CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4854|Reply: 22

Gurindam Dua Belas ( 1847 ) Nukilan Raja Ali Haji

[Copy link]
Post time 28-5-2008 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Catatan :

Gurindam Dua Belas di nukilkan oleh Raja Ali Haji di Pulau Penyengat, Riau pada tarikh 23 Rejab 1263 H atau 1847 M
dalam usianya 38 tahun.Karya ini terdiri dari12 fasal dalam bentuk " Syair Al-Irsyadi " kerana memberi nasihat dan petunjuk
menuju hidup yang di redhai Allah.

Pada pandangan tok_wann gurindam ini amat berharga buat kita sebagai pedoman serta  perbandingan dengan apa   yang telah
dan sedang berlaku sekarang , walaupun gurindam ini di nukilkan 161 tahun yang silam.

Juga tok_wann nak minta tolong pada yang arif tentang bahasa  untuk  memahamkan tok_wann  pada  ayat / rangkap dan perkataan  yang  di BOLT  kerana  tok_wann  tak berapa faham dengan tepat.... terima kasih.

FASAL  1
  
  Barang siapa tiada memegang agama
  Segala-gala tiada boleh dibilang nama
  
  Barang siapa mengenal yang empat
  Maka yaitulah orang yang ma'rifat
  
  Barang siapa mengenal Allah
  Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
  
  Barang siapa mengenal diri
  Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
  
  Barang siapa mengenal dunia
  Tahulah ia barang yang terpedaya
  
  Barang siapa mengenal akhirat
  Tahulah ia dunia mudharat
  
  
FASAL  2  
  
  Barang siapa mengenal yang tersebut
  Tahulah ia makna takut
  
  Barang siapa meninggalkan sembahyang
  Seperti rumah tiada bertiang
  
  Barang siapa meninggalkan puasa
  Tidaklah mendapat dua termasa
  
  Barang siapa meninggalkan zakat
  Tiadalah hartanya beroleh berkat
  
  Barang siapa meninggalkan haji
  Tiadalah ia menyempurnakan janji

FASAL 3
  
  Apabila terpelihara mata
  Sedikitlah cita-cita
  
  Apabila terpelihara kuping
  Khabar yang jahat tiadalah damping
  
  Apabila terpelihara lidah
  Niscaya dapat daripadanya faedah
  
  Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
  Daripada segala berat dan ringan
  
  Apabila perut terlalu penuh
  Keluarlah fi'il yang tidak senonoh
  
  Anggota tengah hendaklah ingat
  Di situlah banyak orang yang hilang semangat
  
  Hendaklah peliharakan kaki
  Daripada berjalan yang membawa rugi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 11:02 PM | Show all posts

Reply #1 tok_wann's post

mcm pernah blajar je dalm buku sastera....hati terkenang mulut menyebut kalau x silap....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 11:05 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by tok_wann at 28-5-2008 10:59 PM
Barang siapa mengenal yang empat [/quote]

Wali kutub yang menjaga empat penjuru alam ke? (main agak je ni)
Menarik utk dibincangkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 11:09 PM | Show all posts
FASAL  4
  
  Hati itu kerajaan di dalam tubuh
  Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh
  
  Apabila dengki sudah bertanah
  Datanglah daripadanya beberapa anak panah
  
  Mengumpat dan memuji hendaklah pikir
  Di situlah banyak orang yang tergelincir
  
  Pekerjaan marah jangan dibela
  Nanti hilang akal di kepala
  
  Jika sedikitpun berbuat bohong
  Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
  
  Tanda orang yang amat celaka
  Aib dirinya tiada ia sangka
  
  Bakhil jangan diberi singgah
  Itulah perompak yang amat gagah
  
  Barang siapa yang sudah besar
  Janganlah kelakuannya membuat kasar
  
  Barang siapa perkataan kotor
  Mulutnya itu umpama ketor
  
  Di manakah salah diri
  Jika tidak orang lain yang berperi
  
  Pekerjaan takbur jangan direpih
  Sebelum mati didapat juga sepih
  
  
FASAL 5
  
  Jika hendak mengenal orang berbangsa
  Lihat kepada budi dan bahasa
  
  Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
  Sangat memeliharakan yang sia-sia
  
  Jika hendak mengenal orang mulia
  Lihatlah kepada kelakuan dia
  
  Jika hendak mengenal orang yang berilmu
  Bertanya dan belajar tiadalah jemu
  
  Jika hendak mengenal orang yang berakal
  Di dalam dunia mengambil bekal
  
  Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
  Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
  
  
FASAL 6
  
  Cahari olehmu akan sahabat
  Yang boleh dijadikan obat
  
  Cahari olehmu akan guru
  Yang boleh tahukan tiap seteru
  
  Cahari olehmu akan isteri
  Yang boleh menyerahkan diri
  
  Cahari olehmu akan kawan
  Pilih segala orang yang setiawan
  
  Cahari olehmu akan abdi
  Yang ada baik sedikit budi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 11:16 PM | Show all posts
FASAL 7
  
