CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11629|Reply: 7

balai seni lukis negara!!

[Copy link]
Post time 6-7-2008 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Pamer karya RM15 juta



BALAI ini pernah berdiri megah di Hotel Majestic
selama tiga dekad sebelum berpindah.


BAGI mereka yang melalui Jalan Tun Razak di ibu negara, perhatian mata pastinya tertarik pada sebuah bangunan besar yang diapit oleh Istana Budaya di sebelah kiri dan Pusat Darah Negara di kanannya.

Itulah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) yang banyak berjasa dalam memartabatkan imej pelbagai khazanah seni tampak karya ribuan anak tempatan sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang.

Ketua Pengarah BLSN, Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa, mengimbau banyak pencapaian BSLN, misalnya dari segi penambahluasan galeri itu sendiri yang asalnya beroperasi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

"Dulu balai ini hanya berkeluasan 557 meter persegi tetapi kini luas dewan pameran sahaja ialah 1,208 meter persegi. Ini memperlihatkan iltizam kerajaan dalam usaha penggalakan seni tampak kita," katanya.

BSLN juga kini mempunyai kakitangan yang berkepakaran menguruskan pameran dan pemuliharaan karya-karya yang dipamerkan. Kalau ada karya yang 'cedera' atau rosak, ujar Mohamed Najib, ia boleh diperbaiki.

BSLN turut memiliki 17 tenaga kerja yang mendapat latihan di Australia, India dan Jepun bagi tujuan itu, selain bekerjasama dengan Universiti Melbourne, Australia. BSLN juga menyediakan sebuah makmal khas untuk 'merawat' karya yang rosak.


BANYAK karya bertaraf dunia yang dipamerkan adalah
hasil cetusan anak tempatan sendiri.

Namun isu peruntukan kecil masih menjadi cabaran. "Contohnya, kalau kami mahu anjurkan sebuah pameran, kos menerbitkan katalog saja ialah sehingga RM70,000. Itu belum termasuk kos lain yang semakin meningkat khususnya promosi," terang Mohamed Najib.

Bercakap mengenai sambutan, beliau berkata, jika ada tarikan, maka ramailah pengunjung. Contohnya, ketika pameran Bakat Muda Sezaman yang menampilkan pengkarya berusia 35 tahun ke bawah, ramai yang datang menyaksikannya.

Daripada pemerhatian Mohamed Najib, pelajar sama ada pelajar sekolah ataupun dari institusi pengajian tinggi merupakan golongan paling ramai mengunjungi BSLN iaitu sehingga 5,000 orang sebulan.

Menyentuh mengenai karya yang dipamerkan di BSLN, Mohamed Najib menjelaskan, setakat ini, karya Robert Rauschenberg dari Amerika Syarikat merupakan yang paling mahal iaitu bernilai sehingga RM15 juta.

Beliau pernah datang untuk berkarya dan menyumbangkan karya-karyanya untuk pameran di BSLN. Biasanya seni halus tradisi lebih mendapat perhatian kerana ia mengandungi banyak unsur kerajinan dan sukar pula dihasilkan.

Bercerita mengenai gimik di sebalik replika lukisan gua yang diletakkan pada pintu masuk ruang pameran Susur Masa di BSLN, Mohamed Najib berkata, secara simbolik, mereka mahu menjejaki sejarah seni tampak.




Di negara ini, ia sebenarnya bermula sejak ribuan tahun lalu misalnya di dinding Gua Niah di Sarawak walhal selama ini sejarah kesenian tampak hanya banyak direkodkan bermula sejak zaman Kesultanan Melaka.

