CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18585|Reply: 8

kerajaan Babylon!

[Copy link]
Post time 31-5-2008 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Perang musnahkan Babylon
Diiktiraf sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia, Babylon bagaimanapun hampir dirosakkan akibat peperangan.


SEORANG lelaki Iraq menunjukkan peta tapak bersejarah
Babylon di pintu masuk utama tapak berkenaan di selatan Iraq.

ORANG luar terakhir yang melawat peninggalan bandar kuno yang dahulunya dikuasai kerajaan Babylon di Iraq datang dengan kereta kebal dan helikopter. Yang pasti, ia meninggalkan kesan yang merosakkan sejarah dan landskap rapuhnya.

Bandar yang lahir di tebing Sungai Euphrates kira-kira 5,000 tahun lalu dan kaya dengan khazanah arkeologi telah diubah oleh tentera Amerika Syarikat (AS) selepas pencerobohan pada tahun 2003 dengan pembinaan sebuah lapangan helikopter di tengah-tengah tapak peninggalan itu.

Pangkalan itu kemudiannya diserahkan kepada kawalan tentera Poland dan sungguhpun selepas ditinggalkan oleh tentera itu pada tahun 2005, kemusnahan yang berlaku amat jelas kelihatan.

Dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung di Berlin, Jerman pada bulan hadapan, pakar-pakar dari Iraq dan negara-negara lain akan bertemu untuk menilai kemusnahan yang telah berlaku.

Pakar arkeologi Iraq, Hai Mussa Qataa, yang telah membawa wartawan AFP melawat peninggalan tersebut, berkata, pelepasan dan pendaratan helikopter serta gegaran daripada pergerakan kenderaan berat bersenjata telah memusnahkan monumen bersejarah di bandar itu.

Babylon terletak di kawasan Hilal Subur yang terkenal dengan kedudukannya di antara Sungai Euphrates dan Tigris, kira-kira 83 kilometer ke tenggara ibu negara Iraq, Baghdad.

Semasa pasukan tentera yang diketuai AS menyerang Iraq dalam usahanya menggulingkan Saddam Hussein, apa yang jelas ialah bandar kuno itu merupakan koleksi bangunan-bangunan bata lumpur dan serpihan bersama projek-projek restorasi yang dikomisyenkan oleh pemimpin Iraq itu.

Saddam berminat untuk meninggalkan tandanya di tapak yang juga merupakan 'kediaman' Taman Gantung Babylon, yang merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Beliau telah mengarahkan pelbagai projek restorasi di situ sejak tahun 1980-an.
Ribuan pekerja dari Sudan dibawa masuk ke tapak tersebut untuk membina monumen di atas peninggalan yang tidak ternilai itu, menggunakan bata-bata yang menempa nama Saddam, sebagai ikutan amalan yang dilaksanakan oleh raja-raja Babylon kuno.
"Restorasi istana Raja Nebuchadnezzar di bawah kegemilangan pemerintahan Saddam Hussein," jelas tertera pada batu penghormatan yang diberikan untuk projek tersebut.

Kemusnahan yang dilakukan terhadap artifak arkeologi itu ketika kerja-kerja restorasi dilaksanakan menjadi lebih buruk semasa tentera AS membina pangkalan tentera seluas 370 ekar pada April 2003, bulan yang sama Saddam digulingkan.

Penggalian tentera melibatkan tanah mengandungi material arkeologi, pembinaan lapangan helikopter dan peresapan minyak ke dalam tanah, telah mencetuskan kebimbangan terhadap keadaan tapak bersejarah tersebut.

Tentera AS tidak menafikan kemusnahan yang berlaku pada beberapa kawasan bersejarah antara tahun 2003 dan 2004 tetapi sejak itu, tentera negara tersebut telah memindahkan kemudahan daripada tapak-tapak bersejarah penting yang lain, kata seorang jurucakap ketenteraan kepada AFP melalui e-mel.

