View: 7996|Reply: 31
|
Masjid Agong Demak kekal asli!!
[Copy link]
|
|
Masjid Demak kekal asli
Susunan Idris Musa
front view
MASJID Agung Demak adalah satu daripada masjid tertua di Pulau Jawa yang pernah menjadi pusat terpenting bagi penyebaran Islam dan aktiviti kemasyarakatan.
Terletak di tengah pekan Demak, Jawa Tengah, Indonesia, masjid itu bukan saja menjadi mercu tanda kepada syiar Islam di pulau terbabit, malah ia bukti keagungan yang dicapai kesultanan Demak sebagai kesultanan Islam di Pulau Jawa.
Masjid itu yang dibina sekitar 1428 dibangunkan dalam beberapa peringkat. Sehingga 1466, ia masih berbentuk seperti pondok dengan nama Glagahwangi.
Seterusnya pada 1477, masjid berkenaan dibangunkan menjadi masjid Kadipaten Demak. Pembangunan diteruskan setahun selepas Raden Fatah dinobatkan sebagai Raja Demak Bintoro iaitu pada 1478.
Pembangunan semula buat kali terakhir dijalankan pada 1987 dengan bantuan dana daripada kerajaan. Ketika itu, kos pembangunan membabitkan Rp688 juta (RM243,552).
Negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan rantau Teluk termasuk Arab Saudi, Turki, Malaysia dan Brunei turut menghulurkan bantuan dalam pembinaan itu.
OIC mengakui Masjid Agung Demak sebagai monumen bagi masyarakat Muslim yang memiliki ciri seni bina khusus sesuai dengan zamannya.
Walaupun dibangunkan berulang kali, keaslian bentuk masjid yang pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di Jawa itu tetap terpelihara.
Masjid Agung Demak yang dibina dengan kayu adalah contoh klasik masjid tradisi orang Jawa, memiliki seni bina khas masyarakat Muslim Nusantara, malah ia berbeza dengan kebanyakan masjid lain terutama di negara Arab yang menggunakan kubah.
Berukuran 31 x 31 meter, ia mempunyai 50 tiang penyangga, 28 penyangga serambi dan 16 tiang di sekelilingnya. Empat tiang penyangganya dikatakan diberi oleh empat anggota Walisongo iaitu Sunan Bonang, Sunan Ampel, Sunan Gu nungjati dan Sunan Kalijaga.
Pintu masuk utama Masjid Agung Demak diukir dengan motif tumbuhan, bekas bunga, mahkota dan kepala haiwan dengan mulut berbuka dan gigi besar.
Dinding depan masjid dihias dengan 66 jubin porselin biru putih, dipercayai dibawa dari Champa (Vietnam). Bagai manapun, menurut sesetengah laporan, jubin terbabit diambil dari istana Sultan Majapahit.
Masjid Agung Demak mempunyai banyak kenangan dan keunikan seperti Saka Tatal, Maksurah, Dhampar Kencana dan Saka Majapahit. Di samping itu, persekitaran Masjid Agung Demak terdapat makam Sultan Demak dan muzium.
Atapnya sekali pandang mempunyai banyak persamaan dengan binaan bermotif keagamaan yang diperbuat daripada kayu, misalnya peradaban Hindu-Buddha Jawa dan Bali.
Bagaimanapun, atap yang disokong empat tiang kayu jati besar dan direka bersusun tiga berbentuk segi tiga sama, dikatakan pada setiap bahagiannya mempunyai makna ter sirat.
Atap yang bersusun tiga menjadi lambang bagi setiap orang beriman, bermula daripada tahap Mukmin, Muslim dan Muhsin atau iman, Islam dan ihsan.
Demikian halnya dengan lima pintu yang menghubungkan satu bahagian dan bahagian lain, mengingatkan setiap umat Islam terhadap rukun Islam yang lima iaitu mengucap kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.
Sementara enam jendelanya melambangkan rukun iman; beriman kepada Allah, beriman kepada rasul-Nya, beriman kepada kitab-Nya, beriman kepada malaikat-Nya, beriman pada hari kiamat serta qada dan qadar.
Begitu juga dengan kolam air yang menghubungkan ba hagian luar dan masjid, selain menjadi tempat bersuci, ia juga mengingatkan umat Islam supaya sentiasa membersihkan diri daripada pelbagai kekotoran sama ada pada fizikal atau berkaitan hati.