"Sedangkan ia sudah bermula lebih awal daripada itu. Dalam hal ini, banyak penemuan kesan peninggalan seni lukis oleh orang terdahulu termasuklah era awalnya telah bermula di dalam gua," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2008 09:29 AM | Show all posts
balai nih dekat je ngn PDN..aku tetiap minggu gi PDN tapi tak pernah pon terpk nak lawat balai seni lukis nih..ntah, tak taste..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 06:19 PM | Show all posts
0ne day,akn kuh jejakkn kaki kt bsln..yes!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by isyahlola1211 at 8-12-2008 06:19 PM
0ne day,akn kuh jejakkn kaki kt bsln..yes!



one day yg ko pergi tu... ko ajak ler aku sekali wokey...      :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 02:17 AM | Show all posts
Lakaran 1,000 meter panjang

Oleh AQMAR ALLADAD




MENGGENGGAM usaha untuk membuktikan keupayaan menyiapkan projek terkini berunsurkan subjek kemerdekaan dunia menjadi keutamaan kepada pelukis terkenal tanah air, S. Amin Sahab, 55.

Itulah perjuangan seni tampak moden yang menjadi sebahagian daripada proses penghasilan The One Kilometer World oleh pelukis tersebut.

Tekun meneliti setiap lakaran di atas kepingan kanvas sepanjang 1,000 meter atau satu kilometer dengan hanya menggunakan pen berdakwat hitam, ternyata pengembaraan beliau ke seluruh dunia telah membuahkan kejayaan kepada negara.

"Saya pernah mengembara seorang diri ke beberapa tempat di seluruh dunia antaranya Peru, Yamen, Kemboja dan Turki.

"Kembara itu cukup mengagumkan kerana masih terdapat manusia yang tinggal seperti di zaman sebelum kemerdekaan. Jadi, apa yang saya lalui sepanjang pengembaraan itu akan saya lakarkan pada kanvas sepanjang 1,000 meter. Tajuk lukisan itu ialah The One Kilometer World," katanya ketika ditemui Kosmo! di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) baru-baru ini.

Semakin menghampiri penghujung 'ekspedisi' itu yang sekali gus menamatkan sentuhan mata pena bagi lukisannya, S.Amin kini dalam usaha menyiapkan baki kira-kira 200 meter panjang. Paparan itu turut memaparkan kesan-kesan awal peradaban dunia.

Sebenarnya, perjuangan yang dilaksanakan itu tidak semudah apa yang dilihat kerana beliau terlebih dahulu perlu membuat pelbagai rujukan dan pembacaan teliti sebelum memulakan episod pengembaraannya.


SEORANG pengunjung tertarik dengan lakaran bendera-bendera Malaysia yang dipamerkan.

"Saya membuat persediaan beberapa bulan lebih awal supaya ia tidak menjejaskan perjalanan proses ini.
"Ini kerana saya tidak boleh pergi ke luar negara hanya untuk bersuka ria. Sebaliknya, saya perlu tahu sejarah tempat yang dikunjungi," ujarnya yang turut berterima kasih kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Kekkwa) yang menyediakan peruntukan pengembaraan tersebut.

S. Amin turut menambah, beliau tidak ketinggalan memaparkan lukisan yang menggambarkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, di samping pemimpin negara.

Melalui karya tersebut, pelukis yang juga penulis lirik terkenal itu telah menemui kebebasan dalam dunia seni lukisan yang diterajuinya.

Walaupun ia dicatatkan dalam bentuk visual, S. Amin tetap berpuas hati dapat menghasilkan nilai-nilai tradisional setiap bangsa dan negara serta perubahan dalam kehidupan yang dilalui mereka.

RAFIE ABD. RAHMAN berdiri di sebelah sebuah karyanya yang menampilkan imej Seniman Agung Negara, Tan Sri P. Ramlee.

"Bayangkan ketika saya berada di kawasan pedalaman di Sarawak iaitu di Long Penan, Hulu Banam dan Long Taha, saya agak terkejut kerana masih ada manusia yang hidup dalam keadaan tanpa memakai seurat benang di badan.

"Situasi seperti itulah yang kita cari untuk menjadi sumber pengetahuan kepada generasi akan datang," tambahnya.

Melihat kesungguhan yang ada pada diri S. Amin, sempat juga saya bertanyakan apakah nasib pejuang karya seni lukis di negara ini? Dan adakah juga negara sudah mampu menembusi potensi untuk menandingi negara-negara maju yang lain?