Sebuah laporan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menggambarkan kemusnahan yang disebabkan semasa pendudukan ketenteraan itu sebagai sesuatu yang 'amat serius'.

Pada masa kini, bata biru masyhur yang membentuk singa-singa, lembu jantan dan naga yang dijadikan hiasan di sekitar Pagar Ishtar, dewi cinta Babylon telah musnah.

Yang tinggal adalah pagar asli yang dipamerkan di Muzium Pergamon, Berlin menandakan pintu masuk ke istana, kuil dan tempat-tempat kediaman di bandar tersebut.

Bangunan-bangunan ini dibina daripada bata-bata lumpur yang masih menunjukkan lambang masyarakat Babylon dan Assyria.

Sekurang-kurangnya 32,000 item telah dicuri daripada 12,000 lokasi bersejarah dari seluruh Iraq semasa rompakan harta berleluasa berikutan pencerobohan yang diketuai AS itu berlaku.

Namun demikian, tentera AS menafikan penglibatan mereka dalam sebarang kecurian artifak yang berlaku di negara tersebut. Selepas tentera Poland meninggalkan kem tersebut, Babylon diserahkan kepada Lembaga Antikuiti Iraq tetapi kerja-kerja penggalian dan projek restorasi telah dihentikan.


PINTU masuk sementara yang dibuka di tapak bersejarah Babylon.

Pada hari ini, laluan tanah, beberapa gulung kawat berduri dan beberapa beg pasir menjadi satu-satunya bukti yang menunjukkan bahawa tapak peninggalan bersejarah itu telah digunakan sebagai sebuah pangkalan tentera.

Ahli-ahli arkeologi terkemuka gusar terhadap keselamatan fizikal khazanah bersejarah Babylon yang masih tinggal. Justeru, mereka telah melancarkan usaha untuk melindungi kawasan itu daripada kemusnahan yang lebih teruk dan meneruskan penyelidikan arkeologi.

Mereka berusaha agar Babylon dimasukkan ke dalam senarai tapak Warisan Dunia. Ini bermakna kerja-kerja penggalian boleh dimulakan semula dan pakar-pakar arkeologi dari serata dunia sekali lagi mempunyai peluang untuk mendalami kekayaan sejarah Babylon.

" Pihak berkuasa Iraq mesti melengkapkan amaun besar kerja untuk mencapai objektif ini dan kami mesti menyediakan satu rancangan untuk menyempurnakannya," kata Qataa.

Wakil UNESCO di Iraq, Mohamed Djelid yang berpangkalan di Amman, mengakui bahawa buat masa ini, Iraq kelihatan jauh daripada bersedia.

"Cadangan yang dibuat dalam satu mesyuarat khas pada November 2007 di Paris untuk membincangkan situasi di Iraq masih belum dilaksanakan," katanya. - AFP



aku dulu belajar gak sejarah babylon ni... dari raja hamurabi tu.. sampai ke nabuchadnezzar ni.. aku plan gi turkey.. tapi mmg aku nak gak gi tengok babylon ni... cuma masalahnya kat iraq tengah teruk sgt kena bedil..   aku nak gak tengok babylon ni dibaiki.... biarler org2 akan datang tau tentang sejarah babylon nih!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2008 12:00 PM | Show all posts
aku tak tau sgt le babylon ni..ko citer ler detail lagii.. leh aku baca  kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 01:24 AM | Show all posts
ko try google...msti dapat tau pasal babylon ni..
kat bbylon gak telah tercipta bateri baghdad..
fuhhhh..hebat tu..
masa tu org2 lua khususnya Eropah tak tau pon ape dia letrik..hebat kn tamadun dorg...



















[ Last edited by  cronicle86 at 1-6-2008 05:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 03:58 PM | Show all posts
Gilgamesh........ penulisan orang Mesopotamia/Babylon....

