CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11278|Reply: 5

[Tempatan] Abudi Alsagoff berkongsikan dia hampir diperdaya gara-gara mudah mesra dengan penumpang yang tidak dikenali dalam pesawat untuk mengangkat bagasi

[Copy link]
Post time 19-12-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
seorang pempengaruh di media sosial yang juga dikenali sebagai Abudi Alsagoff berkongsikan dia hampir dijadikan 'kambing hitam' gara-gara mudah mesra dengan penumpang yang tidak dikenali dalam pesawat.



Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, situasi berkenaan bermula apabila seorang wanita pertengahan umur memintanya bantuan untuk mengangkat bagasi, namun dia bernasib baik kerana ada yang sudi membantu.

"Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu," katanya.

Menurutnya, dia dan wanita berkenaan leka berbual sepanjang perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa menyedari ada sesuatu bakal berlaku.

Jelas Abudi Alsagoff lagi, wanita itu tanpa semena-mena mengalami sakit perut ketika pesawat ingin mendarat selain memintanya untuk menemani dan membawakan barangan peribadi.

"Lepas settle duduk, makcik ni terus borak dengan aku. Friendly gila, kami borak sepanjang flight. Tapi masa flight nak landing, tiba-tiba dia mengadu sakit perut teruk.

"Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, makcik ni start panggil aku "anak", pegang tangan aku kuat-kuat.

"Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related," kongsinya lagi.

Keadaan jadi kecoh apabila tiba-tiba wanita tersebut bertindak cuba melarikan diri dari airport

"Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan makcik ni.

"Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia. Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight.

"Masa nak keluar dari flight, makcik tu merayu suruh aku bawakan handbag dia. Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat.

"Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia. Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang makcik tu," ujarnya.

Makcik tu tunggu wheelchair, dan aku pun blah. Tak lama lepas tu, kecoh kat airport. Rupa-rupanya, makcik tu lari dari wheelchair sambil bawak luggage dia. Polis airport cepat-cepat tahan dia.

"Masa tu la makcik tu menjerit, panggil aku "anak" dan tuduh aku tinggalkan dia. Baru aku sedar, makcik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni," kongsinya.

Abudi Alsagoff memaklumkan, dia bernasib baik kerana ada penumpang lain yang sudi membantu dan menjelaskan situasi sebenar kepada pihak polis.

Jelasnya lagi, insiden sedemikian boleh dijadikan pengajaran terbesar dalam hidup iaitu sentiasa berhati-hati dan jangan menyentuh apa-apa barangan milik orang lain meskipun terlihat tidak berbahaya.

"Polis mintak mak cik itu beri nama penuh aku, tetapi dia tak boleh sebab aku tak pernah kongsi nama aku.

"Barang aku diperiksa habis-habisan, tapi tak ada hubungan pun dengan barang dia. Akhirnya aku dilepaskan.

"Sekarang ini kalau ada orang minta tolong angkat barang, aku terus panggil kru pesawat. Tak kisah panggil aku dingin, ini semua langkah keselamatan diri," ujarnya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2024 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ni mcm cerita recycle je..
translate dari english version?
memang cerita asal dari dia ni kerrr..
dah la sebiji-biji sama..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sekadar chitchat dalam flight itu common ko yang ter lebih friendly...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat baca sampai habis.
Ko plagiat cita zmn dinosaur ghopanyehh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hsanah ke, sebiji
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata pempengaruh
Satu gmba makcik tkde.
Apa pakai Nokia 3310 lagi ka?
Hasanah sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.397918 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list