View: 2599|Reply: 0
|
Cetak rompak buku dalam talian
[Copy link]
|
|
Penerbit banteras cetak rompak dalam talian
Penerbit buku mempertingkatkan usaha untuk menghapuskan cetak rompak dalam talian, lapor Chronicle of Higher Education. Usaha itu susulan daripada peningkatan muat turun secara haram terhadap buku teks yang menggunakan kaedah sama teknologi penukaran fail untuk muat turun muzik dan filem.
Laman web, Textbook Torrents, menjanjikan lebih daripada 5,000 buku teks untuk dimuat turun dalam format PDF yang lengkap dengan susun atur buku teks yang sebenar dan ilustrasi warna sepenuhnya.
Sebagai tindak balas terhadap laman web seperti itu, Persatuan Penerbit Amerika, mengupah firma guaman dari luar pada musim panas ini, untuk menyenaraikan laman web yang menawarkan buku teks secara haram. Firma itu dilaporkan sudah mengenal pasti ribuan tapak yang membabitkan cetak rompak buku dan menghantar notis guaman kepada laman web yang menempatkan (hosting) fail berkenaan untuk mendesak pihak terbabit membuangnya.
Sumber theBookseller.com terjemahan oleh NazmiYaakub. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|