CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15760|Reply: 149

kenapa cerai?

[Copy link]
Post time 3-7-2008 08:00 PM | Show all posts |Read mode
kenapa korang cerai ?

wujud org ketiga aka kekasih baru suami/isteri ?
campurtangan keluarga ?
hasutan kawan ?
tiada anak ?


punca aku cerai sbb hasutan kawan bekas isteri aku yg suka bandingkan aku dgn ex bf isteri aku. Lama2 hasutan tu pengaruh bekas isteri aku dan dia mula bersikap yg bukan2, berubah dr yg aku kenal dia .. semata2 nak lawan siapa nampak kaya ..


statement kawan dia,
"kalau hang kahwin dgn B (ex bf bekas isteri aku), dah bawa Honda sekarang"
"laki hang tu kerja siang malam tapi bawa kereta malaysia je"
"hang bila nak beli rumah teres? Takkan duduk apartment je"
"anak hang takkan hantar tadika biasa je. Hantar la tadika montessori"
byk lagi ..

suami dia pula,
"A tu hidup luxury, berapa gaji dia sebulan?"
"bila kau nak tukar kereta?"
"bila kau nak beli rumah teres?"
"bila kau nak melancong ke eropah macam kita orang?"
"takkan tak nak merasa pakai kereta mewah?"
byk lagi ..

Aku tak tahu jenis apa laki bini ini. Pantang nampak orang hidup mewah, mula sibuk tanya itu ini. Bila bercerita semua nak nampak mewah shj. Aku kerja sama dgn laki dia, gaji aku dekat2 je dgn gaji laki dia, entah2 gaji aku lg byk dr laki dia. Cuma sbb aku jenis hidup biasa2, suka simpan dr tunjuk kaya, dia org anggap aku tak mampu. Kemudian isteri pulak cucuk bekas isteri aku suruh itu ini, mintak itu ini. Aku salahkan mereka laki bini sbg punca rumahtangga aku bergoyang dan akhirnya kami berpisah ... patutkan ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2008 08:38 PM | Show all posts
Pendeknye akal ur x wife
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 08:41 PM | Show all posts
cerai sbb kepercayaan yg ada selama ni habis...

tak tahu nak kata hasutan org ke aper, malas nak menuduh. suami yg selama ini diberi kepercayaan 100% sanggup buat fitnah kat isteri sendiri, itulah punca penceraian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 08:44 PM | Show all posts
lorrr..........siannya..dah bper lama kawin...issyy x baik laa wife ko terkenang bf lama dia

ni mesti kes dah lama...simpan dalam hati lama2 makin byk ler weakness pastu nk compare....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 08:44 PM | Show all posts
kenapa tiap kali aku cerita org attack aku?
mmg mcm tu ke discussion kat sini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by dreamy_forest at 3-7-2008 08:44 PM
lorrr..........siannya..dah bper lama kawin...issyy x baik laa wife ko terkenang bf lama dia

ni mesti kes dah lama...simpan dalam hati lama2 makin byk ler weakness pastu nk compare....




aku kahwin 8 tahun, cerai dah 5 tahun ..
selama 8 tahun, kawan bekas isteri aku suka bandingkan aku dgn ex bf bekas isteri aku
dorang sama fakulti dulu
kawan dia mcm tak suka bekas isteri aku kawin dgn aku
ms aku kenal bekas isteri aku, ex bf dia dah curang pun pada dia ..
sebab itu dia terima aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2008 08:50 PM | Show all posts

Reply #1 mrdafdi's post

Naper ko tak jauhkan diri jek dari laki bini tuh? Skrg korang dah cerai sian kat anak2... hidup sederhana tapi biarlah bahagia, janganlah ambik moto biar pape asal bergaya.. Memanglah sakit ati tapi watper nak banding hidup ngan orang bersyukurlah dgn apa yang ader.....Ko taknak rujuk ker ngan wife? Kesalahan dia besar sgt ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 08:52 PM | Show all posts

Reply #5 mrdafdi's post

Bila masa lak orang attack ko? Aku baca semua ok jek ada yang simpati or nak dapat explanation jek..ker ko yang emotional sangat??? Jadik lelaki kan ker kena panjang akal...Sbb tulah lelaki jadik ketua keluarga bukan pompuan...Kalau tak haru biru lah... Kalau asyik nak dengar orang ngata itu ini nak bandingkan itu ini MEMANG SAKIT JIWALAH!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2008 08:53 PM | Show all posts
aku belum kawen, jadi aku tokleh jwb ngapa cerai-berai...
tapi aku ada bbrp org kawan yg dah lalu menda2 ni
ada yg aku kenal lakinya ada yg tak...
dan yg aku kenal ni, rata2nya nak salahkan org lain bila kena tinggal dgn bini
salahkan mentua, salahkan kawan, salahkan jiran, salahkan semua org lah
adalah 2,3 kerat yg salahkan diri sendiri, terutamanya yg dah lama cerai
mostly sbb sibuk sgt smpi terabai anak bini
tataulah ngapa kita suka sgt tuding jari kat org
kita rasa kita cukup sempurna agaknya, takde silap apa pun
ke kita nak sedapkan ati sendiri, yg semua ni jadi bukan salah aku
aku tatau la kau tuan rumah...
mungkin kau sesempurna lelaki agaknya, sbb tu kau rasa bekas isteri kau lah yg salah segalanya
kalau kau org yg sesempurna itu, aku doakan kau dpt pengganti yg sebaik kau juga...jadi buat apalah nak dikenang2 org yg mcm bekas kau tu kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by hzln at 3-7-2008 08:53 PM
aku belum kawen, jadi aku tokleh jwb ngapa cerai-berai...
tapi aku ada bbrp org kawan yg dah lalu menda2 ni
ada yg aku kenal lakinya ada yg tak...
dan yg aku kenal ni, rata2nya nak salahkan ...




