CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6589|Reply: 54

Ada masuk akai ka???

[Copy link]
Post time 2-7-2008 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Semasa dalam persidangan DUN yang baru lalu, pembangkang (BN le tu) ade bertanya kpd MB tentang usaha kerajaan negeri Perak memberi utk memberi status pajakan 99 tahun kepada 999 tahun (yakni selagi ada bulan dan matahari) kepada pemilik tanah kampung baru (new village) yang 99.99999% adalah dari keturunan cina
Bagaimanapun bagi pemilik2 tanah di rancangan kampung tersusun yang 99.999% penduduknya adalah dari kaum melayu, kerajaan tidak bercadang utk memberikan status pajakan (leasehold) selama 999 tahun. Maknanya ia akan kekal utk cuma selama 99 tahun.

Dalam jawapannya terhadap soalan tersebut, MB Perak berkata tindakan itu diambil demi utk keadilan!!! kalau itulah jawapan beliau... adakah dia bermaksud keadilan ialah apabila kampung baru cina dpt 999 tahun, manakala kampung baru orang melayu dpt. 99 tahun je...

Ada masuk akai ka?????

Bagaimanapun tindakan kerajaan negeri Perak pimpinan MB dari parti Pas ini mendapat komen dari Mustaffa Ali melalui blognya Politik Malaysia
sumber:   http://padapendapatsaya.blogspot.com/2008/06/pajakan-999-tahun-hanya-di-zaman.html

Saturday, June 28, 2008

Milik kekal hanya di zaman penjajah sahaja



Dalam akhbar Utusan hari ini saya terbaca berita kononnya kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Mohamad Nizar Jamaludin becadang untuk memberikan tanah kepada kampung-kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun.

Bagi saya, ini satu maklumat baru dan jika benar, ia satu tindakan yang luar biasa sejak negara kita merdeka. Pemberian tanah di zaman selepas merdeka hanya diberikan pajakan atau hak milik selama 99 tahun sahaja paling lama.

Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris sahaja seingat saya.

Jika tujuan pemberian tanah sebegini untuk mendapat political milege dari kumpulan tertentu, pada pendapat saya, kerajaan negeri juga perlu mengkaji kesan negatif dari kumpulan lain dalam negerinya.

Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya bukan untuk mendapat political milege sahaja. Tambahan lagi apabila ada maklumat yang mengatakan pajakan untuk kampung-kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum termasuk orang-orang Melayu hanya 99 tahun sahaja.

Oleh itu, sebagai Menteri Besar, beliau harus berhati-hati dalam membuat sesuatu kenyataan. Beliau harus membuat kajian teliti terlebih dahulu dan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pimpinan masyarakat samada yang menyokong kerajaan atau tidak bersama kerajaan.

Posted by Politik Malaysia at 6:12 AM



[ Last edited by  Al Lebam at 2-7-2008 12:42 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 12:44 PM | Show all posts
yalah....masuk akai untuk yang memilih dia sebagai pemerintah......
dan juga.....mesti depa duk akan kata.....ini untuk kebaikan semua kaum.....
betul tak????

yang pilih dialah patut pikiaq....masuk akai ke tidakkkkk.......................

(sib baik tanah2 famili teman kat sana semua freehold.......)
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 12:44 PM | Show all posts
taman yang bro duduk tu pajakan ke free hold ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 12:50 PM | Show all posts
aku tak reti bab2 tanah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #3 valkries's post

kecuali tanah asei tok nenek kite yang dikampung2 tu... yang mane ade dah free hold val...
hampir semuanye 99 tahun jer... termauk le tanah romah teman tu
malahan dari pengalaman teman koje dalam bank... banyak kampung baru cina yang aseinye 99 tahun bile dah expired, kerajaan cuma renew utk 60 tahun jer...

but thanks to the new government.... now they can have the land selagi ada matahari dan bulan (perpetuity)
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 12:53 PM | Show all posts
napa girl tak pepaham langsung nih

gelap sangat ke hatiku nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2008 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by yaneng at 2-7-2008 12:44 PM
yalah....masuk akai untuk yang memilih dia sebagai pemerintah......
dan juga.....mesti depa duk akan kata.....ini untuk kebaikan semua kaum.....
betul tak????

yang pilih dialah patut pikiaq. ...

teman idak pilih deme..
cumenye teman idak pilih UMNO (BN) sbb getek kat Pak Lah & konco2 yang merapu..:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2008 12:55 PM | Show all posts

Reply #6 auntie_girl's post

sbb tu le banyak tanah orang melayu abih tergadei... sbb ramei yang tak tau dan tak mau ambik tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 2-7-2008 12:55 PM
sbb tu le banyak tanah orang melayu abih tergadei... sbb ramei yang tak tau dan tak mau ambik tau...


kasik tutorial skit bro.

aku pun tak tau menda hal2 tanah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2008 01:04 PM | Show all posts

Reply #9 neeziee's post

tutorial pree ke tutorial bebayor?
kalo pree... teman sibuk..
kalo bayor... boleh bincang
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 2-7-2008 12:51 PM
kecuali tanah asei tok nenek kite yang dikampung2 tu... yang mane ade dah free hold val...
hampir semuanye 99 tahun jer... termauk le tanah romah teman tu
malahan dari pengalaman teman koje dal ...