Hari ini, Islam di Indonesia muncul sebagai agama utama, malah jika dinilai dari segi kuantiti, negara terbabit berada di tangga teratas dengan bilangan umat Islam paling ramai berbanding negara lain di dunia.
Mengikut data yang dibanci untuk tahun 2000, laporan Biro Pusat Statistik Indonesia (BPS) menunjukkan 88.22 peratus penduduk Indonesia beragama Islam (210 juta), Protestan (5.87 peratus), Katolik (3.05 peratus), Hindu (1.81 peratus), Buddha (0.84 peratus) dan lain-lain (0.2 peratus). |
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan yang terbuat dari kayu jati ini berukuran 31 m x 31 m dengan bagian serambi berukuran 31 m x 15 m. Atap tengahnya ditopang oleh empat buah tiang kayu raksasa (saka guru), yang dibuat oleh empat wali di antara Wali Songo.
Saka sebelah tenggara adalah buatan Sunan Ampel, sebelah barat daya buatan Sunan Gunung Jati, sebelah barat laut buatan Sunan Bonang, sedang sebelah timur laut yang tidak terbuat dari satu buah kayu utuh melainkan disusun dari beberapa potong balok yang diikat menjadi satu (saka tatal), merupakan sumbangan dari Sunan Kalijaga.
Serambinya dengan delapan buah tiang boyongan merupakan bangunan tambahan pada zaman Adipati Yunus (Pati Unus atau pangeran Sabrang Lor), sultan Demak ke-2 (1518-1521) pada tahun 1520.
[ Last edited by amazed at 7-6-2008 11:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
takde gambar Soko Total ke Dexa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
yg ni la tingin nk g, tapi kat jawa tengah, abah pon nk pergi gak...
hari tu sempat g sunan ampel je sebab kat surabaya...dekat...
mmg gaya gini pon masjid kt indonesia, terbuka... |
|
|
|
|
|
|
|
9 highlanders agong yg merencana plan agung |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid Agong Wali 9.........kembarnya , Masjid Kg Laut ada di Nilam Puri, Kelantan. Lihatlah kepada gong di atas, buatannya sama dengan gong yang ada di Masjid Kampung laut, tapi kini sudah dipindahkan ke masjid Muhammadi di bandar Kota Bharu Kelantan.
Perancangan dan plan untuk masjid ini dilakukan di Kelantan oleh anggota Wali 9, dan ada bahan2nya yang dibawa daripada Kelantan, Patanni dan Champa. |
|
|
|
|
|
|
|
Di masa orang Jawa masih lagi sesat dengan agama Hindu (kecuali beberapa kawasan minoriti sudah menerima Islam yang dibawa oleh pedagang Arab yang telah menetap di jawa), orang Kelantan telah mencapai zaman kegemilangan agama Islam. Maaflah kepada orang Acheh atau Kedah atau negeri lain, hakikatnya negeri Kelantan ialah bumi keramat yang terpelihara tempat akan bangkitnya islam di sebelah Timur. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 7-6-2008 11:59 AM
Masjid Agong Wali 9.........kembarnya , Masjid Kg Laut ada di Nilam Puri, Kelantan. Lihatlah kepada gong di atas, buatannya sama dengan gong yang ada di Masjid Kampung laut, tapi kini sudah dipin ...
won bin.. aku tak tau lak ada kembar camtu... tapi aku penah baca pasal lebih kurang sama design tu... tapi masejid kg laut tu.. lagi tua ek... kalu tak silap aku la.. tol ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Baca buku Al-marhum Ust Wan Mohd saghir tentang wali2 tanah melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid Kampung Laut |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk mengetahui sejarah masjid Agong Demak, anda kena tahu bermula sejarah Masjid kampung laut. Jika tidak, anda akan hilang punca tentang asal usul masjid Agung Demak.
Begini ceritanya..................
Masjid Kampung Laut lebih tua sedikit daripada masjid Agung Demak. Masjid Kg Laut dibina oleh Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan adiknya Sayyid Thanauddin. Mereka dua orang ini merupakan anggota Wali 7 yang datang daripada India dalam misi dakwah di Nusantara. Mereka ini bukan mamak India, tetapi orang Arab yang merantau. Mereka adalah keturunan Nabi Muhammad SAW yang mana seperti yang kita baca daripada sejarah, keluarga Nabi Muhammad telah dizalimi, mati kena bunuh dan bertaburan merantau. Ini kerana TAKDIR ALLAH. Keturunan nabi Muhamad akan bertapak kembali di Nusantara, bukan di Tanah Arab. Ada something special dengan Nusantara. Allah sahaja yang tahu.