"Kita masih jauh ketinggalan," jawabnya ringkas.

Bagaimanapun, katanya, dengan usaha yang gigih daripada pelbagai pihak, kita tidak boleh mudah mengaku kalah kerana negara sudah menyediakan pelbagai kemudahan.


BALAI Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Namun, yang menimbulkan masalah ialah mungkin kurangnya hebahan kepada orang ramai berhubung nilai sebenar sesebuah lukisan yang dipamerkan.

Justeru, katanya, inilah titik permulaan untuk menyelaraskan bidang itu agar ia mampu berada di puncak utama masyarakat seperti penerimaan bidang seni lain iaitu nyanyian dan lakonan.

"Seni lukis sebenarnya perlu diberi perhatian. BSLN merupakan asas utama untuk memperkenalkan kepada orang ramai betapa hebatnya karya seni lukis yang dipamerkan di dalam galeri itu.

"Kalau dibandingkan dengan negara luar, galeri seni mereka bagaikan sebuah pasar. Orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihat apa yang ada di dalam galeri tersebut dan membelinya.


S. AMIN SAHAB menunjukkan sebahagian daripada lukisannya yang sepanjang 1,000 meter.

"Masyarakat di negara luar sentiasa memberi sokongan hebat kepada golongan pelukis," jelasnya.

Seorang lagi pelukis Rafie Abd. Rahman, 61, bersetuju dengan pendapat S. Amin. Katanya, negara masih lagi ketinggalan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penggiat seni lukis yang menghasilkan karya untuk tatapan umum.

"Anak-anak kecil di negara luar sudah pandai menilai setiap lukisan yang mereka lihat. Ini semua bergantung kepada pendedahan yang diberikan kepada mereka.


SEBUAH rumah tradisional Melayu turut menjadi pilihan tema para pelukis.


"Walaupun seseorang itu tidak pandai melukis, itu tidak bermakna mereka tidak berminat untuk meluangkan masa ke galeri," ungkapnya.
Katanya, individu yang tidak menggemari seni lukis tidak boleh dipersalahkan. Sebaliknya, kita boleh memberi pendedahan kepada mereka melalui kunjungan ke mana-mana lokasi galeri di seluruh negara.

"Di sekolah sekarang sudah ada subjek Pendidikan Seni. Jadi, apa yang diajar di sekolah perlu diperluaskan di rumah. Ini bermakna, ibu bapa perlu dedahkan anak-anak mereka untuk bijak 'membaca' lukisan.

"Apabila mereka mampu menghayati apakah yang ada di sebalik lukisan itu, lama kelamaan mereka akan mula berminat," luah Rafie yang berkecimpung dalam seni lukisan sejak berusia sembilan tahun.

Memandangkan, BSLN baru menyambut ulang tahun penubuhan ke-50, maka masyarakat perlu sedar bahawa wujud kemegahan di sebalik reka bentuk bangunan yang 'gah' itu.

Perjuangan BSLN tidak boleh dipersia-siakan kerana proses untuk mendirikan bangunan sendiri perlu melepasi pelbagai rintangan semata-mata tidak mahu menumpang di bangunan lain, seperti era penubuhan awalnya.

"Nilai BSLN amat istimewa kepada para pelukis tempatan kerana inilah tempat buat mereka melahirkan isi hati menerusi kerja-kerja seni yang kemudiannya dipamerkan dalam suasana latar belakang yang menarik," jelasnya.




yg aku ingat s amin sahab ni  ex kumpulan kembara ngan m nasir dan a ali.... memang worang seni betul..... cantik lak lukisan dia nih...:victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 07:12 PM | Show all posts
17 Februari, 2009

  
Derita Gaza Dipamer Di Balai Seni Lukis Negara

Oleh Rohana Mustaffa


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bagi pelukis, kanvas adalah media terbaik untuk meluahkan pandangan hati dan berkongsi rasa terhadap apa yang berlaku di Gaza, Palestin seperti mana yang diceritakan dan dipaparkan di dada media, dan karya seni mereka itu kini dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara (BSLN).