aku tak tulis pun aku sempurna dan aku tak salahkan isteri aku pun sbb aku cerai
aku salahkan org yg suka ganggu hidup rumahtangga org lain
aku tau aku pun ada salah
bekas isteri aku pun ada salah
tp masalah byk takkan timbul  kalau tak ada yg tukang hasut
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 08:58 PM | Show all posts
Lenkali tak payah dengar cakap orang, ko berpegang pada
1) Kalau ko susah diaorang nak tolong gak ker?
2) Ko makan ker tak makan ker diaorang nak tolong bagi ker?
3) Selama nih ko keje kuat2 carik duit untuk sapa? Untuk keluarga ker untuk puaskan ati orang lain?
4) Ingat apa-apa yang ko buat niatlah untuk beribadat kepada ALLAH, lillahitaala, insyaallah hidup and rezeki yang ALLAH bagi berkat...
5) Pedulikan apa orang kata kalau boleh just jauhkan diri or provokelah, cakap diaorang sibuk2 pehal, diaorang yang bagi makan kat korang ker??

Sbb aku pantang bab2 suker dengar cakap orang nih.. Pada aku apa yang kita buat selama nih buatlah untuk kebahagiaan family kita n yang penting rezeki yang dapat diberkati ALLAH...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by hazen at 3-7-2008 08:52 PM
Bila masa lak orang attack ko? Aku baca semua ok jek ada yang simpati or nak dapat explanation jek..ker ko yang emotional sangat??? Jadik lelaki kan ker kena panjang akal...Sbb tulah lelaki jadik ...




terima kasih tak attack aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:00 PM | Show all posts
uikss... camni pon ada eh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 09:00 PM | Show all posts
kalau aku ada kuasa nak control perasaan org, dah lama aku buat
kalau aku boleh sekat org bandingkan aku dgn org lain dah lama aku buat gak
org mcm kawan bekas isteri aku tu patut wujud
dorang suka nak berlawan-lawan siapa lagi kaya, siapa lagi mampu
bila aku tak layan, dia org hasut isteri aku
korang rasa org mcm ini patut wujud ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:01 PM | Show all posts
pengaruh orang sekeliling tak boleh dielakkan.........

orang sekeliling mmg akan ckp macam2........

yg penting hati msti kuat.............
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:02 PM | Show all posts

Reply #14 mrdafdi's post

org macam tu patot di sula...

wakakakkakaah.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2008 09:03 PM | Show all posts

Reply #6 mrdafdi's post

salah ex wife ko gak gatal sgt citer pasal kisah lame watpe...
adehh yg lepas jgn dikenang sgtla bukan boleh ubah keadaan pn........


huhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by mrdafdi at 3-7-2008 08:44 PM
kenapa tiap kali aku cerita org attack aku?
mmg mcm tu ke discussion kat sini?


Itu orang2 sakit yang memang ada dendam dan agenda sendiri..kalau ko rasa nak maki diaorang ko maki jer...kalau maleh ko buat dekk jer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 09:07 PM | Show all posts

Reply #14 mrdafdi's post

Ko nih kena pegi kursus bina dirilah supaya kuat mental n fizikal...Sbb aku banyak kali gak masa kat uni orang psiko2 aku nih tapi diaorang tak berani cakap depan2...
Ko masih ada rasa sayang tak kat ex-wife ko? Kalau sayang demi anak2 apa salahnya ko kawen balik... Tapi cinta takleh dipaksa kan?? Uhuks...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by tina at 3-7-2008 09:03 PM
salah ex wife ko gak gatal sgt citer pasal kisah lame watpe...
adehh yg lepas jgn dikenang sgtla bukan boleh ubah keadaan pn........


huhhh...




dia tak cerita apa2
tp sikap dia pd aku lama-lama berubah
lama-lama dingin dan mula memberontak
aku tahu semua sbb hasut kawan dia
aku pernah baca dia chat dgn kawan dia
dr situ aku tahu apa yg dorang selalu borakkan
tak habis kawan dia asyik bandingkan aku dgn bekas bf dia
lama2 terpengaruh juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.087033 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list