BERSAMBUNG....... aku nak keluar kejap
Sneak peak:
- Kaitan danau Tok Uban dengan Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan adiknya Sayyid Thanauddin.
- Hulu Melaka yang jaraknya 7 hari 7 malam daripada Kota Melaka sebenarnya ialah Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan.
- keturunan Nabi Muhammad di Kelantan melalui darah Wali 7 termasuk Tuan Guru datuk Nik Aziz Nik Mat.
- Hang Tuah bertapa di Bukit Panau, Kelantan.
- hang Tuah, kapak dan budaya orang kelantan
- Berguru ilmu ghaib daripada ratu bunian di Danau Tok Uban.
- Rahsia ilmu ghaib Hang Tuah, Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong
- Lokasi hang Tuah selepas meninggalkan melaka pada usia tuanya
Nabi Muhammad sudah tiada, namun generasinya tetap utuh untuk mempertahankan Islam daripada pengkhianat seperti
[ Last edited by WonBin at 7-6-2008 12:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 WonBin's post
won bin..cepatle sambung.cM MENARIK JE |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 7-6-2008 12:43 PM
Untuk mengetahui sejarah masjid Agong Demak, anda kena tahu bermulasejarah Masjid kampung laut. Jika tidak, anda akan hilang punca tentangasal usul masjid Agung Demak.
Begini ceritanya..................
Masjid Kampung Laut lebih tua sedikit daripada masjid Agung Demak.Masjid Kg Laut dibina oleh Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan adiknyaSayyid Thanauddin. Mereka dua orang ini merupakan anggota Wali 7 yangdatang daripada India dalam misi dakwah di Nusantara. Mereka ini bukanmamak India, tetapi orang Arab yang merantau. Mereka adalah keturunanNabi Muhammad SAW yang mana seperti yang kita baca daripada sejarah,keluarga Nabi Muhammad telah dizalimi, mati kena bunuh dan bertaburanmerantau. Ini kerana TAKDIR ALLAH. Keturunan nabi Muhamad akan bertapakkembali di Nusantara, bukan di Tanah Arab. Ada something special denganNusantara. Allah sahaja yang tahu.
BERSAMBUNG....... aku nak keluar kejap
Sneak peak:
- Kaitan danau Tok Uban dengan Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan adiknya Sayyid Thanauddin.
- Hulu Melaka yang jaraknya 7 hari 7 malam daripada Kota Melaka sebenarnya ialah Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan.
- keturunan Nabi Muhammad di Kelantan melalui darah Wali 7 termasuk Tuan Guru datuk Nik Aziz Nik Mat.
- Hang Tuah bertapa di Bukit Panau, Kelantan.
- hang Tuah, kapak dan budaya orang kelantan
- Berguru ilmu ghaib daripada ratu bunian di Danau Tok Uban.
- Rahsia ilmu ghaib Hang Tuah, Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong
- Lokasi hang Tuah selepas meninggalkan melaka pada usia tuanya
Begini ceritanya...... ...
Tepat sekali..terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
chop aku nak tanya...betulke kota melaka tu situated kat negeri melaka skrg ni sbb cam jauh je ngan bukit panau tu...nak menapak 7 hari 7 malam tu sengsara...
ok , aku tau org yg berilmu..mmg sekelip maa leh sampai..tp aku rasa istilah 7 hari 7 malam tu utk org biasa2..ntah2 kota melaka yg dimaksudkan tu kat tpt lain..amacam... |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dahulu jajahan takluk kerajaan Melaka adalah luas. Bagi orang luar, satu semenanjung ini merupakan Melaka. Fakta inilah yang memeningkan kepala pakar-pakar sejarah. Susah untuk ditentukan lokasi yang sebenar.
Jika mahu mengkaji keaslian bahan binaan masjid2 ini, silalah kaji kenis kayu apakah yang digunakan sebagai tiang asas masjid. Daripada hutan mana kayu itu didapati. Adakah kayu itu kayu tempatan atau kayu yang dibawa daripada Champa atau Patanni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekarang orang Jawa Totok tidak boleh terima hakikat bahawa mereka telah diislamkan oleh orang Kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 WonBin's post
tu la..mcm pelik plak tetibe kat kelate tu ada pulau mrlaka...ntah2 pusat pemerintahan kerajaan melayu melaka tu kat kelate..hehehe..yg kat melaka tu pelabuhan je ker...hehehe..marah org ni...aku suspek je la...based on kkorang2 nyer kajian.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|