CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2694|Reply: 4

KESIHATAN MINDA

[Copy link]
Post time 5-7-2008 08:14 AM | Show all posts |Read mode
TIP MEMPERBAIKI KESIHATAN EMOSI

Sebagai langkah awal, cuba kenalpasti emosi anda dan fahami mengapa emosi itu ada pada anda. Mencari punca atau penyebab rasa sedih, stress dan bimbang dalam hidup boleh membantu anda menguruskan kesihatan emosi. Tip lain dalam memperbaiki tahap kesihatan emosi adalah seperti berikut:

LUAHKAN PERASAAN ANDA DENGAN CARA YANG BETUL
Sekiranya rasa stress, sedih dan bimbang berpunca daripada masalah fizikal, memendam perasaan ini hanya akan memburukkan lagi perasaan. Tidak salah kiranya anda meluahkan perasaan anda kepada orang tersayang. Bagaimanapun, terapkan di minda bahawa keluarga dan sahabat anda mungkin tidak boleh membantu anda berhadapan dengan perasaan anda dengan baik. Untuk itu, perjumpaan dengan doktor adalah dinasihatkan.

IMBANGI KEHIDUPAN
Cuba untuk tidak terlalu obses dengan masalah-masalah do pejabat, sekolah maupun di rumah yang mana boleh membawa kepada wujudnya perasaan negatif. Ini tidak bermakna anda perlu berlagak gembira walaupun sedang dilanda stress, bimbang atau sedih. Selain perlu berhadapan dengan perasaan negatif, cubalah berikan tumpuan kepada perkara-perkara yang positif dalam hidup. Anda boleh menggunakan journal sebagai pengingat kepada perkara-perkara yang membuatkan anda berasa gembira atau tenang.

TENANGKAN MINDA DAN BADAN
Aktiviti yang merelakskan seperti meditasi merupakan cara paling berkesan dalam menyeimbangkan emosi. Meditasi adalah satu kawalan pemikiran. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti bersenam, regangan atau menarik nafas dalam. Dapatkan nasihat pakar mengenainya.

AMBIL BERAT TENTANG DIRI SENDIRI
Untuk kesihatan emosi yang baik, sangat penting untuk anda mengambil berat terhadap badan dengan melakukan rutin biasa seperti makan makanan yang berkhasiat, mendapatkan tidur yang cukup dan bersenam bagi mengurangkan tekanan. Elakkan daripada makan secara berlebihan atau mengambil alkohol dan dadah kerana ini semua akan hanya mengakibatkan masalah yang lebih rumit.

揟IME OUT擺/size]
Ada masanya kita perlu keluar dari rutin harian yang biasa. Justeru, ambillah masa secukupnya untuk berlibur atau sekadar berehat di mana-mana pusat percutian yang digemari. Pastikan minda anda tidak lagi pada hal-hal kerja atau masalah-masalah peribadi yang lain kerana tujuan anda kesitu adalah untuk menenangkan fikiran dan menyegarkan minda. Dengan cara ini, anda mampu memberikan masa kepada otak untuk berfikir dengan tenang dan efektif. Otak juga seperti anggota badan yang lain, perlukan rehat yang secukupnya setelah sekian lama 慴ekerja.抂/size]

http://www.jasadminda.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2008 09:43 AM | Show all posts
tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2008 01:17 PM | Show all posts

MIGRAIN DAN MAGNESIUM

Magnesium adalah mineral yang paling berkesan untuk mengatasi masalah migrain dan sakit kepala. Penulis 揟he Green Pharmacy?Dr James Duke berkata, 揔ajian saya tertumpu kepada hubungan di antara magnesium dan sakit kepala, dan saya dapati bahawa kekurangan mineral magnesium di kalangan pesakit telah didapati penyebab utama kepada sakit kepala dan migrain.?

Penulis Corrine T. Netzer dalam bukunya 揃ig Book of Miracles Cures?menyatakan magnesium mempunyai ciri-ciri rawatan dan perlindungan. Beliau mendapati magnesium berupaya:

  • Mengelak serangan sakit kepala
  • Memendekkan tempoh serangan sakit kepala
  • Mengurangkan kesakitan sakit kepala
  • Mengurangkan simptom loya dan sensitiviti yang tinggi terhadap cahaya dan bunyi
  • Mengurangkan kekerapan berlakunya sakit kepala
  • Memberi kelegaan semasa serangan sakit kepala
Kebanyakan penyelidikan telah mendapati paras magnesium yang rendah telah dihubungkaitkan dengan migrain. Berikut adalah tiga hasil kajian utama yang telah dijalankan:

Kajian menunjukkan migrain disebabkan oleh paras magnesium yang rendah dalam otak.
Swanson D.R. 揗igraine and magnesium: Eleven Neglected Connections.?Perspect Biol Med. 31:526-557, 1998.

Kajian menunjukkan paras magnesium pada otak pesakit migrain sangat berbeza berbanding dengan paras magnesium individu yang normal. Paras magnesium adalah sangat rendah ketika serangan sakit kepala.
Ramadan N.M., Halvorson H., Vande-Linde A., et al: 揕ow Brain Magnesium in Migraine,?Headache 29: 590-593, 1998.

Kajian ini menunjukkan dos magnesium 600mg sehari dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya serangan migraine secara berkesan.
Peikert A. 揚rophylaxis of Migraine with Oral Magnesium: results from a prospective, multicenter, placebo controlled and double-blind randomized study?reported in Cephalalgia 6(4): 257-263, 1966.