Seramai 235 pelukis bergabung tenaga menghasilkan 421 karya untuk dipamerkan dan dijual di BSLN dari 7 Feb hingga akhir bulan dan sebahagian kutipan akan disalurkan kepada Program Amal Palestin 2009.

BSLN bekerjasama dengan Malaysian Social Research Institute (MSRI) dan RA Fine Arts Gallery mempamerkan hasil seni ini di bawah aktiviti jualan karya dan bazar seni, sebagai usaha murni menarik pengunjung untuk menderma, menghargai karya anak tempatan dan dalam masa yang sama, mengingatkan semua kepada nilai kemanusiaan sejagat.

Antara pelukis yang terlibat ialah Datuk Syed Ahmad Jamal, Awang Damit, Fuad Osman, Ismail Kadir, Datuk Raja Zahabudin, Arif Fauzan, Zuzila Zain, Arif Fauzan, Yusof Ghani, Sulaiman Esa, Khatijah Sanusi, Fauzin Mustafa, Tajuddin Ismail, Masnoor Ramli Mahmud, Noor Hadawati Mohd Amin, Nur Hanim Khairuddin, Suzlee Ibrahim dan Bhanu Achan.

OBJEKTIF PROGRAM DUA DALAM SATU

Selain kanvas, karya yang dipamerkan juga adalah dari pelbagai medium seperti catan minyak, cat air, akrilik, pastel, arca dan sebagainya yang dijual dari RM200 hingga RM200,000.

Enam puluh peratus daripada hasil jualan yang terkumpul akan disumbangkan kepada rakyat Palestin melalui MSRI dan empat puluh peratus diserahkan kepada pelukis, menurut kurator Bahagian Komunikasi Korporat BSLN Rohana Mohd Yusof.

Pameran ini mempunyai objektif dua dalam satu, membantu rakyat Palestin dan dalam masa yang sama memberi sokongan kepada karya seni pelukis tempatan, katanya.

Hampir RM10,000 sudah dikutip tidak sampai seminggu pameran berlangsung dan penganjur mensasarkan pertubuhan korporat, syarikat swasta dan mereka yang berminat serta berniat untuk menyumbang supaya berkunjung ke BSLN, menderma dan dalam masa yang sama membawa pulang karya seni berharga untuk bahan koleksi mereka.

GAZA BAZAAR

Rohana berkata dalam menganjurkan program ini, BSLN tidak melupakan generasi anak muda, seperti pelukis grafiti yang mempunyai cara tersendiri meluahkan rasa hati mengenai penderitaan rakyat Palestin.

Beberapa kumpulan grafiti seperti They Art Studio, The Super Sunday, Phobia Klik, PW Crew dan SWS Crew diberi ruang oleh BSLN untuk mempamerkan kreativiti mereka membawa tema Palestin, di persekitaran balai.

Karya mereka dijual di bazar seni - Gaza Bazaar - yang turut diadakan mulai 14 Feb di BSLN dari pukul 10 pagi hingga 8 malam dan pelbagai barang seperti pakaian, makanan dan aksesori perhiasan.

"Diharapkan pameran amal ini dapat menarik sokongan masyarakat penyayang Malaysia terhadap rakyat Palestin dalam usaha mencari makna kebebasan bagi sebuah negara merdeka di tanah air mereka sendiri", kata Rohana.

Wakil MSRI, Lia Syed berkata program ini merupakan kerjasama kali ketiga pertubuhan itu dengan para pelukis tanah air untuk kerja amal dan beliau bangga dengan komitmen yang diberikan terutama melibatkan sumbangan membantu mengurangkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin.

MSRI merupakan pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang pertama menghantar pasukan perubatan sukarelawan ke kem pelarian Palestin di Lubnan.