Gilgamesh meniduri isteri-isteri orang....
Enkidu meniduri Samhat selama 6 hari 7 malam berturut-turut....
Ishtar menggoda Gilgamesh untuk persetubuhan......

dan macam-macam lagi....

http://en.wikipedia.org/wiki/Epic_of_Gilgamesh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 01:58 PM | Show all posts

lagi info pasai babylon!!

Kota Babylon kembali 'bernyawa'






IA adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara.
  
IA adalah satu daripada bandar tertua dan terhebat dalam sejarah dunia kerana menjadi pusat pakar astronomi memetakan bintang, manakala pemerintahnya menyusun kanun pentadbiran negara.

Paling mengagumkan, bandar itu menghasilkan Taman Tergantung Babylon.

Bagaimanapun, pada hari ini, tiada yang tertinggal di tapak bandar bersejarah itu kecuali sangat sedikit.

Ketika tinjauan dilakukan ke Babylon baru-baru ini - hasil permit dikeluarkan kerajaan Iraq - tapak itu lebih kelihatan sebagai taman tema dengan kesan pengaruh impian Saddam Hussein.

Turut dikesan, kawasan siar kaki bersebelahan runtuhan dinding purba, panggung Greek yang diubah suai serta istana Saddam dibina di atas bukit buatan manusia.

Untuk kali pertama, sejumlah institusi antarabangsa dengan diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan penelitian menyeluruh terhadap kerosakan pada bandar purba itu, serta mengkaji kaedah memuliharanya.

Satu laporan Unesco dijangka dikeluarkan awal tahun depan dengan memberi tumpuan - atas permintaan kerajaan Iraq - kepada kerosakan dilakukan tentera Amerika Syarikat (AS) sepanjang tempoh April hingga September 2003.

Tidak ketinggalan, kesan akibat pendudukan tentera Poland yang ditempatkan di situ pada 2004.

Menurut tentera AS, walaupun tapak bersejarah itu dijadikan pangkalan mereka, kerosakan di situ mungkin menjadi lebih dahsyat jika mereka membiarkannya begitu saja.

AS juga berjanji membantu proses pemuliharaan Babylon dengan dana daripada Tabung Monumen Dunia (TMD) dan Lembaga Antikuiti dan Warisan Iraq.

Masalahnya, tiada angka rasmi mengenai jumlah dikeluarkan untuk proses itu.

Pakar arkeologi berharap, dengan peruntukan itu, mereka mampu menjalankan proses pemuliharaan susulan selepas dilakukan pasukan dari Jerman pada awal 1900 dulu.

Pegawai TMD berpangkalan di New York, Gaetano Palumbo, berkata tapak itu sangat penting untuk dikaji.

“Dalam keadaan sekarang, tapak menyimpan pelbagai sejarah penting dunia itu terlalu sukar dikaji untuk difahami,” katanya.

Projek pemuliharaan terdahulu, kata Palumbo, hanya ditumpukan kepada monumen tertentu, seperti kuil Babylon.

“Ia menyebabkan banyak tapak domestik terbiar,” katanya.

Melalui penggunaan kaedah terkini, katanya, mungkin lebih banyak fakta dapat diperoleh berbanding maklumat berusia 100 tahun lalu.

Selama beberapa dekad, Babylon menjadi mangsa kepada peradaban pernah dicetuskannya.

Mula-mula, Saddam menjadikan tapak itu sebagai tarikan utama pelancongan dengan harapan ia dapat menaikkan imejnya di mata dunia.

Justeru, pemimpin Iraq itu menjalankan pelbagai projek pembangunan di sekitar tapak Babylon, seperti restoran dan kemudahan lain pada 1980-an.

Kebanyakan pakar arkeologi antarabangsa mengelak untuk campur tangan kerana reputasi rejim Saddam, selain kesan perang Iran - Iraq dan sekatan PBB.

Selepas kerajaan Saddam tumbang pada 2003, datang pula era perang.