maksudnya dah dekat 30 taun berlalu..cuma tinggal lebih kurang 70 taun je lagi pajakan tanah bro tu..ok nak tanya dari sudut perbankan..katakan kita nak beli rumah yang tinggal pajakannya cuma selama 20 taun je..adakah bermaksud pihak bank cuma boleh bagi pinjaman kat kita selama 20 taun je? soalan2 lain akan menyusul kemudian..sorry terskema pulak ayat2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 2-7-2008 01:04 PM
tutorial pree ke tutorial bebayor?
kalo pree... teman sibuk..
kalo bayor... boleh bincang


yang pree lebih nikmat orang kata..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 01:09 PM | Show all posts

Reply #7 Al Lebam's post

betui tue bro....tapi nampak gayanya....melayu pun tak ingat nak jaga hak melayu...ginilah jadinya.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 01:18 PM | Show all posts
dia nie bleh jadi pekerja yang baik.... tapi x cukup baik untuk memimpin atau membuat keputusan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2008 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by valkries at 2-7-2008 01:06 PM


maksudnya dah dekat 30 taun berlalu..cuma tinggal lebih kurang 70 taun je lagi pajakan tanah bro tu..ok nak tanya dari sudut perbankan..katakan kita nak beli rumah yang tinggal pajakannya cum ...

taim teman dulu.. polisi bank teman koje tu... kalo pajakan tinggal less than 10 years...  bank tak akan biayai..bank lain teman idak le tau...
sbb ape.. mengikut kanun tanah negara.. bila pajakan tanah tu expired.. secara teknikalnya tanah tu kembali menjadi hakmilik kerajaan.... dan kerajaan ada hak utk tidak mempebahrui pajakan tanah tersebut..
bagaimanapun hak ini tertakluk kepada peruntukan2 tertentu... bukan ikut suka hati... biasanya atas 'public interest' spt keperluan tanah itu utk membina sekolah ke.. hospital ke... dll yang berkaitan kepentingan awam.
namun begitu mengikut praktiknya... kerajaan akan menyambung lagi pajakan tersebut for another 99 years... seperti yang berlaku kpd penempatan pembangunan saei PJ yang cukup 99 tahun dalam taun 1999 dulu kalo idak silap teman.... tak ade satu pun tanah tu di ambik balik oleh kerajaan

berbalik kpd soalan mike tu... kalo bank teman...kalau less than 20 years bank teman akan biayai cuma utk 10 tahun jer le sbb bank tak nak ambik risiko lagi 10 tahun tersebut...
sekarang ni polisi mungkin udah berubah... teman idak tau...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 01:59 PM | Show all posts
teman sendiri rasa tak setuju dengan taraf 999 tahun tu.  apa salahnya ikut amalan biasa, 99 tahun.  apa alasan menteri besar perak gamaknya.

nasib baik pihak negeri ada kuasa untuk jalankan compulsory acquisition.

tapi nak jugak fikir, kalau status kg baru tu dipanjangkan ke 999 tahun, ada ke maksudnya tanah tu tak boleh diperbangunkan sebagai tanah industri, cuma setakat jadi tanah untuk kediaman saja.  rugi le diorang tak boleh nak jual dan develop tanah tu.
kalau prime land, kerajaan pun sama rugi tak ambik balik dan jual tanah tu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 02:04 PM | Show all posts
untuk perbaharui pajakan, premium yang perlu dibayar bergantung kepada kerajaan.  tu yang kengkadang kena bayar harga premium yang macam dah boleh beli tanah dan buat rumah baru kat tempat lain.

masih sama, bro Lebam.  pihak bank biasanya tak akan biayai pinjaman kalau tinggal baki 15-20 tahun ni.  kerana kalau jadi apa-apa, bank hadapi kesukaran nak lelongkan harta ni nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 02:07 PM | Show all posts
apa-apa pun, kalau dapat tengok geran, restriction-in-interest, express conditions, etc yang berkait dengan tanah 999 tahun ni, menarik jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 02:27 PM | Show all posts
jadi tanggungjawab siapa nak perbaharui pajakan ni?..adakah menjadi tanggungjawab pemilik rumah(bagi kes kampung baru) atau pemaju(bagi kes taman perumahan)..katakan kalau pajakan kita tinggal 10 taun lagi dan kita nak jual rumah/tanah kita..boleh tak kalau kita renew je pajakan dan bila dah renew untuk selama 99 taun baru kita jual..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 02:40 PM | Show all posts
tengok jenis geran.  kalau ada geran individu, tuanpunya le kena buat.  kalau master title (apa bm nye?), tuanpunya geran yang biasanya ialah pemaju tu kena buat.

tak pasti le bila boleh mula renew.  rasanya bila-bila pun boleh.  tapi bila dah renew, tempoh pajakan akan bermula dari tarikh baru.  maknanya kalau renew 10 tahun sebelum tempoh pajakan habis, kira hangus la 10 tahun baki tu.  takdenya diorang nak top up 10 tahun tu kepada tempoh baru.

pastikan renew sebelum tamat tempoh.  sebab lepas tu, automatik hilang hakmilik.  hakmilik berpindah kepada kerajaan.  nak kena buat permohonan balik le pulak.

cuma, premium atau harga nak renew tu yang kengkadang hampeh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.082027 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list