MSRI bersama RA Fine Arts pernah menganjurkan pameran "Tabah dalam Derita" pelukis Palestin Rouhaifa Qassim dan Kanak-kanak dari Kem Nahr al-Bared di Lubnan bersama pelukis Malaysia di Galeri RA di sini pada 2007 dan Pameran Palestin di Pasar Seni Annex tahun lepas.

CADANG PAMERAN DILANJUTKAN

Pengarah RA Fines Arts Raja Ahmad Aminullah berkata jarak yang beribu-ribu batu tidak menghalang pelukis tanah air menghasilkan karya seni yang berjaya meluahkan rasa tidak puas hati dan simpati mereka terhadap apa yang berlaku di Gaza.

Media mungkin sudah kurang memaparkan apa yang berlaku, tetapi ini tidak bermakna penderitaan penduduk Palestin sudah berakhir, maka kesedaran kepada masyarakat biarlah berterusan, katanya.

Beliau berharap pengunjung ke BSLN, tempat terbaik untuk mempamerkan karya seni ini, dapat sama-sama menghayati luahan dan gerak hati pelukis tanah air hasil daripada penelitian, pemahaman dan pengertian mereka terhadap keganasan Israel di bumi Palestin.

Raja Ahmad juga berharap BSLN akan melanjutkan tempoh pameran dan program ini yang akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Feb.

-- BERNAMA




bukan tanak pergi... jauh ler sangat... kalu letak kat muzium s alam nih... mmg aku pegi no hal!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2009 06:48 AM | Show all posts
Balai Seni Lukis Negara produk pelancongan

KUALA LUMPUR 30 Jun - Kementerian Pelancongan akan mempromosikan seni lukis dan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) sebagai produk pelancongan mulai tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, kementeriannya sedang berbincang dengan agensi-agensi berkaitan mengenai cadangan mewujudkan produk pelancongan seni kerana ia akan membantu menarik lebih ramai pelancong baru ke negara ini.

''Pada mulanya, kami akan mempromosikan Balai Seni Lukis Negara sebagai sebahagian pakej pelancongan.

''Cadangan itu adalah salah satu usaha kementerian untuk memesatkan lagi pasaran karya pelukis tempatan secara kolektif di samping membantu meningkatkan ekonomi negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Koleksi Saya: Mosaics of Malaysia (Zhang Zhou) di BSLN di sini hari ini.

Zhang Zhou yang berasal dari Wilayah Lioning di China telah menghasilkan kira-kira 100 lukisan berhubung landskap dan budaya Malaysia sejak tujuh tahun lalu.

Pameran itu yang bertepatan dengan sambutan 35 tahun hubungan Malaysia dengan China dan akan berlangsung selama sebulan mulai semalam hingga Ogos ini.

Dalam pada itu, Yen Yen berkata, pelukis juga kini boleh menjadi usahawan kerana hasil karya mereka menjadi koleksi seni yang boleh dijual dengan harga yang tinggi kepada pengumpul seni di seluruh dunia.

''Ini terbukti apabila karya pelukis tempatan pernah berjaya menembusi pasaran antarabangsa apabila sebuah karya telah berjaya dilelong dengan harga RM117,000 di pusat lelongan Cristie's, Hong Kong baru-baru ini.

''Ini diikuti dengan beberapa jualan lukisan lain dan produk tempatan dengan nilai yang tinggi,'' jelasnya.

Tambah Yen Yen, kerja-kerja seni para pelukis tanah air sewajarnya diiktiraf sebagai satu produk pelancongan yang mampu meningkatkan kadar kunjungan pelancong ke negara ini.

Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya berharap Kementerian Pelajaran akan bekerjasama agar bidang seni lukis dapat dikembangkan kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 08:28 PM | Show all posts
1# amazed


amazed

awak tau tak apa dah terjadi dgn bangunan balai seni lukis lama yg seperti dlm gambar tu.
mcm mana nak tau kementerian mana yg jaga bangunan itu
boleh ke kita org luar sewa atau pinjam bangunan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.801866 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list