Ketika Muzium Kebangsaan Baghdad dipecah masuk dan artifak bernilai tinggi dicuri, penjenayah melarikan pelbagai barangan tinggalan Babylon.

Banyak kertas laporan dan kajian mengenai Babylon turut dibakar.

Tidak lama kemudian, tentera AS dan Poland mendudukinya.

Penggunaan jentera berat tentera merosakkan struktur binaan yang masih tinggal, atau lapangan sekitarnya yang kaya dengan serpihan peralatan pernah digunakan masyarakat Babylon.

Tentera membina tapak pendaratan helikopter dan kawasan meletak kenderaan di situ tanpa mengambil kira kemusnahan tinggalan bandar purba itu.

Dalam keadaan begitu, sebenarnya tiada sebarang kerja-kerja pemuliharaan dilakukan secara menyeluruh hampir satu abad.

Tiada kesan Taman Tergantung yang didakwa dibina untuk isteri Raja Nebuchadnezzar II, atau menara mencetuskan kisah Babel dalam Bible.

Juga tidak ditemui kesan batu bersurat raksasa mencatatkan undang-undang dicipta Raja Hammurabi, dianggarkan berusia hampir 4,000 tahun lalu.

Ketika keadaan di Iraq agak aman secara relatifnya, ada ruang untuk pihak berkenaan menebus kesilapan lalu terhadap tapak purba berkenaan.

Namun, cabaran tetap ada.

Kawalan keselamatan dan kemudahan infrastruktur di Babylon sangat minimum - sama seperti 12,000 tapak arkeologi lain di negara itu.

Hanya ada 1,500 polis ditugaskan mengawal semua tapak bersejarah di Iraq.

Kebanyakan tempat itu juga terlalu berbahaya untuk dilawati, sama ada di kalangan pelancong atau pakar arkeologi.

Walaupun kerajaan Iraq memang terbabit secara langsung dalam projek pemuliharaan tapak Babylon, pegawai berkata, masih terlalu banyak isu lebih penting lain yang memerlukan perhatian segera.

Katanya, masa bertahun-tahun diperlukan untuk menyenarai Babylon sebagai Tapak Warisan Unesco, pengiktirafan yang hanya boleh diberi selepas kerajaan melakukan kerja-kerja pemuliharaan. — Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 02:00 PM | Show all posts
jom layannnnzzzzzzzzzzzzzzzzz  --- rivers of babylon -  boney m  


        






By the rivers of babylon, there we sat down
Ye-eah we wept, when we remembered zion.

By the rivers of babylon, there we sat down
Ye-eah we wept, when we remembered zion.

When the wicked
Carried us away in captivity
Required from us a song
Now how shall we sing the lords song in a strange land

When the wicked
Carried us away in captivity
Requiering of us a song
Now how shall we sing the lords song in a strange land

Let the words of our mouth and the meditations of our heart
Be acceptable in thy sight here tonight

Let the words of our mouth and the meditation of our hearts
Be acceptable in thy sight here tonight

By the rivers of babylon, there we sat down
Ye-eah we wept, when we remembered zion.

By the rivers of babylon, there we sat down
Ye-eah we wept, when we remembered zion.

By the rivers of babylon (dark tears of babylon)
There we sat down (you got to sing a song)
Ye-eah we wept, (sing a song of love)
When we remember zion. (yeah yeah yeah yeah yeah)

By the rivers of babylon (rough bits of babylon)
There we sat down (you hear the people cry)
Ye-eah we wept, (they need their God)
When we remember zion. (ooh, have the power)

[ Last edited by  amazed at 16-11-2008 02:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2008 04:29 PM | Show all posts

Reply #6 amazed's post

ni dipetik dari psalm 12 kan? ayat2 kitab suci yahudi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 04:32 PM | Show all posts

Reply #6 amazed's post

Aku dah agak dah...mesti keluar lagu ni punye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 04:41 PM | Show all posts

Taman Tergantung Babylon



Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM . Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.

Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.



Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.

Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.070193 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list