar dengan profil tayar tinggi secara relatif dan dinding sisi tayar yang keras menyumbang selanjutnya kepada kestabilan.

XC90 mempunyai sistem Pemanduan Semua Roda yang dikawal dengan Kuasa Tarikan Serta-Merta, untuk pembahagian tarikan yang cepat dan efektif walaupun sedang bergerak di permukaan yang licin.

Sistem peningkatan-kestabilan DSTC (Kestabilan Dinamik dan Kawalan Tarikan) Volvo yang maju dipasang sebagai satu standard. DSTC disilangkan dan membantu menstabilkan kereta sekiranya ia merakam tanda-tanda untuk tergelincir.

Ia berharga RM355,000 (atas jalan tanpa insurans) dan didatangkan dalam empat warna - Biru Nilam Hitam Metalik, Mutiara Tiram Kelabu, Perak Elektrik Metalik dan Biru Metalik Bayangan.



eniting volvo  mmg aku minat ler sangat...   volvo suv nih.. mmg nampak  elit ler sangat!!  :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 10:41 PM | Show all posts

Ford Said to Be in Talks to Sell Volvo Unit to Geely

link: http://www.bloomberg.com/apps/ne ... C9G4&refer=news

Feb. 5 (Bloomberg) -- Ford Motor Co., seeking to raise cash to avoid a federal bailout, is in talks to sell its Volvo Car unit to China’s Geely Automobile Holdings Ltd., according to three people familiar with the discussions.

Ford probably will get less than the $6.4 billion it paid for Sweden-based Volvo in 1999, said one of the people, who declined to be identified because the preliminary talks are confidential. Ford has also approached Chinese automakers Chery Automobile Co. and Chongqing Changan Automobile Co., the people said.

Dearborn, Michigan-based Ford lost a record $14.6 billion last year and is trying to avoid asking for government loans to survive as U.S. auto sales plunge to the lowest level in almost 27 years. Buying Ford’s last European luxury brand would help Geely founder Li Shufu, 45, cut his reliance on selling low-cost compacts in China, even as Volvo’s sales plummet.

“Whether it can consummate into a deal is a big question,” said Alice Chong, an analyst at CIMB-GK Securities. “The acquisition would help Geely break into new markets and get better technology, but Geely may have to suffer short-term losses as sales in Europe and the U.S. are collapsing.”

Ford spokesman Mark Truby and Geely spokesman Zhang Xiaodong declined to comment. Zhou Qin, a Changan Auto spokesman did not answer a call to his mobile phone and Chery spokesman Jin Yibo did not answer a call to his office phone.

Geely’s Approach

Geely, China’s largest privately owned carmaker, first approached Ford about buying Volvo a year ago, before the U.S. automaker had decided to sell its Swedish auto unit, two of the people said. Preliminary talks began in December after Ford said it would consider selling the unit.

Geely has received permission from China’s National Development and Reform Commission to study the acquisition, said the people. The government agency must sign off on any major merger and acquisition talks before discussions can begin.

The automaker has already received commitments from Export- Import Bank of China to provide the necessary financing for the acquisition, the people said.

“Chinese automakers want to tap foreign rivals’ resources in technical development,” said Zhang Xin, an analyst at Guotai Junan Securities Co. in Beijing. “To catch up with foreign automakers by themselves takes a lot of both time and capital. Acquisitions could help them.”

Sales documents will be sent to prospective buyers in the middle of February, a person familiar with the plans said last month.

Volvo’s Struggles

Volvo, based in Gothenburg, Sweden, has struggled as the global auto market declines and other automakers make gains in safety technology, a long-time strength for the automaker. Volvo’s U.S. sales fell 64 percent last year. Ford said Volvo had a pretax loss of $736 million in the fourth quarter.

Volvo, the maker of S80 sedans and C70 coupes, was once central to a failed strategy by Ford to reap a third of its profits from luxury autos. The automaker has been shedding European brands under Chief Executive Officer Alan Mulally, recruited from Boeing Co. in 2006.

Last June, Ford sold Jaguar and Land Rover to India’s Tata Motors Ltd. for $2.4 billion. It sold its Aston Martin luxury line for $931 million in May of 2007 to a group of investors.

Geely’s Goal

Geely Holding Group, based in Hangzhou, Zhejiang Province, eastern China, was founded two decades ago by Li, a former farmer who amassed a net worth of $220 million, according to Forbes magazine.

The automaker has boosted sales overseas and added larger models as rising wages and increasing competition from overseas automakers damp domestic sales. Geely Auto’s sales in China fell 1 percent last year, while the total market increased 7 percent, according to J.D. Power and Associates.

Geely Group, Geely Auto’s parent, boosted overseas sales 80 percent last year, it said in December, without giving a precise sales number. In 2007, it sold almost 30,000 vehicles overseas, according to the company’s Web site. The company expects to boost sales 25 percent this year, it said last month.

Geely Auto rose 1.7 percent to 60 HK cents at the close of trading in Hong Kong.

Ford provides engines to some Volvo cars and the two automakers share mechanical underpinnings on several models. Any buyer would have to be assured that Ford will remain healthy enough to provide those key components to Volvo, the people said.

Geely would likely seek to buy Ford’s entire equity stake in Volvo rather than negotiate with the Swedish unit over purchases of specific assets, the people said.

Ford creditors are likely to receive some, or even all, of the proceeds from any sale of Volvo. Ford pledged Volvo as part of the collateral it put up for $23 billion in loans it secured in 2006.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.140588 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list