CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4929|Reply: 11

Plaza tol 'maut' di Jelapang tutup mulai hari ini

[Copy link]
Post time 6-6-2008 09:52 PM | Show all posts |Read mode
06-06-2008 06:22:50 PM

IPOH: Plaza Tol Jelapang yang terkenal dengan gelaran "plaza tol maut" ditutup hari ini serentak dengan pembukaan Plaza Tol Ipoh Utara (Arah Selatan) yang terletak 800 meter dari plaza lama itu.  

Pembukaan plaza tol baru itu dirasmikan dalam satu acara ringkas pada 4 petang oleh Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.  

Plaza Tol Jelapang bagi laluan arah ke utara bagaimanapun masih berfungsi sehingga plaza tol baru Ipoh Utara (Arah Utara) dibuka tidak lama lagi.  



"Plaza Tol Jelapang sedia ada (laluan ke utara) akan dialihkan ke plaza tol baru secara berperingkat bagi membolehkan projek laluan terus tanpa henti antara Ipoh (Selatan) ke Jelapang siap Oktober ini," kata Mohd Zin pada sidang akhbar selepas majlis itu.  

"Kita sedia maklum tol lama tidak strategik kedudukannya...ini peringkat permulaan sebelum keseluruhan projek siap 31 Dis depan," katanya.   

Beliau berkata keseluruhan projek laluan terus tanpa henti antara Jelapang dan Ipoh Selatan serta pembinaan laluan alternatif di kiri dan kanan lebuh raya sepanjang tujuh kilometer di Ipoh bagi kemudahan laluan bebas tol penduduk tempatan akan dibuka 1 Jan 2009.  

Laluan di Lebuh Raya Utara Selatan antara Juru di Pulau Pinang dan Jalan Duta di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai plaza tol apabila projek laluan terus tanpa henti antara Jelapang dan Ipoh Selatan siap.  

Projek pembinaan plaza tol baru berkenaan melibatkan kos sebanyak RM260 juta dan menurut Mohd Zin, projek berkenaan dilaksanakan sebagai usaha mengatasi masalah kemalangan yang bering berlaku di Plaza Tol Jelapang.  

"Ini merupakan langkah yang diambil kerajaan untuk mengelak kemalangan yang sering berlaku di tapak lama yang terlalu hampir dengan curam menuruni terowong Menora...diharap dengan usaha ini tidak berlaku lagi kemalangan-kemalangan yang meragut nyawa di kawasan ini," katanya.  

Dengan pembukaan plaza tol baru itu, kini pengguna dari arah utara akan membuat bayaran tol di plaza berkenaan sebelum meneruskan perjalanan manakala mereka yang ingin keluar ke Jelapang atau Chemor perlu keluar lencongan baru melalui Bandar Meru Raya.  

"Papan tanda tunjuk arah dan amaran disediakan di lokasi-lokasi strategik. Pengguna lebuh raya dinasihati mematuhi papan tanda yang disediakan dan arah petugas lebuh raya," katanya.  

Proses pembinaan plaza tol baru itu dimulakan sejak tiga tahun lalu dan tertunda beberapa kali ekoran pelbagai masalah termasuk kesukaran mengambil tanah individu dan perancangan pelan pembinaannya. BERNAMA


http://mstar.com.my/cms/content. ... 2-107f8ba0-2237ee7b
http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 10:08 PM | Show all posts
Pasnih bleh la drift start dari kuar terowong sampai ke Jelapang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2008 10:47 PM | Show all posts

Reply #2 GAMEOVER's post

eksen ko ye... walau tol tutup, booth tu ada lagi weh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:21 PM | Show all posts
wendu lak nak balik ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:50 PM | Show all posts

Reply #3 bzzts's post

Hoh? Diorang tak robohkan tol asal ker?

Abih tuh turun bukit nak kena lalu celah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 03:22 AM | Show all posts
tol besa tak ingat..tapi jalan nye tak siap habeh lagi kan..aku nampak tol aja siap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2008 10:06 AM | Show all posts
aku pun tak reti la.  kalau orang-orang ipoh nak bergerak ke sana ke mari, cemana?  aku tak faham sangat pasal laluan alternatif tu.  apsal sebut Laluan Alternatif?  kenapa tak dinamakan sebagai Laluan Rakyat?  
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 01:00 PM | Show all posts
laluan pakatan rakyat..

chop2..

bangunan tinggi tepi tol jelapang tu..bangunan pe ar...cam kosong semacam ja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2008 01:17 PM | Show all posts
booth tol tu nanti diorang buat booth orang meniaga buah-buahan.jambu madu misalnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 05:27 PM | Show all posts
aku rasa tol tu dah berantu kot. tu pasal diorg tutup terus.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 08:03 PM | Show all posts

Reply #8 Joe Hahn's post

ni bukan bangunan yg nampak senget tu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:13 AM | Show all posts
eeeiiik..br pasan psl mende nih!
tol lama kit lgik sure kene roboh. ms hari pembukaan aku cuti..x dpt tgk. skg org dr jelapang kene pusing meru raya nk msuk h'way. laluan alternative tu..kt projek nih dinamakan diamond interchange. tp lom siap sepenuhnye. kit lgik ade bridge cross over the h'way. PCB nak naikkan meru raya, tu psl kene pusing sana. projek nih lom siap sepenuhnye..so x tau aku nk citer camner...
info dr projek ipoh jelapang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.113368 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list