  Apabila banyak berkata-kata
  Di situlah jalan masuk dusta
  
  Apabila banyak berlebih-lebihan suka
  Itu tanda hampirkan duka
  
  Apabila kita kurang siasat
  Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
  
  Apabila anak tidak dilatih
  Jika besar bapanya letih
  
  Apabila banyak mencacat orang
  Itulah tanda dirinya kurang
  
Apabila orang yang banyak tidur
  Sia-sia sajalah umur
  
  Apabila mendengar akan kabar
  Menerimanya itu hendaklah sabar
  
  Apabila mendengar akan aduan
  Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
  
  Apabila perkataan yang lemah lembut
  Lekaslah segala orang mengikut
  
  Apabila perkataan yang amat kasar
  Lekaslah orang sekalian gusar
  
  Apabila pekerjaan yang amat benar
  Tidak boleh orang berbuat onar
  
  FASAL 8
  
  Barang siapa khianat akan dirinya
  Apalagi kepada lainnya
  
  Kepada dirinya ia aniaya
  Orang itu jangan engkau percaya
  
  Lidah suka membenarkan dirinya
  Daripada yang lain dapat kesalahannya
  
  Daripada memuji diri hendaklah sabar
  Biar daripada orang datangnya kabar
  
  Orang yang suka menampakkan jasa
  Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa
  
  Kejahatan diri disembunyikan
  Kebajikan diri diamkan
  
  Ke'aiban orang jangan dibuka
  Ke'aiban diri hendaklah sangka
  
  
FASAL 9
  
  Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
  Bukannya manusia yaitulah syaitan
  
  Kejahatan seorang perempuan tua
  Itulah iblis punya penggawa
  
  Kepada segala hamba-hamba raja
  Di situlah syaitan tempatnya manja
  
  Kebanyakan orang yang muda-muda
  Di situlah syaitan tempat bergoda
  
  Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
  Di situlah syaitan punya jamuan
  
  Adapun orang tua yang hemat
  Syaitan tak suka membuat sahabat
  
  Jika orang muda kuat berguru
  Dengan syaitan jadi berseteru

[ Last edited by  tok_wann at 29-5-2008 12:26 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 11:26 PM | Show all posts
FASAL 10
  
  Dengan bapa jangan derhaka
  Supaya Allah tidak murka
  
  Dengan ibu hendaklah hormat
  Supaya badan dapat selamat
  
  Dengan anak janganlah lalai
  Supaya boleh naik ke tengah balai
  
  Dengan kawan hendaklah adil
  Supaya tangannya jadi kapil
  
  
FASAL 11
  
  Hendaklah berjasa
  Kepada yang sebangsa
  
  Hendak jadi kepala
  Buang perangai yang cela
  
  Hendaklah memegang amanat
  Buanglah khianat
  
  Hendak marah
  Dahulukan hujjah
  
  Hendak dimalui
  Jangan memalui
  
  Hendak ramai
  Murahkan perangai
  
  
FASAL 12
  
  Raja mufakat dengan menteri
  Seperti kebun berpagarkan duri
  
  Betul hati kepada raja
  Tanda jadi sebarang kerja
  
  Hukum adil atas rakyat
  Tanda raja beroleh inayat
  
  Kasihkan orang yang berilmu
  Tanda rahmat atas dirimu
  
  Hormat akan orang yang pandai
  Tanda mengenal kasa dan cindai
  
  Ingatkan dirinya mati
  Itulah asal berbuat bakti
  
  Akhirat itu terlalu nyata
  Kepada hati yang tidak buta

Tamatlah gurindam yang duabelas pasal yaitu karangan kita Raja Ali Hajipada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga kepadatiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima Negeri Riau PulauPenyengat.

nota :
harapan tok_wann nukilan ini dapat kita simpan sebagai khazanah untuk diri serta anak cucu kita sebagai sebahagian dari panduan dan pedoman hidup.

credit to :
http://www.ashtech.com.my/DIL/sastera/book003.htm

file:///D:/gurindam%20dua%20belas-raja%20ali%20haji.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2008 11:33 PM | Show all posts
Barang siapa tiada memegang agama
  Segala-gala tiada boleh dibilang nama
  
  Barang siapa mengenal yang empat
  Maka yaitulah orang yang ma'rifat


apa yang empat tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by shahhana at 28-5-2008 11:02 PM
mcm pernah blajar je dalm buku sastera....hati terkenang mulut menyebut kalau x silap....


maksud shahana ...tajuk gurindam nih kerr...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2008 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by cz at 28-5-2008 11:05 PM
[quote]Originally posted by tok_wann at 28-5-2008 10:59 PM
Barang siapa mengenal yang empat


Wali kutub yang menjaga empat penjuru ala ... [/quote ]

Wali kutub....Utara,Selatan,Timur dan Barat ker...? yang cz maksudkan...?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 28-5-2008 11:38 PM


maksud shahana ...tajuk gurindam nih kerr...?


