View: 3880|Reply: 41
|
Konsert solo Mawi di Istana Budaya?
[Copy link]
|
|
Konsert solo Mawi di Istana Budaya?
03-06-2008 11:27:12 AM
oleh WAHIDA ASRANI
SEJAK mengumumkanhubungan cinta yang terjalin dengan buah hatinya, Ikin, tidak lamadulu, tidak dinafikan cerita yang sering dipaparkan di media mengenaiMawi selepas itu sememangnya lebih berkisarkan kepada kisah cintamereka.
Pelbagai cerita 'menarik' sering dibaca antaranyapasangan ini dikatakan sedang sibuk membuat persediaan sempena hari'bersejarah' mereka dan tidak kurang juga yang mengatakan pasangan inibakal mendirikan rumahtangga sekitar Disember nanti.
Apapuntelahan ramai meskipun diselitkan dengan sumber-sumber yang cukup'berasas', Mawi mahupun Ikin sendiri lebih selesa mengunci mulutmengenai hal tersebut.
Bagi Mawi sendiri, bukan sengaja dirinyamengambil langkah untuk menyembunyikan hal itu, tetapi jejaka kelahiranFelda Taib Andak, Johor ini tidak mahu terlalu 'mendedahkan' kisahperibadinya sehinggalah sampai masa yang sesuai untuk dia berbuatdemikian.
"Tidak pernah terlintas untuk saya menyembunyikan kisahsebenar andai kata saya sudah ingin berkahwin. Buat apa merahsiakanperkara yang baik, cuma saya tidak rasa sekarang adalah masa yangsesuai untuk saya bercakap tentang perkara ini.
"Bila sampai satumasa nanti, saya pasti akan ceritakan segala-galanya. Insyaallah, sayaingin kumpulkan semua media dan adakan satu sidang media khas untukbuat pengumuman tersebut kelak.
| Mawi tunggu masa sesuai dedahkan tentang perkahwinan (Foto The Star oleh Brian Moh) | "Memangsaya tahu ada yang cakap kami berdua sedang sibuk beli barang untukmajlis kahwin kami. Ada yang kata saya beli barang hantaran di Dubai.
"Memang benar, saya ada beli banyak barang di sana, termasuklah kain untuk keluarga dan Ikin sendiri.
"Tetapi,kain-kain itu untuk kegunaan mereka. Bukan untuk tujuan tertentu," ujarMawi yang ditemui pada sidang media Konsert Cornetto Love Sparks diPlanet Hollywood, semalam.
Sambil cuba mengalih topik terhadapkarier seninya, jejaka berusia 27 tahun ini bagaimanapun mengaku'hampir' bersedia untuk bergelar suami.
"Sama ada saya sudah bersedia? 50-50 rasanya," kata Mawi secara berseloroh.
Berbicaramengenai kariernya pula, penyanyi yang mendapat jolokan Raja SMS initurut melahirkan hasratnya untuk mengadakan konsert solo pada tahunhadapan.
"Sebenarnya sudah lama saya 'berangan' nak buat konsertsolo selepas yang pertama dulu, Konsert Fantasia di Bukit Jalilkira-kira dua tahun lalu.
"Ada juga merancang serba-sedikittentang idea tersebut. Kalau boleh, saya ingin adakan di Istana Budaya(IB) dan mungkin konsepnya ala-ala muzikal.
"Saya rasa IBadalah tempat yang sesuai untuk idea konsert saya itu disebabkan setpentas IB yang pada pendapat saya memang cukup menarik.
"Tetapi,kita belum membuat sebarang perbincangan dengan IB lagi kerana itu barudi peringkat perancangan awal. Tapi, kalau idea itu 'menjadi', memangsaya kena buat persediaan at least selama dua bulan.
"Kalauboleh, tak mahu ulang kesilapan lagi seperti konsert pertama dulu yangmana saya rasakan saya kurang buat persediaan yang rapi pada konserttersebut.
"Mungkin juga kali ini saya akan undang samaartis-artis lain untuk beraksi di konsert itu kelak. Buat masa ini didalam fikiran saya ialah Datuk Siti Nurhaliza, M.Nasir dan Saleem,"jelas Mawi yang masih di dalam proses rakaman album qasidahnya.
Mawijuga bakal menjayakan Konsert Cornetto Love Sparks pada 28 Jun ini diPadang Merbok bersama lima lagi artis iaitu Mila, Dafi, Gita Gutawa,Estranged dan juara AF6, Stacy.
