CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2931|Reply: 33

Hot FM semakin panas [rating terbaru - 4.3 juta pendengar]

[Copy link]
Post time 9-6-2008 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Mampu pikat 4.3 juta pendengar dalam tempoh dua tahun

TAHNIAH! Rangkaian radio Media Prima, Hot FM dan Fly FM terusmengukuhkan kedudukan mereka dengan merekodkan kenaikan jumlahpendengar yang memberangsangkan bagi kedua-dua stesen radio berbahasaMelayu dan Inggerisnya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Nielsen Media Research. gabunganjumlah terkumpul menyaksikan hampir lima juta mendengar kedua-duastesen itu. Mengikut pecahan catatan sebenar, radio Hot FM mendekatihampir 4.3 juta. Ini bermakna kenaikannya mencatat lebih 300,000 ataulapan peratus daripada kajian tahun lalu.
        
Ini juga menunjukkan satu persaingan yang sihat,positif serta meninggalkan impak dalam industri radio tempatan. Hot FMkini semakin menghampiri pesaing terdekat mereka iaitu stesen radioEra.

Menurut Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, SeelanPaul, setelah lebih dua tahun beroperasi, kejayaan ini satu pencapaiandan momentum terbaik memacu hala tuju Hot FM ke peringkat seterusnya.

Bagi Seelan, soal menjadi stesen radio nombor satu pastinyamenjadi matlamat sesiapa pun di dalam dunia ini, namun katanya, menjadiyang pertama adalah satu bonus.




"Tumpuansebenar bukan hanya mahu menjadi yang terbaik dan menempatkan stesen ditakhta yang pertama, sebaliknya kami kena sentiasa meningkatkan isikandungan yang padat dan menarik di samping memberi fokus kepadapeningkatan rating. Secara automatiknya hasil (keuntungan) itu akan datang.

"Komitmen kerja tidak boleh berhenti begitu saja tetapi akansentiasa berterusan kerana perjuangan akan menjadi lebih sengit selepasini. Kami kena sentiasa komited, tidak boleh leka demi memberikanperkhidmatan dan isi kandungan yang bagus.

" Penyelidikan kepada minat pendengar juga perlu dilakukan bagimemberi yang sehabis baik. Menjadi nombor satu itu kalau ia datang,datanglah (menjadi milik Hot FM)," kata Seelan sewaktu ditemui dalamsatu majlis santai bersama Hip anjuran Hot FM baru-baru ini.

Kata Seelan, sokongan Media Prima termasuklah media cetak dan elektronik akan sentiasa dihargai dan amat dialu-alukan.
                                "AnugerahBintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini juga menjadi satupetunjuk dan pengukur terbaik bahawa stesen ini mampu untuk menarikminat pendengar di samping mengubah persepsi awam.

"Ini dibuktikan dengan kemenangan Fara Fauzana dan FaizalIsmail yang mengungguli kategori Penyampai Radio Popular ABPBH 2007.Justeru, saya tidak boleh menidakkan impak ABPBH sendiri dalammenobatkan dan terus mengangkat bakat tempatan.

"Kemenangan Fara dan Faizal sendiri bagaikan satu simbolikyang mengesankan sehingga mampu menarik ramai pendengar sehingga segmenkendalian mereka iaitu Hot FM AM Krew menjadi program nombor satu diMalaysia yang menarik pendengar daripada bawah umur 40 tahun," kataSeelan lagi.

Mengenai pengunduran Fiq dan siapakah bakal penggantinya sertakhabar angin yang bertiup kencang mengatakan penyampai radio Era,Kieran bakal memeriahkan lagi pasukan Hot FM, Seelan masih belum mahumerungkaikan persoalan terbabit.

Mengenai strategi menggunakan golongan selebriti menjadipenyampai radio sebagai 'umpan' menarik minat pendengar, bagi Seelan iasesuatu yang sangat subjektif.

" Perihal menggunakan khidmat selebriti sebagai penyampai radioitu hanya satu pendekatan. Soal penyampai radio itu artis atau orangbiasa sekalipun, ia tidak menjadi masalah. Masing-masing mempunyaiobjektif untuk terus menaikkan jumlah pendengar.

