|
Dua pemain bola sepak Perlis ditahan BPR11/06/2008 6:41pm
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
KUALA LUMPUR 11 Jun - Dua pemain utama bola sepak Perlis ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana terbabit rasuah masing-masing RM13,000 dan RM23,000.
Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, turut ditahan seorang individu yang dipercayai terlibat dalam mengatur keputusan pertandingan pada Mei lalu.
Katanya, rasuah yang diterima bagi memberi kemenangan kepada pasukan lawan semasa menentang Selangor.
- Utusan
siapa nih???? |
|