Letak syarat pada Maestro?
Sepanjangtiga tahun bergelar artis, karier seni Mawi telah diuruskan sepenuhnyaoleh Maestro Talent. Kontrak yang diikat bersama Maestro itubagaimanapun akan berakhir dalam masa beberapa bulan lagi.
Ditanyasama ada dia 'berminat' untuk menyambung lagi kontrak tersebut atau'beralih angin' kepada pengurusan yang lain, Mawi sambil tersenyummenjawab:
"Semuanya masih di dalam perbincangan dengan pihakMaestro. Selama ini, saya tidak ada sebarang masalah dengan Maestro.Sudah tiga tahun saya bersama mereka, memang Maestro menjaga kebajikansaya.
"Insyaallah, jika saya ingin sambung kontrak, kemungkinansaya akan ikat selama setahun dulu. Bukan letakkan syarat atausebagainya...tetapi kita lihat dulu macam mana dalam tempoh setahun itunanti.
"Sebenarnya, kalau diikutkan, memang saya terfikir jugauntuk uruskan karier sendiri, tetapi saya belum cukup bersedia untuklakukannya kerana sebelum ini Maestro yang banyak carikan job untuk saya.
"Begitu juga dengan syarikat-syarikat rakaman lain. Buat masa ini, saya memang tidak menerima sebarang offer daripada mana-mana pihak yang ingin tawarkan saya sertai mereka," kata duta kaca mata Aeras Eyewear ini.
[ Last edited by Syd at 3-6-2008 12:45 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasanya masih terlalu awal.... kluar la album dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
Tahun depan?
Lama lagi tu.
Pasal nak sambung ngan Maestro tu, hmm..pikirla baik-baik.
Kalau ada yg offer, elok gak pertimbangkan.
Tapi kalau ngan Maestro ni, dari segi promosi takder masalah, pasal still under astro. |
|
|
|
|
|
|
|
ade ke owang nak tengok? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dino at 3-6-2008 01:01 PM
rasanya masih terlalu awal.... kluar la album dulu...
Rasanya kalau kena konsep sesuai, mesti best.
Buatla konsep lagu-lagu qasidah, nasyid ker.
Tapi kena bawak lagu org lain jugakla.
Takleh harap lagu sendiri jer. |
|
|
|
|
|
|
|
tengah rakam album qasidah kan?......
tp banyak album satu dlm seribu tu pun senyap jer kan?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikz at 3-6-2008 01:08 PM
tengah rakam album qasidah kan?......
tp banyak album satu dlm seribu tu pun senyap jer kan?....
Ha'ah.
Tu ler salah satu kelemahan maestro.
Aku rasa banyak lagi lagu yg boleh di promote kat radio.
Alih-alih lagu ya rindu ya nyawa pulak yg diorang duk ketengahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
cukup 3-4 tahun
mawi mesti dah jatuh standard
|
|
|
|
|
|
|
|
buat kat istana budaya ke, buat kat istana buckingham ke, wa xnak amek hal lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Syd's post
dr segi vokal ambo tak risau sgt dah psl mawi dah improve... dr segi jodoh jer ambo risau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 dino's post
ada ke lagu2 baru nak wat konsert solo? lagu2 cam seme dah basi jerk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 sRbA's post
sbb tu la kluar album dulu.... ngan lagu yg power.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 dino's post
kalo mawi tak kawin ngan kikin or se spesis dgn nya, rame lagi peminat yg tak risao dah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tikusmondok at 3-6-2008 01:21 PM
buat kat istana budaya ke, buat kat istana buckingham ke, wa xnak amek hal lg...
kah kah kah
istana buckingham katanya |
|
|
|
|
|
|
|
jemput rabbani sekali weh, leh duet lagu saksi, best n catchy kan. aku bagi cadangan jerk laaaaaaaa
kalo ada kikin gak dalam konsert tuh, leh pakat2 baling telor temelang ke kikin nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 tikusmondok's post
tm , aku just ambik tau gitu2 jerk la. dah ada kikin n the kangkang kan kan, apa mau hal |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 kekekek's post
Ala-ala aje tawww |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak layan alleycat je 28-30hb ni kat IB.....mawi aku dah tak minat |
|
|
|
|
|
|
| |
|