Kebanyakan para penyelidik mencadangkan dos magnesium 350-500mg sehari.

http://www.jasadminda.com


[ Last edited by  zamzuri at 29-7-2008 01:23 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2008 01:24 PM | Show all posts

KENALI PUNCA SAKIT KEPALA

Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf. Sel-sel saraf terdapat di seluruh badan. Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami. Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu terutamanya apabila terlalu banyak tisu yang rosak maka rasa sakitnya akan menjadi lebih teruk.

Bagi mengubati sakit kepala seeloknya anda mengenal pasti punca mengapa anda sakit kepala. Sekiranya anda mengalami rasa sakit kepala itu terlalu kerap, pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar perlu segera dilakukan.

PAKAIAN

Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan. Oleh itu pastikan pakaian anda selesa dipakai dan cuba elakkan minyak wangi yang beralkohol.

CAHAYA
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang. Duduk di dalam tempat yang cahayanya samar-samar atau sekejap terang sekejap gelap juga boleh membuatkan kepala anda berdenyut sakit.

MATA
Mata yang kabur dan kelabu apabila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala. Pastikan jika anda memakai cermin mata, anda menggunakan kuasa kanta yang betul.

PENYAKIT
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, demam denggi, kencing manis dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala. Sebab itu dapatkan rehat yang cukup dan segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

BERFIKIR
Otak yang bercelaru dengan  fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala. Berfikir dalam keadaan tertekan juga boleh menimbulkan sakit kepala terutamanya jika anda berfikir dalam keadaan perut kosong atau tidak cukup tidur.


http://www.jasadminda.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 07:11 AM | Show all posts

DHA, NUTRIEN UNTUK MINDA

Ikan menjadi sumber makanan dan memberi manafaat kepada manusia sejak beribu tahun lamanya. Ikan berlemak seperti tuna, salmon dan hering merupakan sumber said lemak perlu, iaitu asid dokosaheksanoik (DHA), dan asid eikosapentaenoik (EPA) yang telah diibuktikan memberi manfaat dalam pelbagai cara.

Ramai di antara kita tidak mengambil jumlah asid lemak perlu yang mencukupi seperti yang dicadangkan kerana pelbagai alasan seperti alahan, bau dan rasa yang tidak digemari serta kerisauan tentang pencemaran. Walau apa alasan, tubuh kita memerlukan asid-asid lemak perlu setiap hari. Dengan itu, pengambilan suplemen minyak ikan bermanfaat dalam menampung kekurangan khasiat pemakanan ini.

Otak mempunyai berbilion-bilion sel yang perlu berhubung untuk membolehkan proses pembelajaran berlaku. Semasa seseorang wanita hamil, DHA memainkan penman dalam menyokong perkembangan otak dan mata yang optimal untuk janin. Nutrien ini diperlukan paling banyak apabila janin mengalami proses perkembangan otak yang pesat, terutamanya pada minggu 28 hingga 4o kehamilan.

Pengambilan suplemen DHA tidak seharusnya terhenti setakat ini sahaja memandangkan ia diperlukan di sepanjang hayat. Tahun-tahun awal perkembangan kaank-kanak merupakan tempoh yang penting memandangkan proses awal pembelajaran adalah daripada mata.
Bagi wanita, persediaan kehamilan bukan sahaja tertumpu kepada persiapan fizikal dan emosi, tetapi aspek khasiat pemakanan tidak harus diabaikan kerana ia boleh nmenjejaskan perkembangan janin, termasuklah perkembangan sel saraf otak dan mata. Memandangkan otak itu sendiri terdiri daripada lemak, iaitu sekitar 60 peratus dan otak memerlukan konsentrasi asid lemak yang tinggi untuk membolehkan ia berfungsi secara normal. Berdasarkan kajian ke atas kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pembelajaran mempunyai paras asid lemak perlu yang lebih rendah berbanding kanak-kanak normal.

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam The Journal of Pediatric, Mac 2008 para penyelidik mendapati peningkatan dalam pengambilan DHA semasa kehamilan membantu fungsi motor yang lebih balk di kemudian hari kepada kanak-kanak. Manakala menurut pakar daripada The International Society For the Study of fatty Acids and Lipids (ISSFAL), wanita hamil dan ibu yang menyusu harus mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA setiap hari. Bagi si ibu, pengambilan DHA semasa kehamilan ia membantu mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin atau post-partum depression.

Kajian yang dibuat oleh A.J. Richardson dan Dr Jacqueline Stordy, United Kingdom mendapati pengambilan gabungan acid lemak perlu, iaitu acid arakidonik (AA), DHA dan asid gama linolenik (GLA) membantu janin dan bayi untuk mencapai perkembangan otak dan penglihatan yang optima.

Memandangkan DHA diperlukan di sepanjang hayat, wanita hamil, kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa akan memperolehi manfaat dengan pengambilan suplemen DHA. Ini kerana kekurangan DHA dikaitkan dengan kelemahan daya ingatan, kemurungan dan masalah penglihatan. Dengan sebab itulah juga asid lemak perlu ini dikenali sebagai 'brain food' atau makanan untuk otak.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan berterusan minyak ikan bermanfaat kepada kesihatan jantung, di mana peranannya merendahkan paras kolesterol dan merendahkan tekanan tarah tinggi. Asid lemak omega 3 daripada minyak ikan mempunyai bahan antiradang dan tindakan mencegah pengumpalan darah. Minyak ikan mengurangkan risiko dan simptom-simptom masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, strok, artritis reumatoid, keradangan usus dan kemerosotan fungsi mental.

http://www.jasadminda.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.059438 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list