View: 36656|Reply: 146
|
'Nasi ganja' nasi kandar istimewa Ipoh - kome pernah makan ke?
[Copy link]
|
|
kome pernah makan ke kat sini...aku dulu peranah gak...memang lee.. ketagih ..sampai klu blh sekarang gak nk pi sana...tapi degor cerita dahh x berapa sodap camm dulu betul kee....dahhh bertahun x ke sana ... 'Nasi ganja' nasi kandar istimewa Ipoh
IPOH 23 Jun - Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.
Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.
Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.
Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.
Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.
Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.
Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina.
''Vangge, vangge, vangge', panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'marilah, marilah, marilah' itulah yang akan berkumandang setiap kali anda lalu di hadapan restoran berkenaan.
Sama seperti Kedai Kopi Yong Suan, pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia dan tradisi perniagaan tersebut diteruskan oleh ahli keluarga.
Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, keistimewaan 'nasi ganja' ialah ayam merahnya dimasak menggunakan sambal kelapa yang tidak boleh didapati di mana-mana restoran lain di seluruh negara.
''Nasi kandar ini menggunakan resipi kami sendiri. Kami menggunakan rempah yang digiling dan ia dibeli di Pulau Pinang," katanya.
Menurut Nihmatullah, sejak dibuka 49 tahun lepas, 'nasi ganja' semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuk daripada pelancong asing dari Singapura, Thailand dan juga Australia.
Katanya, kebanyakan pelanggannya memberitahu keistimewaan 'nasi ganja' terletak pada ayam merah yang tidak boleh ditandingi mana-mana pengusaha nasi kandar lain.
''Dulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana terletak di hadapan stesen bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup pada 15 tahun lepas, sambutan orang ramai terhadap 'nasi ganja' tidak pernah pudar," katanya.
''Biasanya, kami boleh menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar," katanya.
Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan hebat orang ramai ke atas masakan nasi kandar itu turut membantu melariskan jualan minuman dan roti bakar yang dijual di kedai yang diwarisi daripada mendiang ayahnya.
[ Last edited by Afrin at 24-6-2008 02:48 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PERNAH DENGO JE.... TP X PERNAH MAKAN PUN.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah makan gak.ada gambar? |
|
|
|
|
|
|
|
pernah makan masa sekolah dulu...itu pun sebab terpengaruh dgn kawan2 punya cerita....masa tuuu cuma tahu dia dekat bas stand Tg. Rambutan...kema dan kawan2 teman pi lee Tg. Rambutan cari kedai nie dulu.... ...ropanya bas stand Tg. Rambutan tuuu kat Pekan Ipoh jeee...:@ ...
siot punya zairul ...belangak cam tahuu last2 sesat samapi Tg. Rambutan... |
|
|
|
|
|
|
|
kan dulu pernah tempek kat thread mana ntah. ada gambar dan jugak artikel. gambar ramli sarip tengah makan pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Gemukkkkkkk's post
dah kena pembersihan admin kot..
tp kedai tu cukup pemes di bulan pose... dr balai polis yg jauh tu pun boleh order nasi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Gemukkkkkkk's post
yaa ke Gemukkkk'ss sorry leee teman org baru kat sini....kome ada ke pic tuu...tempek lee kat sini...
yg teman x blh lupa kedai nie paling "sibuk" masa bulan pose....ramai yg oder bungkus waktu t/hari....t ...termasu lee geng2 kema |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 in2eryn's post
patut la letak kat dalam kedai cina. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 in2eryn's post
alamakkk....dahh terbagi "idea" kat dema laaakk....port tempat ponteng posa... |
|
|
|
|
|
|
|
laaaaa apa nak sorinye. tu teman cuma bagi info je kih kih kih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Afrin's post
bukan idea,tradisi warisan tu.khas untuk mereka-mereka yang uzur dan yang pepura uzur. |
|
|
|
|
|
|
|
taknah makan pon |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Afrin's post
oppsss... |
|
|
|
|
|
|
|
teman, walaupun jarang makan kat sini (setakat 3-4 bulan sekali), teman akui le memang rasanya sedap yang unik. kalau dok hari-hari makan, mau tak nengok dah makanan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
nasi ganja ni selain tu namanye nasi wangga... hehehe perrgghhh brader memang menyengat rase nye... sluuurrrpppp |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah makan kerap la jugak lama dah dulu masa ada ada keja di Ipoh..bergantang2 juga le beras dia dah aku telan..plus sirap padan apek cina.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Azhargoth's post
nyah2 pun kerap makan kat situ sambil berbincang cara2 meningkatkan pendapatan harian. |
|
|
|
|
|
|
|
tu belom ko kene mandrem ayak sluar dalam mamak lagi tuh..............mau ko lupa bini kat umah................ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|