nie bukan tajuk gurindam tapi tajuk buku....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 28-5-2008 11:42 PM


Wali kutub yang menjaga empat penjuru ala ... [/quote ]

Wali kutub....Utara,Selatan,Timur dan Barat ker...? yang cz maksudkan...?


agaknye la kot, sbb lepas tu disusuli/berhubung lak dgn ayat "Maka yaitulah orang yang ma'rifat".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by cz at 28-5-2008 11:50 PM


agaknye la kot, sbb lepas tu disusuli/berhubung lak dgn ayat "Maka yaitulah orang yang ma'rifat".


emmm..... ( Barang siapa mengenal yang empat )....tok_wann agak dah dapat apa yang hendak di sampaikan oleh Raja Ali Haji dalam rangkap ini .....Dia suruh kita merantau mencari dan memberi ilmu/rezeki ke seluruh pelusuk dunia.( Maka yaitulah orang yang ma'rifat )...Dan orang-orang seperti ini adalah orang yang mempunyai dan akan memperolehi ma'rifat ( wisdom , knowledge )....lebih kurang cam tu lerr agaknya kot...cz..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by shahhana at 28-5-2008 11:48 PM


nie bukan tajuk gurindam tapi tajuk buku....


oooo....anyway thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 29-5-2008 12:24 AM


oooo....anyway thanks.


welcome...lgpn dulu ada blajar sal gurindam nie tp da lupa
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 12:46 AM | Show all posts

Reply #11 cz's post

yg 4 tu specifically dimaksudkan dgn kalimah tauhid...laa ilaaha illallah...
awal ugama ialah mengenal(makrifat) Allah
pecahannya Nafi......Mufi......Ithbat....Musabbat....
disuruhnya kita mengaji ilmu tauhid/usuluddiin dgn sedalam2nya
bila kita benar2 faham...nescaya tidak akan tersesat kita..


[ Last edited by  fatz at 29-5-2008 01:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 01:25 AM | Show all posts

Reply #7 thessailly's post

rasanya..   Barang siapa mengenal yang empat rujuk kepada rangkap yang seterusnya
  

  Barang siapa mengenal Allah
  Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
  
  Barang siapa mengenal diri
  Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
  
  Barang siapa mengenal dunia
  Tahulah ia barang yang terpedaya
  
  Barang siapa mengenal akhirat
  Tahulah ia dunia mudharat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2008 01:47 AM | Show all posts
Originally posted by fatz at 29-5-2008 12:46 AM
yg 4 tu specifically dimaksudkan dgn kalimah tauhid...laa ilaaha illallah...
awal ugama ialah mengenal(makrifat) Allah
pecahannya Nafi......Mufi......Ithbat....Musabbat....
disuruhnya kita men ...


nih.... lagi tepat dari apa yang tok_wann faham.....thanks
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 09:33 AM | Show all posts

Reply #6 tok_wann's post

Barang siapa mengenal yang empat
--- tauhid kot

Barang siapa mengenal yang tersebut
-tau halal haram.. tau dosa


Tidaklah mendapat dua termasa
-kegembiraan org berpuase- waktu berbuka dan waktu sambut raya

Anggota tengah hendaklah ingat
kemaluan-- jgn tak tau malu

Datanglah daripadanya beberapa anak panah
-hasutan setan tu umpama panah

Mulutnya itu umpama ketor
  -term yg selalu aku guna... maksud ngan zaman skang nih mulut takde insuran... ketor tu adelah bekas tempat meludah.. yg org dedulu selalu guna
arwah nenek aku dulu ade gune ketor nih

Pekerjaan takbur jangan direpih
direpih nih kire cam dibuat

Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
-yg nih tak pasti

Kejahatan seorang perempuan tua
  Itulah iblis punya penggawa

kalo dah tua pon masih lagik jahat... tu ler hasutan setan..

Supaya tangannya jadi kapil
kapil.. yg nih tak sure lak aku


ikut pehamana aku ler..
ni ikut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 28-5-2008 10:59 PM
Barang siapa mengenal yang empat
  Maka yaitulah orang yang ma'rifat
  
  Barang siapa mengenal Allah
  Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
  
  Barang siapa mengenal diri
  Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
  
  Barang siapa mengenal dunia
  Tahulah ia barang yang terpedaya
  
  Barang siapa mengenal akhirat
  Tahulah ia dunia mudharat
...


Pendapat aku jer...
Bila mengenal yang empat (tulisan merah) itulah orang yang berma'rifat.
yang lain-lain (istilah) kena bukak kamus dulu..

opsss.. dah ada yang sependapat.. maaf

[ Last edited by  Nazrulism at 30-5-2008 07:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:29 PM | Show all posts
raja ali haji ni anak raja haji ke raja haji yg jd ketua askar bugis serang kedah zmn soltan mohd jiwo dulu...masih ku ingat lagi subjek masa sejarah form 2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061221 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list