"Mengenai Fiq, saat ini pihak kami masih mencari penggantinyatetapi bukan bidang bicara saya untuk mengulas lanjut. Individu yangpaling layak untuk menjawab persoalan itu ialah Pengurus RangkaianRadio Media Prima, Anida Tahrim. Tetapi pihak kami tidak tergesa-gesauntuk mencari pengganti Fiq. Mengenai Kieran pula, semuanya terpulangkepada kata putusnya sama ada mahu menyertai Hot FM," kata Seelan.


Geram entah bila radio eron nak jadik radio no 2 nih:@:@


[ Last edited by  krxzaqy at 10-6-2008 01:34 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2008 11:51 AM | Show all posts
skunk ni berape rating radio eron???  ade sape-sape tau?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 11:58 AM | Show all posts
boleh pakai ker survey Nielsen ni...kaedah apa yg digunakan..ko caya ker..btw..ERA still no1..HEHEHE
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:00 PM | Show all posts
berita baik nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by ashrafsinclair at 9-6-2008 11:58 AM
boleh pakai ker survey Nielsen ni...kaedah apa yg digunakan..ko caya ker..btw..ERA still no1..HEHEHE


org2 kementerian penerangan aka RTM bawah Zam Maideen je x percaya survey Nielsen nih.. kekekekeke..

consultant terbaik di dunia pun nak dipertikaikan.. cuba kasi bukti skit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:03 PM | Show all posts
  sabo sabooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2008 12:04 PM | Show all posts
hopefully hotfm x amek celebrity la cm eron...tah pape tahh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:17 PM | Show all posts
baik dengar lawak [email protected] dia pun tak le over sampai kutuk hidung &peha org..pas ni part mana plak nak dibuat lawak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2008 12:19 PM | Show all posts
hrp2 btul akan jd no.1...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:21 PM | Show all posts
aku tak ske para pauzana...sebutan tak jelas.....mengunyah skrip...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 12:26 PM | Show all posts
krew2 hot fm perasan popular..esp.fafau n faizal..botak tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 01:07 PM | Show all posts
NAK CADANGKAN HOTFM KURANG2KAN LAGU-LAGU INDON TU!

2 lagu INDON 1 MELAYU ...... takkan nak jadi mcm ERA dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 01:11 PM | Show all posts
katanya kat lembah kelang hotfm no.1
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 04:59 PM | Show all posts
AKU DAH FED-UP DENGAK LAGU ENDON....X LALU NK DENGAK LAGI. AKU KLU KLUAR JER LAGU ENDON TERUS TUTUP RADIO. X LALU MELELEH2......TERUK TUL MEDIA PRIMA NI...DLM MELODI DOK MPERSOALKAN KNAPA LAGU KITA X MDAPAT TEMPAT TAPI YG RADIO DIA DOK PUTAQ LAGU ENDON TU APA PASAI....MALAUN PUNYA MEDIA PRIMA:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 05:02 PM | Show all posts
HOT FM RADIO JAKARTA ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2008 05:47 PM | Show all posts
mak aiii
kenapa marah HotFM jer  ... radio era pn main lagu indo gak:@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2008 06:00 PM | Show all posts
Nasib baik dia pasang lagu indon. Dibuatnya pasang lagu Thailand ker, Filipina. korea. tak lagi haru ker tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by adikkeluangman_ at 9-6-2008 06:00 PM
Nasib baik dia pasang lagu indon. Dibuatnya pasang lagu Thailand ker, Filipina. korea. tak lagi haru ker tu...


lepas abis Gangstarz ni sure pasang lagu2 tu sumer... ...dorang kan radio rasmi Gangstarz
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 9-6-2008 09:06 PM


lepas abis Gangstarz ni sure pasang lagu2 tu sumer... ...dorang kan radio rasmi Gangstarz



indon dah. singapore dah.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by santubung at 9-6-2008 09:23 PM



indon dah. singapore dah.......


Paragon Child menang nanti sah bergema lagu tagalog kat HOTFM
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.056523 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list